Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2021

COVID 19 Ujian Yang Berterusan

Dalam minggu yang sama mendengar khabar yang menyedihkan daripada kawan-kawan dari zaman persekolahan dan teman-teman sepejabat.  Jangkitan COVID 19 menyerang sehingga ketahap 5 dan 4. Dalam masa yang sama dikhabarkan sekeluarga dijangkiti selepas seorang demi seorang ketika proses kuarantin di rumah.  Mengenangkan ada diantara mereka itu menghidap penyakit kronik, hati jadi sangat gundah. Walaupun dikhabarkan ada diantara mereka telah lengkap menerima vaksin, hati tetap gundah. Vaksin bukan jaminan. Cuma ikhtiar sahaja.  Tambah pula mengenangkan tentang kesan akibat dijangkiti COVID 19. Hanya doa dan bacaan ayat suci sahaja yang mampu dikirimkan semoga kesemua mereka kembali sihat seperti sedia kala. Tidak kira kepada siapa, kenal atau tidak, di mana sahaja berada, apa sahaja bangsa atau agama semoga semua yang dijangkiti, kembali sihat seperti sedia kala.  Semoga Allah SWT angkat penyakit ini dari muka bumi.