Skip to main content

Ramadan Berdarah

Terlalu banyak tragedi dan semacam satu kemestian pula bagi negara haram I s r a e l dan sekutu kuatnya, Amerika Syarikat, menyerang ketika umat Islam sedang menjalani ibadah di bulan Ramadan. Barangkali dalam benak fikir mereka, bulan Ramadan adalah titik terendah. Tiada tenaga tanpa makan dan minum. Tapi mereka lupa kali pertama umat Islam berperang di bawah pimpinan Rasulullah saw adalah pada bulan Ramadan iaitu Perang Badar.

Pada 28 Februari 2026, dalam keghairahan mereka melancarkan serangan pertama dan meraikan gugurnya Ayatollah Ali Khamenei, dunia mengutuk kekejaman mereka. Bukan kerana pembunuhan ke atas Ayatollah Ali Khamenei tetapi meratapi pemergian insan kecil yang tidak berdosa. Sasaran mereka pada waktu pagi ketika persekolahan sedang berlangsung, sangat memilukan.

Akhbar Tehran Times telah memaparkan gambar anak-anak cilik yang syahid ketika sedang menuntut ilmu. Tidak dapat berlindung di balik lalang sehelai lagi. US Tomahawk telah dikenalpasti sebagai senjata pemunas yang mengorbankan nyawa  hampir 200 ratus insan yang tak berdosa. Barangkali mereka tidak tahu, semua ini menyemarakkan lagi semangat juang.


Biar hampir rata ibu kota Tehran dan beberapa kota utama di Iran telah dikerjakan. Langit pagi di Tehran adalah hitam dan kelam. Pencemaran udara dan air di peringkat yang membahayakan. Namun propaganda dua negara kejam, ke atas rakyat Iran tidak berhasil. Rakyat Parsi yang sekian lama hidup dalam kesusahan akibat sekatan ekonomi, tetap bertahan. Biar luka parah.


Malah di luar duga, Iran mengheret situasi perang mengikut percaturan dari mereka. Serangan balas Iran dilancarkan dalam tempoh 36 jam selepas diserang, hampir serentak ke atas negara haram I s r a e l dan kedudukan strategik Amerika Syarikat di Negara-negara Teluk. Iran juga menolak untuk rundingan bersama Amerika Syarikat. Lebih memedihkan negara-negara Barat tidak mahu ikut campur. Kos perang meningkat berganda di pihak lawan. Negara haram I s r a e l dan Amaerka Syarikat gagal menyaingi dron dan peluru berpandu murah milik Iran. Ada ura-ura serangan Iran telah mengorbankan nyawa, Benjamin Netanyahu dan Itamar Ben-Gvir.  Iran turut menyiarkan propaganda media menerusi animasi lego. Sesuatu yang tak terfikirkan oleh lawannya.

Iran sedang mengawal rentak perang. Selat Hormuz dalam kawalan Iran sepenuhnya sekaligus telah melonjakkan harga minyak dunia. Perang ekonomi melibatkan seluruh dunia. Setakat ini, Rusia dilihat mengaut keutungan paling besar dengan meraih €1.3 - € 1.9 billion dengan penjualan minyak mentah yang sebelumini disekat oleh Amaerika Syarikat. Negara yang menyerang terlalu memadang rendah keupayaan Iran. Terlalu meremehkan sehingga terhenyak. Dalam keadaan ini ego sedang melangit meskipun hakikatnya kaki sudah menggigil.

Pada 12 Mac 2026, Presiden Iran, Masoud Pezeshkian telah meletakkan tiga syarat:

1. Pengiktirafan terhadap hak-hak Iran yang sah;

2. Pembayaran peampasan dan

3. Jaminan antarabangsa yang tegas bagi menentang pencerobohan pada masa hadapan.  

Ini bukan cerita gembira. Tidak ada cerita gembira melihat mayat bergelimpangan. Tangisan dan raungan. Semua yang ada, ranap. Pandangan mata yang kosong. Ke hala nak di tuju? Sama sekali tidak ada yang hendak diraikan kerana masa hadapan kita di rantau ini juga jadi pertaruhannya. Malaysia juga bergantung pada import minyak. Harga barangan dan logistik pasti melambung. Berita kemungkinan PdPR dilaksanakan, benar-benar mengecewakan. 

Jangan lupa nasib Palestin yang menjadi semakin terhimpit dengan peperangan ini. Negara haram I s r a e l tidak tinggal diam. Tetap melakukan pembunuhan kejam. Menahan bantuan masuk dan sebagainya sebagaimana kelaziman. 

Doa akhir Ramadan ini, semoga segala urusan dipermudahkan dan ada jalan keluar yang baik. Sesungguhnya, hati hiba dengan nasib umat Islam yang tertindas. Hanya ada senjata doa dan harapan. Semoga ada cahaya dalam menyambut kemengan di Aidifitri. Maaf Zahir dan Batin.

Comments

Popular posts from this blog

The Missing Piece & Dr Fatimah Busu

Musim demam kan. Alahai kesian kat diri sendiri, demam. Memang betul-betul demam ni, demam membaca novel hahaha. Jangan marah. The Missing Piece 1 sudah khatam dan sekarang hampir khatam The Missing Piece 2. Karya Dr Fatimah Busu yang sangat-sangat tebal. Percaya tidak, novel ini setebal 1,482 halaman? Bukan novel bahasa Inggeris. Tajuknya sahaja dalam bahasa Inggeris. Kalau novel Inggeris, mustahil saya khatam selaju ini hahaha. Memang dari sekolah lagi saya suka membaca novel Melayu. Bagi yang tidak meneganali, inilah gambar Dr Fatimah Busu. Bukan gambar yang terbaru. Sekiranya The Missing Piece itu mewakili dirinya dan perjalanan hidupnya, sememangnya beliau wanita besi. Tegas. Kuat semangat. Tabah. Keras pedal (meminjam ungkapannya dari novel The Missing Piece itu sendiri). Saya tidak pandai mengulas atau memberi kritikan. Bukan saya orang yang layak. Ilmu sastera saya tidak tinggi. Saya masih belajar. Kalau bertanyakan sinopsis novel ini, dapatlah saya kongsikan. Sama sepe...

Ombak Bukan Biru Fatimah Busu

Akhirnya novel Ombak Bukan Biru karya penulis terkenal Dr Fatimah Busu jadi milik saya 21 Jun 2014 lalu. Alhamdulillah. Merata saya cari novel ini. Keterujaan untuk memilikinya sehingga sanggup memesan dari kedai buku terpakai. Saya diingatkan harganya akan menjadi lebih mahal dari harga pasaran. Saya menyatakan kesanggupan. Selepas berjaya memiliki The Missing Piece 1 dan 2, rasa tak lengkap selagi belum dapat membaca Ombak Bukan Biru. Terdetik di hati bagaimana Imrah bertemu, bercinta dan akhirnya berjaya mendirikan rumahtangga dengan lelaki sejati dalam hidupnya, Lawrence. Kemudiannya mereka terpisah, apabila Imrah lari. Siapa yang pernah menatap The Missing Piece, barangkali ada yang jatuh hati dengan watak Lawrence. Sememangnya dalam The Missing Piece serba sedikit, pengarang memasukkan latar belakang cerita tetapi hati kuat hendak mendakap Ombak Bukan Biru. Benarkah? Sungguh benarkah ombak itu bukan biru? Setelah mendakapnya, saya dapati The Missing Piece 1 dan 2 t...

Simbolik Perpisahan: Hadiah Sepasang Kasut

Sepasang kasut simbol perpisahan. Ada segelintir yang berpendapat, menghadiahkan sepasang kasut bagi pasangan yang berkasih, memberi petanda perhubungan itu tidak akan kekal lama. Dalam erti kata lain, sang kekasih akan melangkah pergi. Simbolik ini, digunakan oleh penulis dalam menzahirkan hubungan cinta yang tak kesampaian antara keduanya. Lee Bang Won dan Boon Yi bertemu sejak dari kecil, kemudian terpisah. Setelah dewasa, mereka bertemu kembali tanpa keduanya menyedari mereka pernah punya kenangan ketika kecil ( episod 1 dan 2 ). Hal itu cuma disedari Boon Yi ketika Lee Bang Won 'menjadikannya tawanan', dengan mulut, kaki dan tangan diikat, Lee Bang Won menjelaskan kewajaran tindakannya dengan meluahkan apa yang terbuku di hati termasuk pengalaman yang pernah ditempuh bersama Boon Yi, ketika masih kecil. Boon Yi yang cuma mampu mendengar, menyimpan rahsia itu sendirian. ( episod 8 ) Boon Yi petani miskin. Ibunya telah lama menghilang. Malah beliau bertemu Lee Bang ...