Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2014

Sempena MCCD 2014 (Malaysia Cocoa & Chocolate Day @ Hari Koko & Coklat Malaysia)

Lama tuan rumah biarkan rumah bersawang. Hari ini kita bersihkan sawang sebab hendak mewar-warkan berita gembira terutamanya kepada penggemar coklat di Malaysia. MCCD 2014 akan diadakan Tarikh: 27 - 28 September 2014 Tempat : Hall 3, Mid Valley Exhibition Centre Tema: Cocoa for Health & Fun Sempena sambutan MCCD 2014, kursus khas untuk media pun diadakan di Cocoa Innovative & Technology Centre pada 5 September 2014. Saya mulanya perasan tentang kursus percuma satu hari untuk blogger di facebook . Sama seperti kali pertama ke sana, saya mendaftarkan diri ketika waktu sudah suntuk. Mujur masih ada tempat. Langsung tak tahu menahu rupanya, kursus itu adalah kursus media. Blogger telah dianggap sebagai salah satu daripada medium penyampai maklumat kepada masyarakat. Untuk itu terima kasih buat Lembaga Koko Malaysia yang menganjurkan kursus ini. Layanan daripada kakitangan Lembaga Koko Malaysia memang baik dan mesra. Sama seperti kali pertama saya ke sana.