Skip to main content

Fasa Ujian

Sukar untuk diluahkan dengan kata-kata, perasaan pada ketika itu. Melalui semula proses yang pernah ditempuh setahun lalu. Sedikit berbeza daripada sebelumnya. Tidak diberikan sedatif. Ambil masa juga untuk menidurkannya.


Inilah antara peralatan yang digunakan. Mainan itu dibekalkan pihak hospital supaya kanak-kanak tidak terganggu oleh segala macam wayar yang berselirat di kepala dan dada. 32 keseluruhannya. Lebih banyak daripada yang digunakan setahun lalu.


Jangan ditanya soal harapan. Sebagai ibunya, malah ibu-ibu yang lain yang senasib tentulah memasang harapan, segunung tinggi. Pun begitu, ketentuannya hanya pada Yang Maha Esa. Nampaknya keputusan ujian masih belum berpihak kepada kami. Mesti terima dengan lapang dada. Teruskan usaha. Sesungguhnya fasa ujian ini terasa berat. Hanya doa yang tak kunjung putus untuk anakanda yang dikasihi. Semoga Allah kabulkan permintaan. Hapuskanlah penderitaan. Amin.


Maklumat-maklumat ringkas yang ditampal di dalam bilik diagnosis untuk pengetahuan bersama.

Comments

  1. Si kakak ke adik? kenapa aku tak tau babe?? kesiannya

    ReplyDelete
  2. adik. itu cuma test aje, tak menyakitkan pun but adik 2 kan kecik lagi... dia rasa rimas dengan wayar2 tu semua... asyik nak tanggalkan je...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Benih Yang Baik Jatuh ke Laut Menjadi Pulau

Benih yang baik, kalau di campak ke darat menjadi gunung  dan kalau di campak ke laut menjadi pulau Maksudnya, yang baik tetap akan baik sekalipun di mana pun ia berada. Pertama kali mendengarnya ketika berumur sekitar 11 atau 12 tahun. Guru besar ketika itu, Cikgu Abdul Latif yang menerangkan mengenainya. "Terima kasih Cikgu". Itu juga yang dikarang dalam ucapan penghargaan kepada Cikgu Zaki Hasbullah yang bertukar mengajar ke sekolah yang lain. Setelah mengarang panjang di 'muka buku' di sini, saya kira dengan mengungkapkan peribahasa ini sudah cukup untuk menzahirkan terima kasih yang tidak terhingga buatnya.  Gambar kenangan anak bongsu bersama-sama dengan Cikgu Zaki yang memakai kostum adiwira, Superman ketika pendaftaran Tahun 1 di sekolah.  

UK Trip Manchester, Liverpool & Greenwich London Part III: Tinggal Kenangan dan Pengalaman

Apabila anda ada dua orang anak lelaki yang sangat minat dengan sukan bola sepak, apakah lagi keseronakkan, selain daripada menjelajah dari satu stadium ke satu stadium yang lain? Mari sambung cerita jalan-jalan makan angin ke London, Manchester dan Liverpool yang terperam lama. Siri kontroversi kepada keluarga Diraja Britain,  The Crown pun sudah habis ditonton. Terasa memanggil-mangil kenangan semasa di sana. Saya ada dua orang anak lelaki yang sedang membesar. Kedua-duanya adalah peminat Pasukan  Barcelona . Namun sangat teruja apabila mengetahui trip kali ini kami akan menjelajah dari satu stadium ke stadium yang lain. Sejak menjejaki kaki ke London, asyik bertanya,  Bila nak pergi stadium? Hari apa nak pergi Manchester? Hari ke 7 (2 Disember 2019) Pagi-pagi lagi sebaik kedai dobi dibuka, kami terus pergi untuk mengeringkan pakaian. Seluar jeans sebenarnya. Memang betul, tips yang kebanyakkan orang beritahu iaitu dalam musim sejuk kita tak perlu bawa pakaian banyak ke

Simbolik Perpisahan: Hadiah Sepasang Kasut

Sepasang kasut simbol perpisahan. Ada segelintir yang berpendapat, menghadiahkan sepasang kasut bagi pasangan yang berkasih, memberi petanda perhubungan itu tidak akan kekal lama. Dalam erti kata lain, sang kekasih akan melangkah pergi. Simbolik ini, digunakan oleh penulis dalam menzahirkan hubungan cinta yang tak kesampaian antara keduanya. Lee Bang Won dan Boon Yi bertemu sejak dari kecil, kemudian terpisah. Setelah dewasa, mereka bertemu kembali tanpa keduanya menyedari mereka pernah punya kenangan ketika kecil ( episod 1 dan 2 ). Hal itu cuma disedari Boon Yi ketika Lee Bang Won 'menjadikannya tawanan', dengan mulut, kaki dan tangan diikat, Lee Bang Won menjelaskan kewajaran tindakannya dengan meluahkan apa yang terbuku di hati termasuk pengalaman yang pernah ditempuh bersama Boon Yi, ketika masih kecil. Boon Yi yang cuma mampu mendengar, menyimpan rahsia itu sendirian. ( episod 8 ) Boon Yi petani miskin. Ibunya telah lama menghilang. Malah beliau bertemu Lee Bang