Skip to main content

Posts

Showing posts from 2019

VIP : Penjarah Mula Mengusir

Tak suka cakap tentang kecurangan . Kecurangan maksudnya ada hati yang telah dilukai oleh 2  orang pelaku. Hmmm. It takes two to tango .  Ini gara-gara kdrama, VIP. Menonton dengan emosi bercampur baur. Sedih, geram, marah dan kecewa. Ini bukan kali pertama menonton kdrama atau kmovie dengan cerita kecurangan. Malah dari lakonan Jang Nara sendiri, ini kdrama kedua menonton beliau dicurangi suami. Pun begitu, ini yang paling mengusik hati kerana dekat dengan realiti. Bermula dengan satu pesanan. Ia bukan bermula dengan ketidakstabilan emosi isteri yang larut dalam kesedihan setelah mengalami keguguran. Wahai suami, itu alasan awak. Awak mencari-cari ruang lopong untuk menyalahkan isteri. Suami dan isteri saling melengkapi. Kekurangan isteri ditampung suami. Begitu sebaliknya. Andai ketika itu isteri hanyut, suami sepatutnya jadi pelampung, menyelamat.  Menyalahkan isteri. Mendekati wanita lain walaupun pada asalnya atas dasar simpati. Hei, anda buat silap ...

Larut Dalam Kesedihan - Kehilangan Anak

Hanya yang mengalami dapat memahami. Betapa sakitnya rasa. Salahkah seorang ibu larut dalam kesedihan, kehilangan anaknya? Jang Nara - VIP (episod 11 (23) & 12 (24)) I feel your pain,  Na Jung Sun Seorang ibu apabila mengandung sedang membawa di dalam rahimnya nyawa seseorang atau lebih. Ada harapan yang digantung. Ada impian yang di bawa bersama-sama dengan kandungan itu. Namun tolong beritahu, hati manakah yang tak luluh, sebelum sempat mengucapkan selamat datang terpaksa lafazkan selamat jalan ? Sakit kerana melahirkan, hilang dengan adanya bayi di sisi. Dapatkah rasakan betapa sakitnya menanggung sakit tetapi tidak ada bayi di sisi? Sakit itu tetap sama tidak kira berapa kalipun kehilangan itu berlaku. Walau anak itu duduk dalam rahim 5 minggu, 10 minggu atau 4 bulan atau 6 bulan. Sakit. Sangat sakit sehinggakan hati menangis melihat kegembiraan pasangan lain menyambut 'orang baru'. Dalam hati mencongak-congak sendiri, meneka-neka sendiri. ...

It's Called Dyslexia - Ulasan Buku Disleksia

Hari ini saya diminta memberi ulasan buku ini, It's Called Dyslexia . Saya ulang, salah satu cara untuk beritahu anak disleksia dan juga keluarga tentang disleksia adalah melalui buku. It's Called Dyslexia Penulis: Jennifer Moore-Mallinos RM 12.90 MPH Bookstore Ini merupakan buku fiksyen kanak-kanak. Buku ini mengisahkan tentang seorang kanak-kanak perempuan yang baru memasuki alam persekolahan tetapi mempunyai masalah pembelajaran. Bagaimanapun anak ini dan ibubapanya tidak tahu mengenai disleksia. Anak ini menghadapi masalah dalam membaca dan menulis. Jadi sebagaimana lazimnya anak-anak disleksia, anak ini mula rasa rendah diri, sedih, mencipta alasan untuk tidak hadir ke sekolah dan lain-lain lagi. Suatu hari gurunya meminta untuk berjumpa dengan ibubapanya berhubung dengan masalah pembelajarannya. Anak ini diminta mengambil ujian disleksia. Setelah dikenali pasti mempunyai disleksia, tumpuan yang lebih telah diberikan oleh guru dan ibubapa kepadanya...

Nostalgia Trip ke Bandung : Antara Yang Menarik

Minggu hadapan, cuti sekolah sudah bermula. Anda hendak ke mana? Bandung. Bandung antara syurga membeli belah orang Malaysia. Ramai yang berulang alik ke sana untuk membeli belah dan berniaga. Ini mungkin sebelum kejatuhan ringgit. Hakikatnya sekarang apabila mata wang kita jatuh, jalan-jalan ke Bandung lebih kepada hendak bercuti. Kami ke Bandung cuti sekolah bulan Mac 2017. Lama kan saya peram cerita. Hasrat hendak membawa kedua orang tua dan mertua serta adik yang OKU, akhirnya dimakbulkanNya. Alhamdulillah, walaupun ada banyak rintangan sebelum berangkat ke sana dan sewaktu berada di Bandung, keseluruhannya percutian keluarga ini sangat menggembirakan.   Sudah banyak blog bagi itinerary trip ke Bandung. Terutama untuk shopping . Jadi saya cuma hendak merakamkan kenangan kami ke sana sahaja. Penginapan Kami menginap di Rumah Tawa. 4 bilik. Kami diberi bilik berdekatan satu sama lain di aras bawah. Bersebelahan dengan kaunter penginapan. Selesa untuk rombongan be...

Benarkah Disleksia Dapat Dipulihkan?

Lanjutan daripada Panduan Memilih Buku Untuk Anak Disleksia . Saya hendak kongsikan sedikit pengalaman. Bagaimanapun saya masih belum dapat solusi lagi. Anak saya sudah boleh membaca dengan baik dan agak lancar juga. Alhamdulillah.  Sebelum ini pada usia sekitar 5 hingga 6 tahun, anak cuma boleh membaca ayat yang mempunyai dua suku kata. Bagi anak disleksia, ini satu perkembangan yang baik juga. Contoh: Ini Ana. Ana ada baju baru. Baju baru Ana biru. Selebihnya jika berdepan dengan perkatan yang mempunyai lebih daripada 2 suka kata, anak hanya akan 'hentam' sahaja dengan jayanya.  Namun di sebalik kejayaannya itu, anak saya masih ada masalah memahami apa yang dibaca. Contoh:  Soalan dalam bentuk penyataan masalah Matematik.  Saya perhatikan anak banyak sangat tinggalkan soalan ini tidak berjawab. Apabila kita duduk dan bincangkan soalan ini bersama dengannya. Garis kata kunci. Sebenarnya anak boleh jawab soalan itu dengan baik. Tambahan pu...

Rujukan Filem, Telefilem & Cerita Pendek : Disleksia

Teera Zameen Par bagi saya merupakan rujukan filem terbaik tentang apa yang dialami oleh anak disleksia.  Ada ciri-ciri.  Ada kekangan.  Ada kelebihan. Ada kecelaruan emosi. Ada cara untuk menangani. Semua ini ditonjolkan.  Ada juga ditonjolkan tentang penerimaan ibubapa dan guru-guru serta orang di sekeliling.  Ini merupakan rujukan paling popular walaupun filem ini sudah lama diterbitkan. Sekiranya hendak menerangkan kepada anak-anak anda yang lain mengenai kondisi anak disleksia. Ajak seisi keluarga menonton filem ini. Filem Wonderful Life pula menceritakaan seorang ibu yang tidak dapat menerima kenyataan, anaknya disleksia. Filem ini diinspirasikan daripada seorang anak disleksia bernama Aqillurachman Prabowo  dan novel yang ditulis oleh ibunya Amalia Prabowo ,   menggunakan judul yang sama. Lukisan pada kulit novel dan filem ini, merupakan lukisan Aqil sendiri. Masih ada...

Panduan Memilih Buku Untuk Anak Disleksia

Membaca jambatan ilmu. Mari kita pupuk minat membaca untuk anak-anak disleksia kita. Walaupun membaca akan jadi perkara yang paling meresahkan untuk mereka. Mula-mula kita kena pilih buku yang sesuai.  Pilihan buku yang baik untuk anak disleksia antaranya mesti mengambil kira: Ada lebih banyak gambar berbanding tulisan .  Saiz tulisan yang besar dan menarik . Kenapa? Anak disleksia menggunakan bahagian otak yang berbeza daripada anak normal untuk membaca. Jadi mereka cepat lebih. Lambat faham. Kita tentu tak mahu anak kita cepat letih. Kita mahukan anak kita seronok membaca dan sukakan buku. Dr Ong Puay Hoon ( Presiden Persatuan Disleksia Sarawak ) sarankan, sebaik-baiknya dalam satu muka surat hanya ada sebaris ayat. Saya sertakan contoh yang diambil dari buku No, David! Puan Lee Voon Yee ( Psikologi Klinikal PPUKM ) menyarankan buku-buku kanak David Shannon . David Shannon merakamkan keletah dan kelakuan anak-anak. Sekaligus buat anak-anak...

National ADHD Awareness Month

National Dyslexia Awareness Month