Skip to main content

Posts

Showing posts from 2022

Buat Baik Berpada-pada

Peringatan: Buat baik berpada-pada. Siapa sangka orang yang paling dekat, sangat dipercayai, paling rapat sanggup tikam belakang. Ada. Ini contoh yang nyata. Ambil kesempatan atas kebaikan orang lain tanpa rasa bersalah. Bersenang lenang atas kesusahan orang lain.  Hutang wajib di bayar sekalipun tidak diminta. Berat bukan? Agama sangat menekankan bab melangsaikan hutang sebelum mata terpejam rapat. Jangan pandang remeh. Perhitungan tak habis di dunia bawa ke akhirat kelak.  Ukur baju di badan sendiri. Bezakan keperluan dengan kehendak. Tak mampu buat cara tak mampu. Jangan bebankan orang lain. Hargai kepercayaan orang lain. Manusia diikat pada janjinya. Percaya janji Allah SWT itu pasti, doa orang yang teranaiya itu tiada hijabnya.  Kita mudahkan urusan orang lain, Allah SWT akan mudahkan urusan kita.

Hentikan Novel Darlingku Mr Cold Mafia di Pasaran

Balik ke rumah, periksa buku-buku novel Melayu pilihan anak-anak gadis kita. Anak-anak bujang kurang membaca novel berbanding dengan anak-anak gadis. Jangan biarkan anak-anak jadi mangsa penulis novel ini. Novel ini layak diharamkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN). Novel ini sedang hangat diperkatakan di media sosial sekarang. Novel, Darlingku Mr Cold tulisan Shadhia terbitan Kaki Novel ini mempunyai unsur-unsur child grooming. Anda masuk ke dalam laman web Goodreads dan boleh baca ulasan daripada pembaca. Saya ikut sedih. Penulis novel ini seorang wanita Melayu Muslim dan sedang mempelajari ilmu dakwah di sebuah universiti tempatan. Sewenang-wenangnya menjadikan "rogol" sebagai satu bahan jenaka. Bukan jenaka Cik Adik, ini jenayah. Jangan racuni pemikiran anak-anak muda dengan fantasi liarmu, Cik Adik. Kita tidak mahu pemikiran anak-anak kita dicemari seperti ini. Saya akui sangat kurang mengambil tahu tentang penerbitan dan lambakan novel-novel Melayu di pasaran. Melain...

Kenapa Perlu Anak Mengenali Haiwan?

Anak-anak suka haiwan? Ke mana pilihan anda membawa anak mengenali haiwan? Suka tak pergi zoo? Agak-agak ingat lagi tak memori masa kecil-kecil, pergi ke zoo dengan keluarga? Ada orang pergi ke zoo mengikut rombongan sekolah. Memori zaman kanak-kanak saya ke zoo di bawa ayah dan emak bersama dengan adik-adik. Zoo Negara di Kuala Lumpur dan Zoo Taiping. Ayah memang suka pergi ke zoo. Saya merupakan anak pertama dikalangan adik beradik yang telah berkeluarga. Sebaik sahaja anak-anak pandai berjalan, ayah terus mengusulkan kami ke zoo.  Kenapa perlu bawa anak ke zoo? Kenapa perlu anak mengenali haiwan? Boleh baca sudut pandangan Puan Laili dalam Majalah PaMa, Lagi Awal Usia Anak di Bawa ke Zoo Lagi Berkembang Otak Anak .  Boleh juga baca 10 Sebab Anak Perlu Pergi ke Zoo. Interaksi anak-anak dengan haiwan sangat penting dalam membantu mereka membina deria hubungan, empati dan penyayang. Menimbulkan sifat rasa tanggung jawab dan ingin tahu yang menebal dalam diri.  Ada yang ka...

Your Eyes Tell

Her eyes discourses. I will answer it.  -Romeo and Juliet- Your Eyes Tell merupakan filem saduran daripada Korea Selatan dengan judul, Always . Sudah menonton kedua-duanya. Lakonan So Ji Sub memang hebat tetapi saya memilih  Your Eyes Tell  berbanding  Always  kerana konsep takdir dan hikmah serta penggunaan metafora yang digunakan dalam penceritaannya.  Lagu tema filem ini menggunakan judul yang sama, dicipta dan dinyanyikan oleh kumpulan K-Pop terkenal, BTS.  Berdamai dengan takdir. Susah bukan? Filem ini mengajak kita berdamai dengan takdir dan bersangka baik dengan Tuhan.  Seorang anak yatim sebatang kara yang membesar dengan parut kenangan silam yang hodoh. Merasakan tidak ada yang istimewa tentang dirinya. Jika dapat Antonio Shinozaki Rui hendak merubah semua tentang dirinya. Nama. Identiti. Masa silam. Malah ada ketikanya, Rui merasakan dirinya sepatutnya ikut sama-sama berkubur dengan mendiang ibunya, di dalam laut.  Berbanding ...

Meraikan Minat Anak-anak Remaja

Pada suatu hujung minggu, kami anak beranak menghabiskan masa menonton filem bersiri Jepun, High and Low . Ini bukan filem bertemakan kekeluargaan tetapi kami memilih untuk meraikan minat anak-anak yang sedang meniti usia dan meningkat remaja. Antara cara kami meraikan minat anak-anak adalah dengan menonton bersama-sama dengan mereka.  Anak lelaki kami lebih menyukai karya seni dari Negara Matahari Terbit; Jepun berbanding dengan anak gadis yang sukakan karya seni dari Korea Selatan.   Sebetulnya dalam tempoh yang agak lama, saya sudah sangat kurang menonton drama atau filem dari Jepun. Salah satunya kerana ada adegan romantis berlebihan yang kurang sesuai ditonton bersama keluarga. Sebenarnya sama sahaja, drama dan filem dari Korea Selatan pun sudah banyak adegan sebegini.  Agak gusar juga kerana hubungan cinta kemudiannya diikuti dengan perhubungan intim pasangan kekasih. Seolah ianya satu kemestian. Seakan itu sebagai bukti cinta. Sedangkan ini sangat bertentangan...

Doa Untuk Adik; Kes Baling Pisau Sehingga Maut

Saya dengan rendah hatinya memohon semua orang, tolong doakan Adik ini, arwah adiknya dan seluruh keluarga dan warisnya dipermudahkan segala urusan.  Semoga doa kali di penghulu segala hari, Jumaat ini dimakbulkan. Daripada Ummu Salamah r.a, Rasulullah SAW bersabda, "Tidaklah seorang Muslim itu ditimpa suatu musibah dan dia berdoa: Melainkan Allah SWT menggantikan baginya yang lebih baik daripadanya." (H.R. Muslim)

Anak atau Ibu Bapa Yang Derhaka?

Apa pendapat anda apabila melihat poster filem arahan Tatsushi Ohmori ini?  Adakah anda melihat betapa dalamnya kasih seorang ibu terhadap anaknya? Adakah anda merasakan betapa mesranya hubungan seorang ibu dengan anaknya?  Apakah makna seorang ibu?  Ada satu petikan mengatakan, anda merupakan seorang ibu apabila anda mengutamakan kebahagiaan dan kepentingan anak, melebihi kebahagiaan dan kepentingan anda sendiri.  'Mother' mengisahkan seorang anak bernama Shuhei yang bukan sahaja diabaikan oleh ibunya. Malah menerima penderaan emosi, mental dan fizikal secara berterusan. Hasilnya, Shuhei tumbuh sebagai seorang remaja yang 'kosong'. Tidak ada arah tujuan dalam hidupnya. Tidak ada impian mahupun kesukaan. Seluruh hidupnya diabadikan sepenuhnya untuk ibunya. Shuhei seorang anak yang sangat baik. Shuhei juga tidak banyak bercakap (pendiam) demi melindungi ibunya. Shuhei bersedia melakukan segala yang dipinta oleh ibunya tanpa banyak soal. Tidak perlu ke sekolah. Shuhe...