Skip to main content

VIP : Penjarah Mula Mengusir

Tak suka cakap tentang kecurangan. Kecurangan maksudnya ada hati yang telah dilukai oleh 2  orang pelaku. Hmmm. It takes two to tango

Ini gara-gara kdrama, VIP. Menonton dengan emosi bercampur baur. Sedih, geram, marah dan kecewa. Ini bukan kali pertama menonton kdrama atau kmovie dengan cerita kecurangan. Malah dari lakonan Jang Nara sendiri, ini kdrama kedua menonton beliau dicurangi suami. Pun begitu, ini yang paling mengusik hati kerana dekat dengan realiti.



Bermula dengan satu pesanan. Ia bukan bermula dengan ketidakstabilan emosi isteri yang larut dalam kesedihan setelah mengalami keguguran. Wahai suami, itu alasan awak. Awak mencari-cari ruang lopong untuk menyalahkan isteri. Suami dan isteri saling melengkapi. Kekurangan isteri ditampung suami. Begitu sebaliknya. Andai ketika itu isteri hanyut, suami sepatutnya jadi pelampung, menyelamat. 

Menyalahkan isteri. Mendekati wanita lain walaupun pada asalnya atas dasar simpati. Hei, anda buat silap besar kawan. Simpati bukan sekadar meminjamkan bahu.


Apabila ruang hati mula terkuak, cepat sahaja penjajah mejarah. Siapa sangka, di sebalik rupa yang terlihat naif, suara yang lembut memiliki hati yang sangat busuk. Ini perempuan musang berbulu ayam. Benar kata pepatah: 
Air yang tenang jangan disangka tiada buaya.

Suami, awak fikir sejauh mana bangkai gajah dapat ditutup? Naluri seorang isteri, keinginan mencari tahu realiti meskipun akan sangat menyakitkan itu, sentiasa membuak-buak. Jarang sekali, anda temukan seorang isteri yang akan berpeluk tubuh menerima berita kecurangan suaminya. Jarang sekali.


Sebagaimana sifat penjajah, tidak hanya menjarah tetapi mula mengusir.


Menggunakan apa sahaja cara untuk mengahalalkan matlamat.


Tanpa rasa bersalah.




Menunggu adakah tercipta bahagia antara keduanya?



Akan bahagiakah dengan menumpahkan air mata orang lain?


Akan tenteramkah atas kehancuran hidup orang lain?


Seisi alam terasa kosong bolong. Jejak kaki tak terasa di bumi, seakan-akan sedang berjalan di awang-awangan.


Dalam fikiran tidak dapat berhenti memikirkan tentang kekurangan diri sehingga mesti diisi oleh orang lain.


Tamparan demi tamparan melihat satu demi satu hak dan kepunyaan dari sekecil-kecil sehingga sebesar-besarnya sedang dijarah orang. Tinggal memaksa hati untuk kuat mempertahankan diri meneruskan hidup. Setelah satu demi satu yang disayang telah pun hilang. Benar, ketakutan apa lagikah yang tinggal?

Meskipun berharap kesudahan gembira buat rumah tangga pasangan yang sudah retak menunggu belah. Ada dua minggu sebelum penamat cerita VIP ini. Sekiranya dalam kerja, boleh si suami bertindak di luar kotak masakan tidak dalam menghadapi kemelut rumah tangganya. Sementelah pekung si penjajah telah terbuka dengan sendirinya.

Satu kesimpulan:
Perempuan juga yang menghancurkan hati perempuan lain.

Comments

Popular posts from this blog

Simbolik Perpisahan: Hadiah Sepasang Kasut

Sepasang kasut simbol perpisahan. Ada segelintir yang berpendapat, menghadiahkan sepasang kasut bagi pasangan yang berkasih, memberi petanda perhubungan itu tidak akan kekal lama. Dalam erti kata lain, sang kekasih akan melangkah pergi. Simbolik ini, digunakan oleh penulis dalam menzahirkan hubungan cinta yang tak kesampaian antara keduanya. Lee Bang Won dan Boon Yi bertemu sejak dari kecil, kemudian terpisah. Setelah dewasa, mereka bertemu kembali tanpa keduanya menyedari mereka pernah punya kenangan ketika kecil ( episod 1 dan 2 ). Hal itu cuma disedari Boon Yi ketika Lee Bang Won 'menjadikannya tawanan', dengan mulut, kaki dan tangan diikat, Lee Bang Won menjelaskan kewajaran tindakannya dengan meluahkan apa yang terbuku di hati termasuk pengalaman yang pernah ditempuh bersama Boon Yi, ketika masih kecil. Boon Yi yang cuma mampu mendengar, menyimpan rahsia itu sendirian. ( episod 8 ) Boon Yi petani miskin. Ibunya telah lama menghilang. Malah beliau bertemu Lee Bang ...

Panduan Memilih Buku Untuk Anak Disleksia

Membaca jambatan ilmu. Mari kita pupuk minat membaca untuk anak-anak disleksia kita. Walaupun membaca akan jadi perkara yang paling meresahkan untuk mereka. Mula-mula kita kena pilih buku yang sesuai.  Pilihan buku yang baik untuk anak disleksia antaranya mesti mengambil kira: Ada lebih banyak gambar berbanding tulisan .  Saiz tulisan yang besar dan menarik . Kenapa? Anak disleksia menggunakan bahagian otak yang berbeza daripada anak normal untuk membaca. Jadi mereka cepat lebih. Lambat faham. Kita tentu tak mahu anak kita cepat letih. Kita mahukan anak kita seronok membaca dan sukakan buku. Dr Ong Puay Hoon ( Presiden Persatuan Disleksia Sarawak ) sarankan, sebaik-baiknya dalam satu muka surat hanya ada sebaris ayat. Saya sertakan contoh yang diambil dari buku No, David! Puan Lee Voon Yee ( Psikologi Klinikal PPUKM ) menyarankan buku-buku kanak David Shannon . David Shannon merakamkan keletah dan kelakuan anak-anak. Sekaligus buat anak-anak...

Nasinya Tumpah Dan Talang

Nasinya tumpah adalah salah satu daripada cerpen-cerpen bermutu yang dihasilkan oleh pengarang tersohor, Fatimah Busu. Cerpen yang memenangi Hadiah Karya dan Hadiah Sastera Malaysia pada tahun 1972, ini juga diangkat dalam drama televisyen yang dilakonkan oleh Marlia Musa dan ND Lala. Saya mula membacanya ketika di bangku sekolah rendah. Ada apa dengan "nasinya tumpah"? Banyak. Antaranya, hikmah atas sesuatu perkara buruk yang berlaku. Mujur nasinya tumpah jika tidak, Bedolah pun akan sama meninggalkan dunia fana ini. Ini cerpen namun dapat menerbitkan rasa sayu. Sarat membawa mesej kemanusian dan kemasyarakatan. Bayangkan jika perkara sama menimpa diri atau ahli keluarga kita. Kutip cendawan, masak dan makan beramai-ramai. Saya sekeluarga juga pernah. Sedap! Sudah makan teringat semula cerpen ini. Memang menginsafkan. Bagaimana dengan keluarga yang memang apabila terjumpa cendawan bermakna itu rezeki mereka buat hari itu. Kutip, masak dan makan. Tanpa mengira sama ada ce...