Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2015

Punch (Drama Bersiri Korea)

Isu kumpulan K-Pop, B1A4 dan peminat perempuan bertudung, menggemparkan negara kita ketika ini. Namun ini, bukan tentang itu. Bagaimanapun mungkin akan sedikit menjengkelkan kerana hari ini, tajuk entri : Punch (Drama Bersiri Korea) . Masih Korea. Korea Selatan, tentunya. Sebelum itu, selamat menempuh tahun 2015 dengan kecekalan azam dan tidak lupa meletakkan pergantungan penuh kepada Yang Maha Kuasa.  Kenapa Punch ? Kenapa tidak? Drama Punch sedang ditayangkan pada setiap hari Isnin dan Selasa di saluran One HD. Malam ini, episod ke 4. Ada 19 episod keseluruhan. Perhatikan pada poster. Setiap watak utama memegang buah catur yang juga mewakili perwatakan mereka. Tema putih, kelabu dan hitam. Warna-warna itu juga mencerminkan watak, perwatakan dan jalan cerita. Bukan itu sahaja, malah tema sama digambarkan melalui pemilihan pakaian apabila watak berubah perwatakan. Warna pakaian watak-watak utama disesuaikan mengikut perwatakan mereka. Punch satu drama yang mengangkat