Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2023

Salam Zulhijjah - Jom Puasa

 Alhamdulillah. Kita sudah masuk ke bulan Zulhijjah. Selamat beramal. Semoga diberikan kesihatan yang baik untuk sama-sama beribadah. Semoga Allah SWT permudahkan urusan kita semua. Semoga Allah SWT menerima amal ibadat kita, aamiiin.

#prayforhawari SAR Hawari Gagal

Pasukan Malaysia Everest 2023 menamatkan SAR Hawari sehari lebih awal kerana dron yang digunakan telah mengalami kerosakan. Kita manusia hanya boleh merancang dan berusaha, Allah SWT yang menentukan segalanya. Inilah ketentuan daripadaNya untuk ketika ini. Petang semalam sebaik sahaja mendapat perkhabaran ini dari media sosial pasukan Malaysia Everest 2023, saya menangis teresak-esak. Saya tidak tahu mengapa tetapi hati rasa sangat hiba. Semoga Allah SWT mengurniakan sebesar-besar kesabaran buat seluruh ahli keluarga Hawari. Isteri Hawari seorang mualaf. Puan Saffiyah Tang Xie Ling, seorang OKU Pendengaran sama seperti Hawari. Malah Hana Sakeena anak sulung pasangan ini juga, OKU Pendengaran. Saya sangat percaya Allah SWT tidak akan membebankan hambaNya melebihi daripada kemampuannya. Sudah tentu ada hikmahNya. Allah SWT bekerja penuh rahsia. Hanya Dia yang tahu segala sesuatu yang tersembunyi di sebalik kejadian ini. Apakah akan ada keajaiban? Mengapa tidak? Semuanya dalam ketentuan A

#prayforhawari Semoga SAR Berjaya

Setiap orang punya impian. Impian Muhammad Hawari Hashim adalah untuk menawan puncak tertinggi di dunia, Gunung Everest (kira-kira 8,848 meter dari aras laut). Hawari telah berjaya mencapai impiannya. Pada tanggal 18 Mei 2023 kira-kira pukul 3:30 petang dengan dibimbing oleh malim gunung ( Sherpa ), Chatur Man (Chakra) Rai, Hawari berjaya berada di puncak dunia. Berita kejayaan Hawari dilaporkan dalam The Himalayan Times dan BNN serta media tempatan. https://thehimalayantimes.com/nepal/deaf-mute-malaysian-climber-creates-history-scaling-mt-everest https://bnn.network/breaking-news/deaf-mute-malaysian-climber-makes-history-scaling-mt-everest/ Hawari melakar sejarah sebagai pendaki OKU pertama negara yang berjaya ke puncak Gunung Everest. Dalam satu kenyataan tidak rasmi menyebut, Hawari merupakan pendaki OKU pendengaran kedua di dunia yang berjaya menawan puncak Gunung Everest. Sekaligus menjadikannya pendaki OKU pendengaran pertama di ASEAN. Tahniah Hawari.  Gambar terakhir Hawari di p