Skip to main content

Posts

Ramadan Berdarah

Terlalu banyak tragedi dan semacam satu kemestian pula bagi negara haram I s r a e l dan sekutu kuatnya, Amerika Syarikat, menyerang ketika umat Islam sedang menjalani ibadah di bulan Ramadan. Barangkali dalam benak fikir mereka, bulan Ramadan adalah titik terendah. Tiada tenaga tanpa makan dan minum. Tapi mereka lupa kali pertama umat Islam berperang di bawah pimpinan Rasulullah saw adalah pada bulan Ramadan iaitu Perang Badar. Pada 28 Februari 2026, dalam keghairahan mereka melancarkan serangan pertama dan meraikan gugurnya Ayatollah Ali Khamenei, dunia mengutuk kekejaman mereka. Bukan kerana pembunuhan ke atas Ayatollah Ali Khamenei tetapi meratapi pemergian insan kecil yang tidak berdosa. Sasaran mereka pada waktu pagi ketika persekolahan sedang berlangsung, sangat memilukan. Akhbar Tehran Times telah memaparkan gambar anak-anak cilik yang syahid ketika sedang menuntut ilmu. Tidak dapat berlindung di balik lalang sehelai lagi. US Tomahawk telah dikenalpasti sebagai senjata pemunas ...
Recent posts

Pertarungan Atlet Muay Thai Malaysia di ONE Championship & RWS

Lima orang atlet Malaysia akan bertarung pada hujung minggu ini di Thailand. Semoga bendera Malaysia, bakal berkibar megah. Selamat maju jaya Johan Jojo Ghazali, Wan Muhammad Sabri Wan Zuki, Adam Rakib, Elias Ghazali dan Mikhail Miki Ghazali. Jojo, Adam dan Sabri akan bertarung pada 6 Februari 2026 di Stadium Lumpinee, Bangkok. Alif Rakib akan masuk gelanggang menentang Prajanchai bagi merebut tali pinggang kejuaraan. Semua mengharapkan ayam tambatan Malaysia mampu mengulang sejarah, menang bergaya. Semoga semua atlet negara yang bertanding akan mengulangi kejayaan sebagaimana yang dicipta oleh Rifdean Masdor pada 16 Januari 2026 yang lalu. Kita juga harapkan lebih ramai wakil negara akan memenangi kontrak beradu di ONE Championship. Suka dengan semangat atlet Muay Thai kita.  Kalau sebelumnya negara terkenal dengan adik beradik Sidek dalam Badminton. Kita ada adik beradik Yoong Hanifah dalam Luncur Air. Ada trio adik beradik Wan dalam Permotoran. Negara bangga dengan pencapai...

J A U H

 

OKU - Pendidikan Percuma

Sekalung penghargaan.  Pengumuman Perdana Menteri dalam Rancangan Pendidikan Negara 2026 - 2035, antara lain menyebutkan semua pelajar kategori orang kurang upaya (OKU) di institut pengajian tinggi awam (IPTA) akan menikmati pendidikan percuma bermula sekarang.  Tahniah anak-anak OKU. Tingkatkan usaha. Teruskan menuntut ilmu. Elaun Murid Berkeperluan Khas (EMK) memang tabungan khusus untuk anak yang seorang ini. Memikirkan suatu waktu nanti bagi memastikan kelangsunganya terus mendapatkan pendidikan selepas tamat persekolahan. Pilihan belajar di institut pengajian swasta sudah tentu akan melibatkan sejumlah angka yang besar.  Apatah lagi mata pelajaran bahasa bukan kekuatannya. Bahasa Melayu, khususnya. Pernah jadi pelik apabila mendapati anak-anak Melayu sendiri tidak dapat menguasai pelajaran Bahasa Melayu dengan baik. Disleksia. Ini antara jawabannya. Jadi perlu ada jalan lain yang dipertimbangkan untuk melanjutkan pelajaran.   Keratan Berita Harian, 20 Janua...

Papa Zola The Movie - Penghargaan Buat Bapa, Pejuang Nafkah Keluarga

Siapa kata filem animasi Papa Zola The Movie untuk kanak-kanak? Bagi yang belum menonton, pergilah. Tak kira berapa pun usia anda kerana inilah cerita untuk anda menyelami jiwa seorang bapa.  Filem ini mewakli suara lelaki budiman yang kehilangan suara untuk bercerita. Tenggelam suara di dalam sebak. Tak upaya bercakap kerana kepenatan. Ini cerita lelaki yang mempunyai impian menggunung untuk membawa bahagia buat keluarga. Tanpa memikir lelahnya bekerja. Impian untuk mencuba hadirkan setiap yang dipunyai oleh anak orang lain, mampu dirasai oleh anaknya sendiri.    Ini cerita seorang isteri yang setia. Seorang isteri yang berkorban tanpa syarat. Ini cerita seorang anak yang bawa bahagia. Seorang anak yang menerima bahagia itu mengikut cara kita.  Ini cerita keluarga. Tunjangnya seorang bapa. Berdedikasi. Cerita yang datang tepat pada masanya. Pada masa begitu ramai pejuang nafkah melakukan lebih daripada satu pekerjaan. Pada waktu selepas diserang wabak sehingga menga...

Selamat Tahun Baru 2026

Saya.  XiÇŽo hóng . K enangan indah kelas Mandarin LS 20 UiTM bersama dengan Wan Iskandar Laoshi.  Menang tempat pertama Sketsa Mandarin. Memegang watak utama sebagai  XiÇŽo hóng.  Pementasan yang di buat di foyer Menara. Tak memperdulikan sosok pelajar yang lalu lalang atau berapa banyak mata-mata asing yang memandang. Ingatan itu melekat kuat dalam kotak memori meski tanpa rakaman walau sekeping pun, gambar kenangan. Nama itu diabadikan sebagai pengenalan diri di kebanyakan media sosial. CÇŽi hóng. Nama yang dipilih ketika Laoshi meminta kami memilih nama sendiri dalam bahasa Mandarin. Dalam penguasaan kosa kata yang sangat terhad. Jauh di sudut hati yang paling dalam, nama itu lebih mewakili diri. Lebih berwarna. Seumpama jalur dalam hidup.  Warna pelangi dalam tafsiran sendiri yang ada lebih daripada sekadar tujuh. Pelbagai warna.   Selamat Tahun Baru 2026 pembaca Sejuta Warna Pelangi.

Pengalaman Umrah Kali Pertama - Untaian Kenangan

Ini entri tertangguh bertahun lamanya. Namun tetap segar dalam ingatan. Tidak ada kata-kata yang mampu menterjemahkan rasa apabila kali pertama menyaksikan kewujudan Kaabah di hadapan mata. Juraian air mata bergabung dengan segala macam rasa. Sehingga hari ini setiap kali teringat, tubir mata akan basah.  Seisi Keluarga Hasrat yang lama terpendam. Namun kami berazam sebelum menunaikan ibadah haji, kami mahu menunaikan umrah terlebih dahulu. Kami sekeluarga akhirnya menjadi tetamu Yang Maha Esa pada tahun 2022. Alhamdulillah. Kedua orang tua turut serta. Ibu mentua. Seorang kakak ipar yang sedang dalam pemulihan dari serangan angin ahmar berserta arwah suaminya turut berada dalam rombongan keluarga. Biras saya telah kembali ke Rahmatullah pada 4 April 2023 . Sekembalinya dari menunaikan umrah, keadaan kesihatan arwah memburuk. Cuma kesemua orang tua kami telah menunaikan haji. Malah ini merupakan kali kedua, ibu mentua menunaikan umrah. Ini juga umrah kedua bagi biras saya. Jadi kam...