Skip to main content

Hentikan Novel Darlingku Mr Cold Mafia di Pasaran

Balik ke rumah, periksa buku-buku novel Melayu pilihan anak-anak gadis kita. Anak-anak bujang kurang membaca novel berbanding dengan anak-anak gadis. Jangan biarkan anak-anak jadi mangsa penulis novel ini. Novel ini layak diharamkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN).


Novel ini sedang hangat diperkatakan di media sosial sekarang. Novel, Darlingku Mr Cold tulisan Shadhia terbitan Kaki Novel ini mempunyai unsur-unsur child grooming. Anda masuk ke dalam laman web Goodreads dan boleh baca ulasan daripada pembaca. Saya ikut sedih. Penulis novel ini seorang wanita Melayu Muslim dan sedang mempelajari ilmu dakwah di sebuah universiti tempatan. Sewenang-wenangnya menjadikan "rogol" sebagai satu bahan jenaka. Bukan jenaka Cik Adik, ini jenayah. Jangan racuni pemikiran anak-anak muda dengan fantasi liarmu, Cik Adik. Kita tidak mahu pemikiran anak-anak kita dicemari seperti ini.

Saya akui sangat kurang mengambil tahu tentang penerbitan dan lambakan novel-novel Melayu di pasaran. Melainkan daripada penulis-penulis tertentu sahaja. Saya juga tidak berminat dengan novel picisan.

Pilihan novel Melayu yang saya jauh daripada yang popular dan sentiasa ada di pasaran. Sejak usia beranjak ketika melangkahkan kaki di Universiti, pilihan novel Melayu menjadi lebih selektif. Novel popular yang dahulunya selalu menjadi pilihan tidak lagi menarik minat. Ketika itu tentulah penerbit Creative Enterprise yang paling popular dan banyak memasarkan novel-novel popular. Tidak dinafikan ada pilihan novel Creative Enterprise yang bagus seperti Jibam, Mangsa, Bila Sena Kembali Berbunga, Buih, Mencari Diri dan banyak lagi. Novel-novel tulisan Samsiah Mohd Nor seperti Sandora, Selimut Malam, Anom Suraya, Maya Pusara dan yang paling popular tentulah Tangisan Bulan Madu. Bagaimanapun minat membaca Tangisan Bulan Madu terhenti pada siri kedua sahaja. Malah melalui terbitan Creative Entreprise, saya mengenal tulisan Dr Faisal Tehrani buat kali pertama. Novelnya Cinta Hari-hari Rusuhan buat saya tertawan. 

Saya faham ramai yang memilih novel sebagai bacaan ringan dan santai. Kenapa hendak memecahkan kepala dengan segala macam isu yang sarat sedang diri memerlukan rehat? Novel dibaca untuk melapangkan fikiran dan hiburan. Sungguhpun demikian novel sebenarnya mampu menjadi bahan bacaan yang bermanafaat untuk anak-anak. Gaya bahasa. Mesej. Bagaimanapun tidak untuk novel seperti ini. Jijik dan memalukan. Apabila isu ini hangat di mediasosial, rasa sedih berbaur marah. Soal anak bangsa jadi taruhan bukan isu kecil.  

Kementerian Dalam Negeri (KDN) mohon haramkan novel ini. Segala bentuk penghasilan dan penjualan novel ini mohon diharamkan. Tarik semula novel ini jika telah berada di rak-rak perpustakaan serata negara termasuk di sekolah. Banteras habis-habisan. Selamatkan anak-anak kita. 

Comments

Popular posts from this blog

Benih Yang Baik Jatuh ke Laut Menjadi Pulau

Benih yang baik, kalau di campak ke darat menjadi gunung  dan kalau di campak ke laut menjadi pulau Maksudnya, yang baik tetap akan baik sekalipun di mana pun ia berada. Pertama kali mendengarnya ketika berumur sekitar 11 atau 12 tahun. Guru besar ketika itu, Cikgu Abdul Latif yang menerangkan mengenainya. "Terima kasih Cikgu". Itu juga yang dikarang dalam ucapan penghargaan kepada Cikgu Zaki Hasbullah yang bertukar mengajar ke sekolah yang lain. Setelah mengarang panjang di 'muka buku' di sini, saya kira dengan mengungkapkan peribahasa ini sudah cukup untuk menzahirkan terima kasih yang tidak terhingga buatnya.  Gambar kenangan anak bongsu bersama-sama dengan Cikgu Zaki yang memakai kostum adiwira, Superman ketika pendaftaran Tahun 1 di sekolah.  

Simbolik Perpisahan: Hadiah Sepasang Kasut

Sepasang kasut simbol perpisahan. Ada segelintir yang berpendapat, menghadiahkan sepasang kasut bagi pasangan yang berkasih, memberi petanda perhubungan itu tidak akan kekal lama. Dalam erti kata lain, sang kekasih akan melangkah pergi. Simbolik ini, digunakan oleh penulis dalam menzahirkan hubungan cinta yang tak kesampaian antara keduanya. Lee Bang Won dan Boon Yi bertemu sejak dari kecil, kemudian terpisah. Setelah dewasa, mereka bertemu kembali tanpa keduanya menyedari mereka pernah punya kenangan ketika kecil ( episod 1 dan 2 ). Hal itu cuma disedari Boon Yi ketika Lee Bang Won 'menjadikannya tawanan', dengan mulut, kaki dan tangan diikat, Lee Bang Won menjelaskan kewajaran tindakannya dengan meluahkan apa yang terbuku di hati termasuk pengalaman yang pernah ditempuh bersama Boon Yi, ketika masih kecil. Boon Yi yang cuma mampu mendengar, menyimpan rahsia itu sendirian. ( episod 8 ) Boon Yi petani miskin. Ibunya telah lama menghilang. Malah beliau bertemu Lee Bang ...

UK Trip Manchester, Liverpool & Greenwich London Part III: Tinggal Kenangan dan Pengalaman

Apabila anda ada dua orang anak lelaki yang sangat minat dengan sukan bola sepak, apakah lagi keseronakkan, selain daripada menjelajah dari satu stadium ke satu stadium yang lain? Mari sambung cerita jalan-jalan makan angin ke London, Manchester dan Liverpool yang terperam lama. Siri kontroversi kepada keluarga Diraja Britain,  The Crown pun sudah habis ditonton. Terasa memanggil-mangil kenangan semasa di sana. Saya ada dua orang anak lelaki yang sedang membesar. Kedua-duanya adalah peminat Pasukan  Barcelona . Namun sangat teruja apabila mengetahui trip kali ini kami akan menjelajah dari satu stadium ke stadium yang lain. Sejak menjejaki kaki ke London, asyik bertanya,  Bila nak pergi stadium? Hari apa nak pergi Manchester? Hari ke 7 (2 Disember 2019) Pagi-pagi lagi sebaik kedai dobi dibuka, kami terus pergi untuk mengeringkan pakaian. Seluar jeans sebenarnya. Memang betul, tips yang kebanyakkan orang beritahu iaitu dalam musim sejuk kita tak perlu baw...