Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2012

Senyum, Senyum & Senyum

Minggu lepas, Khamis demam dan selesema menyerang. Malam sebelumnya sepincing pun mata tidak dapat lelap. Sebagai tambahannya, kepala sakit seperti hendak pecah. Ini semua tambah campur pada sakit yang sedia ada, yang belum juga mahu pergi-pergi. Saya cuba pisahkan tempat tidur daripada si kecil. Takut berjangkit. Bukankah mencegah itu lebih baik? Cewah! Nanti keadaan akan tambah parah kerana kesihatan saya belum pulih. Mulanya berjalan seperti yang dirancang. Tetapi tak sampai sejam, anak teruna itu buka pintu bilik. Mencebik hendak tidur sama. "Tak boleh! Nanti berjangkit!". Bawa keluar bilik. Minta ayahnya peluk dia kuat-kuat. Jeng, jeng, jeng. Tak lama selepas itu, datang lagi. Buka pintu lagi. Cebik lagi. Pujuk-pujuk pun tak jalan juga. Sudahnya memang kami tak dapat dipisahkan! Pagi Jumaat keesokkan harinya, rutin berlangsung seperti biasa. Anak dara saya kehairanan dan terus bertanya, "Mummy hendak pergi kerja?" (Anak sunti saya ini pernah ajukan soal