Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2021

COVID 19: Apabila Orang Yang Terdekat Dijangkiti

Awal-awal dulu, cuma berita jangkitan dari negara China. Pasal kelawar. Pasal pasar yang menjual haiwan-haiwan eksotik untuk dimakan. Kemudian jangkitan itu cepat menular sehingga diberitakan tersebar ke negara kita. Baca cerita pengalaman orang-orang yang tak dikenali pun terkena jangkitan COVID 19. Kisah kesembuhan. Kisah kematian. Kisah petugas-petugas barisan hadapan yang tak cukup kakitangan. Tak cukup rehat. Kisah khemah terbang roboh di pukul hujan ribut. Kisah PKPD di kawasan-kawasan tertentu. Kisah ramai yang hilang punca pendapatan. Kisah perniagaan gulung tikar satu demi satu. Kisah persekolahan anak-anak yang haru biru. Kisah pengorbanan guru untuk terus mendidik. Kisah keluarga yang terpisah-pisah. Kisah kematian berhari-hari tanpa disedari. Kisah tekanan mental sehingga hilang nyawa atau yang mengambil nyawa sendiri. Semua itu terasa begitu cepat sekali. Dalam tempoh yang sangat singkat wabak pandemik ini memamah jiwa raga. Dengar dan tengok dari dalam berita arus perdana...

The Monster In My Basement

Ingat lagi tak beberapa buah buku-buku cerita kanak-kanak yang pernah saya cadangkan?  It's Called Dyslexia Panduan Memilih Buku Untuk Anak Disleksia Hari ini saya hendak kongsikan satu lagi buku cerita kanak-kanak. Sesuai untuk semua anak-anak. Saya jamin buku ini sangat menarik.  Tadaaa... The Monster In My Basement . Hasil tulisan seorang pengubah lagu, Dave Preston. Sayangnya tak jumpa buku-buku lain yang beliau hasilkan. The Monster In The Basement ini dihasilkan berdasarkan lagu ciptaannya berjudul, Howard . Ilustrasi buku ini cantik. Warna-warna yang terang termasuk tulisan. Pemilihan jenis tulisan juga bersesuaian. Teratur. Pemilihan rangkai kata juga mudah difahami walaupun ianya dalam Bahasa Inggeris. Mudah kanak-kanak hendak baca. Sesuai juga untuk anak-anak istimewa. Susunan cerita yang ada unsur kejutan betul-betul menarik minat si kecil saya yang berusia 8 tahun. Bukan senang tau hendak pujuk si kecil membaca satu-satu buku cerita atau buku kanak-kanak dari kul...

Biskut Kelapa Biskut Raya Tradisi

Masih dalam mood raya. Sekarang pun masih dalam bulan Syawal. Kebanyakkan umat Islam ambil peluang untuk berpuasa sunat Syawal. Walaupun sambutan raya tahun ini tak serupa sambutan hari raya sebelum-sebelum ini, masih bersyukur dapat menyambutnya sekali lagi.  Hari ini nak cerita pasal biskut raya. Saya buat dua jenis biskut. Buat yang mudah dan murah. Hahaha. Anak dara buat dua jenis juga. Biskut almond London dan biskut cornfalkes coklat. Seorang kawan suami berikan sebalang maruku. Itu sahaja kudapan-kudapan raya kami. Kebiasaannya saya memang tak beli biskut raya. Jarang sangat. Saya buat sendiri.  Biskut cornflakes tak sempat posing ya. Selamat sejahtera sebelum Syawal menjelma. Mana tak habis. Berbuka ngap ngap ngap. Bersahur ngap ngap ngap. Habis dengan jayanya. Kali ini memang buat satu adunan sahaja pun. Tahun lepas semua anak-anak jadi pembantu. Buat dua adunan sekaligus. Sampai lenguh-lenguh badan membuatnya. Tahun ini sebab anak dara buat biskut cornflakes coklat...

Memori Raya PKP (Kali Ke 2)

Hari terakhir Ramadan, masih bekerja dan dapat pelepasan untuk bekerja separuh hari. Masuk kereta terus whastsapp suami minta ke kedai runcit ambil barang-barang yang telah dipesan. Tempah ayam, ikan, kerang dan santan. Tak ada santan tak apa asal ada kelapa parut. Tak menaruh harapan besar, ada ikan dan kerang tapi kebanyakkan bahan-bahan mentah untuk buat laksa sudah dibeli. Kalau ada kerang boleh buat rendang kerang.  Saya pula bergegas ke kedai mencari tomato puri dalam tin, terung dan paling penting, badam yang saya hanguskan malam tadi. Hahaha. Keluar masuk kedai, terung memang tak ada. Tomato puri cuma ada di sebuah kedai sahaja. Giant Mini pun tak ada bahan-bahan yang dicari.  Rupa-rupa kejutan yang lebih teruk, kelapa parut tak ada. Santan jauh sekali. Ah sudah! Terkilan juga. Tak dimaklumkan lebih awal. Bekejar semula ke kedai mencari kelapa parut. Rata pusing sana sini, tak ada bayang pun. Sebelah petang suami pula mencari, tetap tak ada. Kuah kacang hidangan wajib...

Ketupat Palas Perantau PKP

Kali pertama buat ketupat daun palas dari A - Z sendirian. Selalunya buat dengan Emak. Emak akan betulkan kalau salah cara bungkus. Ada cara menganyamnya. Bukan asal jadi sahaja. Kalau salah anyam, jadi 'ketupat betina'. Kena buka balik, anyam semula sampai jadi 'ketupat jantan'. Orang Utara fahamlah apa yang dimaksudkan dengan 'ketupat jantan' dan 'ketupat betina'. Sebenarnya kalau diikutkan tak ada keperluan mendesak untuk buat ketupat. Pertama, saya dan suami bekerja pada hari Rabu. Senang cerita kami memang tak mohon cuti. Kebiasaannya untuk menyambut hari perayaan kaum yang terlibat dapat pelepasan bekerja separuh hari. Kena simpan cuti. Urusan anak perlukan cuti saya. Lagipun tak dapat nak balik kampung beraya. Dek sebabkan kena bekerja, saya sudah putuskan menu hari raya kami anak beranak yang lebih  mudah untuk disediakan iaitu nasi impit, kuah kacang ayam, nasi minyak, ayam masak mamak dan gulai dalca. Tak ada bantahan. Bagus. Tak payah subuh-su...