Skip to main content

It's Called Dyslexia - Ulasan Buku Disleksia

Hari ini saya diminta memberi ulasan buku ini, It's Called Dyslexia.

Saya ulang, salah satu cara untuk beritahu anak disleksia dan juga keluarga tentang disleksia adalah melalui buku.

It's Called Dyslexia
Penulis: Jennifer Moore-Mallinos
RM 12.90
MPH Bookstore

Ini merupakan buku fiksyen kanak-kanak. Buku ini mengisahkan tentang seorang kanak-kanak perempuan yang baru memasuki alam persekolahan tetapi mempunyai masalah pembelajaran. Bagaimanapun anak ini dan ibubapanya tidak tahu mengenai disleksia. Anak ini menghadapi masalah dalam membaca dan menulis. Jadi sebagaimana lazimnya anak-anak disleksia, anak ini mula rasa rendah diri, sedih, mencipta alasan untuk tidak hadir ke sekolah dan lain-lain lagi.

Suatu hari gurunya meminta untuk berjumpa dengan ibubapanya berhubung dengan masalah pembelajarannya. Anak ini diminta mengambil ujian disleksia. Setelah dikenali pasti mempunyai disleksia, tumpuan yang lebih telah diberikan oleh guru dan ibubapa kepadanya. Hasilnya, masalah dalam pembelajaran cuba ditangani dan menunjukkan perubahan dalam pembelajaran dengan lebih baik. Keyakinan diri juga mulai pulih. Kelebihan anak ini juga berjaya dikenal pasti. Rupa-rupanya, anak ini berbakat menulis puisi.

Pada bahagian akhir buku ini ada diberikan panduan aktiviti untuk anak-anak disleksia. Begitu juga panduan kepada ibubapa.

Bagi anak-anak yang masih belum boleh membaca, ibubapa boleh bacakan buku ini kepada mereka. Bagi anak yang boleh membaca, buku ini dapat memberi galakkan kepada mereka. Boleh dibincangkan kandungan buku ini dengan anak. Barangkali ada persamaan dan perbezaan karekter dalam buku kerana setiap orang adalah berbeza. Walaupun mungkin ada persamaan iaitu disleksia. 

Disleksia bukan halangan untuk menjalani kehidupan sebagaimana orang yang normal    


Comments

Popular posts from this blog

Simbolik Perpisahan: Hadiah Sepasang Kasut

Sepasang kasut simbol perpisahan. Ada segelintir yang berpendapat, menghadiahkan sepasang kasut bagi pasangan yang berkasih, memberi petanda perhubungan itu tidak akan kekal lama. Dalam erti kata lain, sang kekasih akan melangkah pergi. Simbolik ini, digunakan oleh penulis dalam menzahirkan hubungan cinta yang tak kesampaian antara keduanya. Lee Bang Won dan Boon Yi bertemu sejak dari kecil, kemudian terpisah. Setelah dewasa, mereka bertemu kembali tanpa keduanya menyedari mereka pernah punya kenangan ketika kecil ( episod 1 dan 2 ). Hal itu cuma disedari Boon Yi ketika Lee Bang Won 'menjadikannya tawanan', dengan mulut, kaki dan tangan diikat, Lee Bang Won menjelaskan kewajaran tindakannya dengan meluahkan apa yang terbuku di hati termasuk pengalaman yang pernah ditempuh bersama Boon Yi, ketika masih kecil. Boon Yi yang cuma mampu mendengar, menyimpan rahsia itu sendirian. ( episod 8 ) Boon Yi petani miskin. Ibunya telah lama menghilang. Malah beliau bertemu Lee Bang ...

Benih Yang Baik Jatuh ke Laut Menjadi Pulau

Benih yang baik, kalau di campak ke darat menjadi gunung  dan kalau di campak ke laut menjadi pulau Maksudnya, yang baik tetap akan baik sekalipun di mana pun ia berada. Pertama kali mendengarnya ketika berumur sekitar 11 atau 12 tahun. Guru besar ketika itu, Cikgu Abdul Latif yang menerangkan mengenainya. "Terima kasih Cikgu". Itu juga yang dikarang dalam ucapan penghargaan kepada Cikgu Zaki Hasbullah yang bertukar mengajar ke sekolah yang lain. Setelah mengarang panjang di 'muka buku' di sini, saya kira dengan mengungkapkan peribahasa ini sudah cukup untuk menzahirkan terima kasih yang tidak terhingga buatnya.  Gambar kenangan anak bongsu bersama-sama dengan Cikgu Zaki yang memakai kostum adiwira, Superman ketika pendaftaran Tahun 1 di sekolah.  

Panduan Memilih Buku Untuk Anak Disleksia

Membaca jambatan ilmu. Mari kita pupuk minat membaca untuk anak-anak disleksia kita. Walaupun membaca akan jadi perkara yang paling meresahkan untuk mereka. Mula-mula kita kena pilih buku yang sesuai.  Pilihan buku yang baik untuk anak disleksia antaranya mesti mengambil kira: Ada lebih banyak gambar berbanding tulisan .  Saiz tulisan yang besar dan menarik . Kenapa? Anak disleksia menggunakan bahagian otak yang berbeza daripada anak normal untuk membaca. Jadi mereka cepat lebih. Lambat faham. Kita tentu tak mahu anak kita cepat letih. Kita mahukan anak kita seronok membaca dan sukakan buku. Dr Ong Puay Hoon ( Presiden Persatuan Disleksia Sarawak ) sarankan, sebaik-baiknya dalam satu muka surat hanya ada sebaris ayat. Saya sertakan contoh yang diambil dari buku No, David! Puan Lee Voon Yee ( Psikologi Klinikal PPUKM ) menyarankan buku-buku kanak David Shannon . David Shannon merakamkan keletah dan kelakuan anak-anak. Sekaligus buat anak-anak...