Skip to main content

Homemade Chocolate, Homemade Chocolate, Anyone?

Anda suka makan coklat? Anda berminat menempah coklat buatan tangan? Anda berada di blog yang betul. Saya sedia menerima tempahan anda. Cewah! 

Alhamdulillah. Hajat tertunai sudah. Permulaannya saya hadiri kursus ini, lebih kepada hendak melapangkan hati dan fikiran. Memang cinta pada coklat sudah ada dengan permulaan membuat coklat untuk hantaran tempoh hari. Pertama kali buat coklat, terus dijadikan hantaran pertunangan. Kelakar juga. Bukan untuk seorang pula tu, dua orang sekaligus. Malu, malu, malu. Memang sebenarnya dari situ minat mendalami coklat membuatkan saya berminat untuk mengikuti kursus. Kedua-dua matlamat saya tercapai. Sudah belajar, minat jadi lebih mendalam  lagi. Sudah beralih pada impian. Seronok melihat hasilnya. Inilah sebahagian daripada hasil coklat buatan saya dan kawan-kawan. Kami sama berkursus di Lembaga Koko Malaysia. 



Semangat pun jadi berkobar-kobar. Sungguh banyak ilmu yang diperolehi. Tidak hanya dari tenaga pengajar di Lembaga Koko Malaysia sahaja, bahkan daripada kawan-kawan yang sama-sama berkursus. Apa tidaknya, kebanyakkan daripada peserta terdiri daripada usahawan. Namun rasanya tidak cukup dengan satu kursus ini sahaja, saya perlu lebih banyak menimba ilmu. Ini permulaan untuk selangkah ke hadapan.



Mak cik comel dengan kami ini, usahawan bunga. Bukan calang-calang tau, kedai bunganya (Emma Floral Centre) terletak di Pan Pacific KLIA. Akan datang tentu coklat akan lebih menyerikan lagi kedai Auntie Emma kan. Dua orang ibu muda ini (Ina & Nurul) pun usahawan juga. Kedua-duanya sudah pakar dalam hal ehwal coklat buatan tangan ini. Tidak kedekut ilmu. Banyak kongsikan tips. Ina, saya sudah belikan buku  Chef Amer yang Nurul cadangkan itu. Adik bongsu (Faris) dalam kumpulan kami ini pun memang sudah pakar. Sudah ada perniagaan sendiri dalam usia yang sangat muda. Ada ramai lagi sebenarnya kawan-kawan yang bukan sahaja sudah berjaya tetapi juga very down to the earth tetapi kebanyakkan gambar yang saya ambil adalah tentang coklat. Jadi tidak dapat hendak kongsikan kawan-kawan baru dengan anda semua. Semuanya peramah dan hebat-hebat belaka. Seronok tengok anak bangsa seagama, maju dan berjaya. 

 
Orang lain buat coklat, dia buat kek. Siapa pula dia ni? Tengoklah tu, asyik menghiaskan kek sampai tak sedar orang ambil gambar dia. Inilah Addy. Addy ini tauke kedai kek di Jerteh Trengganu. Kek coklat yang dihiasnya itu sebenarnya khas untuk cikgu kami.

Berkenalan pula dengan cikgu kami iaitu Chef Khairul. Chef Khairul yang serba boleh. Buat coklat boleh, mengandam pun boleh, buat gubahan hantaran pun boleh, hendak menempah pelamin pun boleh dengan Chef Khairul. Terima kasih Cikgu, seronok dapat belajar dengan cikgu.


Terima kasih kepada Lembaga Koko Malaysia. Terima kasih pada kawan-kawan semua. Semoga ilmu yang diperolehi membawa manafaat. Jalan ke puncak masih jauh. Masih berkabus. Namun semangat dan harapan tetap menggunung. Barangkali inilah jalan pilihan setelah sepuluh tahun masih berada di takuk lama.

Comments

Popular posts from this blog

Simbolik Perpisahan: Hadiah Sepasang Kasut

Sepasang kasut simbol perpisahan. Ada segelintir yang berpendapat, menghadiahkan sepasang kasut bagi pasangan yang berkasih, memberi petanda perhubungan itu tidak akan kekal lama. Dalam erti kata lain, sang kekasih akan melangkah pergi. Simbolik ini, digunakan oleh penulis dalam menzahirkan hubungan cinta yang tak kesampaian antara keduanya. Lee Bang Won dan Boon Yi bertemu sejak dari kecil, kemudian terpisah. Setelah dewasa, mereka bertemu kembali tanpa keduanya menyedari mereka pernah punya kenangan ketika kecil ( episod 1 dan 2 ). Hal itu cuma disedari Boon Yi ketika Lee Bang Won 'menjadikannya tawanan', dengan mulut, kaki dan tangan diikat, Lee Bang Won menjelaskan kewajaran tindakannya dengan meluahkan apa yang terbuku di hati termasuk pengalaman yang pernah ditempuh bersama Boon Yi, ketika masih kecil. Boon Yi yang cuma mampu mendengar, menyimpan rahsia itu sendirian. ( episod 8 ) Boon Yi petani miskin. Ibunya telah lama menghilang. Malah beliau bertemu Lee Bang ...

The Missing Piece & Dr Fatimah Busu

Musim demam kan. Alahai kesian kat diri sendiri, demam. Memang betul-betul demam ni, demam membaca novel hahaha. Jangan marah. The Missing Piece 1 sudah khatam dan sekarang hampir khatam The Missing Piece 2. Karya Dr Fatimah Busu yang sangat-sangat tebal. Percaya tidak, novel ini setebal 1,482 halaman? Bukan novel bahasa Inggeris. Tajuknya sahaja dalam bahasa Inggeris. Kalau novel Inggeris, mustahil saya khatam selaju ini hahaha. Memang dari sekolah lagi saya suka membaca novel Melayu. Bagi yang tidak meneganali, inilah gambar Dr Fatimah Busu. Bukan gambar yang terbaru. Sekiranya The Missing Piece itu mewakili dirinya dan perjalanan hidupnya, sememangnya beliau wanita besi. Tegas. Kuat semangat. Tabah. Keras pedal (meminjam ungkapannya dari novel The Missing Piece itu sendiri). Saya tidak pandai mengulas atau memberi kritikan. Bukan saya orang yang layak. Ilmu sastera saya tidak tinggi. Saya masih belajar. Kalau bertanyakan sinopsis novel ini, dapatlah saya kongsikan. Sama sepe...

Ombak Bukan Biru Fatimah Busu

Akhirnya novel Ombak Bukan Biru karya penulis terkenal Dr Fatimah Busu jadi milik saya 21 Jun 2014 lalu. Alhamdulillah. Merata saya cari novel ini. Keterujaan untuk memilikinya sehingga sanggup memesan dari kedai buku terpakai. Saya diingatkan harganya akan menjadi lebih mahal dari harga pasaran. Saya menyatakan kesanggupan. Selepas berjaya memiliki The Missing Piece 1 dan 2, rasa tak lengkap selagi belum dapat membaca Ombak Bukan Biru. Terdetik di hati bagaimana Imrah bertemu, bercinta dan akhirnya berjaya mendirikan rumahtangga dengan lelaki sejati dalam hidupnya, Lawrence. Kemudiannya mereka terpisah, apabila Imrah lari. Siapa yang pernah menatap The Missing Piece, barangkali ada yang jatuh hati dengan watak Lawrence. Sememangnya dalam The Missing Piece serba sedikit, pengarang memasukkan latar belakang cerita tetapi hati kuat hendak mendakap Ombak Bukan Biru. Benarkah? Sungguh benarkah ombak itu bukan biru? Setelah mendakapnya, saya dapati The Missing Piece 1 dan 2 t...