Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2023

Harimau Malaya - Piala AFF Mitsubishi Electric 2022

Saya bukan pemain ke 12 atau Ekor Harimau sejati. Jarang-jarang ambil tahu pun perkembangan bukan sahaja Harimau Malaya malah sukan lain juga. Cuma kejohanan ini kami sekeluarga berpeluang untuk menontonnya. Baru perasan rupa-rupanya kebanyakkan tonggak utama Harimau Malaya tidak turun padang.  Satu cabaran yang sangat besar buat Ketua Jurulatih, Kim Pan Gon. Ini diakuinya sendiri. Bukan Kim Pan Gon sahaja tetapi semua yang ada dalam barisan kejurulatihan negara. Masa untuk berlatih juga pendek. Lebih kurang sebulan.  Jadi hendak tengok Malaysia menjulang piala kejuaraan memang agak sukar. Atas kertas under dog . Bagaimanapun sebenarnya kejayaan mara ke separuh akhir memang sesuatu yang sangat mengujakan. Melihatkan cabaran demi cabaran ini, mengingatkan pada drama bersiri Korea,  Hot Stove League . Teringat cabaran demi cabaran getir Baek Seung Soo , Pengurus Besar Pasukan, Dreams untuk mengubah pasukan tercorot menjadi juara. Membaca reaksi Kim Pan Gon dalam media massa yang optimis

Buta Baru Celik

Peringatan pada Jumaat pertama untuk tahun 2023, belajar menerima. Ketepikan ego dalam diri untuk kepentingan semua. Tidak ada yang salah menerima pandangan daripada orang yang lebih berpengalaman walau siapa pun orang itu. Tambahan pula jika yang diperkatakan terbukti betul dan benar. Tidak perlu menegakkan benang yang basah atau buta baru celik. Kesudahannya, akan memperlihatkan diri seperti bodoh tak dapat diajar, pandai tak dapat mengajar. Menyulitkan urusan.  Menyukarkan keadaan. Allah SWT akan bantu mudahkan urusan kita jika kita memudahkan urusan orang lain walau siapa pun mereka.