Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2016

Six Flying Dragons vs Moon Lovers Scarlet Heart Ryeo

Putera Wang So @ King Gwangjong dari Dinasti Goryeo atau Lee Bang Won Putera Jeongan @ King Taejong dari Dinasti Joseon. Siapa yang lebih kejam? Tidak begitu arif sejarah Korea namun dikatakan kedua-duanya mengambil nyawa adik beradik dan saudara masing-masing untuk menduduki singgahsana. Sementelah pada zaman itu, mata pedang memainkan peranan besar. Bagi mempertahan diri, memerlukan kuasa. Begitu juga untuk menuntut keadilan dan mempertaruh nyawa - dengan saling membunuh.   "Hanya seorang putera sahaja yang boleh mendiami istana. Putera itulah bakal menjadi Raja" "Bukankah dari awal perancangan guru, sememangnya tidak ada tempat untuk Beta?" Ini punca kedua mereka berubah. Tidak dapat tidak membandingkan, Wang So lakonan Lee Joon Gi dengan Yoo Ah In yang beraksi sebagai Lee Bang Won. Memang menarik lakonan kedua aktor ini. Lirik mata, riak wajah dan penghayatan watak mereka. Ternyata topeng yang menutupi hampir separuh wajah bukan masala