Skip to main content

Nasinya Tumpah Dan Talang


Nasinya tumpah adalah salah satu daripada cerpen-cerpen bermutu yang dihasilkan oleh pengarang tersohor, Fatimah Busu. Cerpen yang memenangi Hadiah Karya dan Hadiah Sastera Malaysia pada tahun 1972, ini juga diangkat dalam drama televisyen yang dilakonkan oleh Marlia Musa dan ND Lala. Saya mula membacanya ketika di bangku sekolah rendah.

Ada apa dengan "nasinya tumpah"? Banyak. Antaranya, hikmah atas sesuatu perkara buruk yang berlaku. Mujur nasinya tumpah jika tidak, Bedolah pun akan sama meninggalkan dunia fana ini. Ini cerpen namun dapat menerbitkan rasa sayu. Sarat membawa mesej kemanusian dan kemasyarakatan. Bayangkan jika perkara sama menimpa diri atau ahli keluarga kita. Kutip cendawan, masak dan makan beramai-ramai. Saya sekeluarga juga pernah. Sedap! Sudah makan teringat semula cerpen ini. Memang menginsafkan.

Bagaimana dengan keluarga yang memang apabila terjumpa cendawan bermakna itu rezeki mereka buat hari itu. Kutip, masak dan makan. Tanpa mengira sama ada cendawan itu mungkin beracun atau telah terkena racun. Bayangkan dalam satu perenggan, Dan ketiganya kutip. Hani juga rabut satu dua. Terbongkok-bongkok mereka. Jarah kutip cepat-cepat. Zabidah juga begitu. Bedolah pun sama-sama. Ketiga hati itu berbisik satu doa yang sama. Doa agar orang lain tidak lalu pada tempat itu. Doa agar orang lain tidak akan turut kutip kulat-kulat kaki tiung itu. Doa agar semua kulat-kulat kaki tiung itu jadi kepunyaan mereka bersama

Sudah siap masak. Tiba waktu makan dua beradik berebut lauk cendewan itu. Akhirnya nasi Bedolah tumpah. Bedolah meradang dan menangis terus merajuk. Meradang kerana nasinya ditumpahkan kakaknya. Meradang dan menangis sekaligus kerana nasinya tumpah, dimarahi dan sakit telinganya dipulas. Merajuk tidak mahu makan bersama dua kakak dan adik bongsunya. Itulah hikmahnya kerana cendawan yang tumbuh di kebun getah itu, yang mereka kutip, masak dan makan itu sebenarnya telah terkena racun lalang.Tragis.

Talang. Saya baru selesai membaca cerpen ini dari buku Karya Nan Indah tulisan Faisal Tehrani. Cerpen ini diterbitkan dalam Mastika pada tahun 1995 dan diakui sebagai antara karya terawalnya. Juga tentang makanan dan kematian. Membezakannya terbunuh dan dibunuh. Talang digunakan untuk membuat kuih pulut tetal. Kuih yang menjadi kesukaan Adik Halimah tetapi tidak disukai oleh Adik Halijah. Rasa terpinggir dari kasih sayang ibunya menyebabkan Adik Halijah meletakkan racun sayur ke dalam bekas rendaman talang. Bukan berniat membunuh! Cuma mahu mengalih perhatian ibu tetapi itu yang terjadi. Bukan sahaja kehilangan ibu malah kakak dan adiknya sekaligus. Bencinya berpusat pada talang sepenuhnya kini. Tragis. Mengharukan.

Ada apa dengan "talang"? Sebagai ibu, terdetik juga rasa bimbang. Pergeseran adik beradik disangka lumrah berubah jadi pertumpahan darah. Semua perlu perhatian. Semua perlu kasih sayang. Talang membuatkan saya kembali menyelongkar koleksi buku yang ada semata-mata mencari kumpulan cerpen yang memuatkan nasinya tumpah. Saya mahu ulang membacanya!


Comments

  1. Salam.

    Saya berharap untuk mendapatkan buku yang mengandungi cerpen Nasinya Tumpah. Akan tetapi saya tidak menjumpai buku tersebut.

    Harap Syidah-xiao hong boleh tolong.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf ini buku lama. Tidak diulang cetak oleh Dewan Bahasa dan Pustaka

      Delete
    2. Nasinya Tumpah-Fatimah Busu, Dewan Masyarakat 1972.dlm Suara Semusim.DBP.1974.

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Simbolik Perpisahan: Hadiah Sepasang Kasut

Sepasang kasut simbol perpisahan. Ada segelintir yang berpendapat, menghadiahkan sepasang kasut bagi pasangan yang berkasih, memberi petanda perhubungan itu tidak akan kekal lama. Dalam erti kata lain, sang kekasih akan melangkah pergi. Simbolik ini, digunakan oleh penulis dalam menzahirkan hubungan cinta yang tak kesampaian antara keduanya. Lee Bang Won dan Boon Yi bertemu sejak dari kecil, kemudian terpisah. Setelah dewasa, mereka bertemu kembali tanpa keduanya menyedari mereka pernah punya kenangan ketika kecil ( episod 1 dan 2 ). Hal itu cuma disedari Boon Yi ketika Lee Bang Won 'menjadikannya tawanan', dengan mulut, kaki dan tangan diikat, Lee Bang Won menjelaskan kewajaran tindakannya dengan meluahkan apa yang terbuku di hati termasuk pengalaman yang pernah ditempuh bersama Boon Yi, ketika masih kecil. Boon Yi yang cuma mampu mendengar, menyimpan rahsia itu sendirian. ( episod 8 ) Boon Yi petani miskin. Ibunya telah lama menghilang. Malah beliau bertemu Lee Bang ...

Pertarungan Atlet Muay Thai Malaysia di ONE Championship & RWS

Lima orang atlet Malaysia akan bertarung pada hujung minggu ini di Thailand. Semoga bendera Malaysia, bakal berkibar megah. Selamat maju jaya Johan Jojo Ghazali, Wan Muhammad Sabri Wan Zuki, Adam Rakib, Elias Ghazali dan Mikhail Miki Ghazali. Jojo, Adam dan Sabri akan bertarung pada 6 Februari 2026 di Stadium Lumpinee, Bangkok. Alif Rakib akan masuk gelanggang menentang Prajanchai bagi merebut tali pinggang kejuaraan. Semua mengharapkan ayam tambatan Malaysia mampu mengulang sejarah, menang bergaya. Semoga semua atlet negara yang bertanding akan mengulangi kejayaan sebagaimana yang dicipta oleh Rifdean Masdor pada 16 Januari 2026 yang lalu. Kita juga harapkan lebih ramai wakil negara akan memenangi kontrak beradu di ONE Championship. Suka dengan semangat atlet Muay Thai kita.  Kalau sebelumnya negara terkenal dengan adik beradik Sidek dalam Badminton. Kita ada adik beradik Yoong Hanifah dalam Luncur Air. Ada trio adik beradik Wan dalam Permotoran. Negara bangga dengan pencapai...