Skip to main content

Rujukan Filem, Telefilem & Cerita Pendek : Disleksia

Teera Zameen Par bagi saya merupakan rujukan filem terbaik tentang apa yang dialami oleh anak disleksia. 


  • Ada ciri-ciri. 


  • Ada kekangan. 


  • Ada kelebihan.


  • Ada kecelaruan emosi.


  • Ada cara untuk menangani.

Semua ini ditonjolkan. 

Ada juga ditonjolkan tentang penerimaan ibubapa dan guru-guru serta orang di sekeliling. 

Ini merupakan rujukan paling popular walaupun filem ini sudah lama diterbitkan. Sekiranya hendak menerangkan kepada anak-anak anda yang lain mengenai kondisi anak disleksia. Ajak seisi keluarga menonton filem ini.



Filem Wonderful Life pula menceritakaan seorang ibu yang tidak dapat menerima kenyataan, anaknya disleksia. Filem ini diinspirasikan daripada seorang anak disleksia bernama Aqillurachman Prabowo dan novel yang ditulis oleh ibunya Amalia Prabowo, menggunakan judul yang sama.

Lukisan pada kulit novel dan filem ini, merupakan lukisan Aqil sendiri.



Masih ada ciri-ciri, kekangan dan kelebihan anak disleksia. Bagaimanapun dalam filem ini lebih menonjolkan tentang usaha seorang ibu yang ke sana sini berusaha mencari 'rawatan' untuk 'mengubati' anak disleksianya. Namun akur akhirnya kerana disleksia bukan penyakit untuk diubati. Saya tonton filem ini bersama anak saya. Bagaimanapun anak saya cuma tertarik dengan lukisan Aqil.



GRIMFilm juga mengeluarkan cerita pendek tentang disleksia untuk Persatuan Disleksia Singapura. Boleh tonton di youtube https://www.youtube.com/watch?v=SaQfuxODpog


Abdul Latif Romly. Jolokan untuk beliau, "Terbang Latif Terbang" Pemegang pingat emas dan juara dunia olahraga paralimpik, dalam acara lompat jauh. Kejayaannya disifatkan sebagai luar biasa. Tiga rekod dunia dipecahkan dalam satu malam ketika di Sukan Paralimpik Rio pada tahun 2016.  Sementelah ketika itu usianya baru 19 tahun.



Latif ketika bersekolah hanya boleh membaca dan menulis pada usianya, 15 tahun. Bagaimanapun masih tidak selancar pelajar lain. Bakatnya digilap oleh jurulatih sukan paralimpik negeri Perlis iaitu Encik Affizam Amdan. Encik Affizam juga seorang kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat berjaya mencukit ramai bakat-bakat OKU di Perlis termasuk Latif dan Ridzuan Puzi.



Telefilem Takkan Gentar tentang pelajar disleksia yang berbakat besar dalam olahraga ini sedikit sebanyak mengambil cerita liku-liku perjalanan hidup Latif serta Ridzuan dan kesungguhan serta percaya diri jurulatih pada bakat dan kebolehan mereka. Sungguhpun tidak memfokuskan mengenai masalah pembelajarannya. Namun telefilem ini bagus untuk anak-anak yang mempunyai masalah pembelajaran, mengambil semangat juang Latif dan Ridzuan. Tidak ada orang yang sempurna. Kekurangannya dalam pelajaran tetapi beliau masih berjaya menempa nama di persada anatarabangsa.



Sangat menyokong usaha-usaha mengangkat disleksia sebagai tema. Apalagi dengan tujuan untuk memberi kesedaran kepada umum. Disleksia bukan baharu tetapi masih ramai yang tidak tahu.

Bagaimanapun tolong beri gambaran yang betul kepada masyarakat.

Ada kalangan anak-anak ini bukan hanya disleksia tetapi juga, gabungan. Disleksia dan autism. Disleksia dan ADHD. Salurkan maklumat ini kepada masyarakat. Jangan beri gambaran yang salah.

Comments

Popular posts from this blog

Simbolik Perpisahan: Hadiah Sepasang Kasut

Sepasang kasut simbol perpisahan. Ada segelintir yang berpendapat, menghadiahkan sepasang kasut bagi pasangan yang berkasih, memberi petanda perhubungan itu tidak akan kekal lama. Dalam erti kata lain, sang kekasih akan melangkah pergi. Simbolik ini, digunakan oleh penulis dalam menzahirkan hubungan cinta yang tak kesampaian antara keduanya. Lee Bang Won dan Boon Yi bertemu sejak dari kecil, kemudian terpisah. Setelah dewasa, mereka bertemu kembali tanpa keduanya menyedari mereka pernah punya kenangan ketika kecil ( episod 1 dan 2 ). Hal itu cuma disedari Boon Yi ketika Lee Bang Won 'menjadikannya tawanan', dengan mulut, kaki dan tangan diikat, Lee Bang Won menjelaskan kewajaran tindakannya dengan meluahkan apa yang terbuku di hati termasuk pengalaman yang pernah ditempuh bersama Boon Yi, ketika masih kecil. Boon Yi yang cuma mampu mendengar, menyimpan rahsia itu sendirian. ( episod 8 ) Boon Yi petani miskin. Ibunya telah lama menghilang. Malah beliau bertemu Lee Bang ...

Panduan Memilih Buku Untuk Anak Disleksia

Membaca jambatan ilmu. Mari kita pupuk minat membaca untuk anak-anak disleksia kita. Walaupun membaca akan jadi perkara yang paling meresahkan untuk mereka. Mula-mula kita kena pilih buku yang sesuai.  Pilihan buku yang baik untuk anak disleksia antaranya mesti mengambil kira: Ada lebih banyak gambar berbanding tulisan .  Saiz tulisan yang besar dan menarik . Kenapa? Anak disleksia menggunakan bahagian otak yang berbeza daripada anak normal untuk membaca. Jadi mereka cepat lebih. Lambat faham. Kita tentu tak mahu anak kita cepat letih. Kita mahukan anak kita seronok membaca dan sukakan buku. Dr Ong Puay Hoon ( Presiden Persatuan Disleksia Sarawak ) sarankan, sebaik-baiknya dalam satu muka surat hanya ada sebaris ayat. Saya sertakan contoh yang diambil dari buku No, David! Puan Lee Voon Yee ( Psikologi Klinikal PPUKM ) menyarankan buku-buku kanak David Shannon . David Shannon merakamkan keletah dan kelakuan anak-anak. Sekaligus buat anak-anak...

Nasinya Tumpah Dan Talang

Nasinya tumpah adalah salah satu daripada cerpen-cerpen bermutu yang dihasilkan oleh pengarang tersohor, Fatimah Busu. Cerpen yang memenangi Hadiah Karya dan Hadiah Sastera Malaysia pada tahun 1972, ini juga diangkat dalam drama televisyen yang dilakonkan oleh Marlia Musa dan ND Lala. Saya mula membacanya ketika di bangku sekolah rendah. Ada apa dengan "nasinya tumpah"? Banyak. Antaranya, hikmah atas sesuatu perkara buruk yang berlaku. Mujur nasinya tumpah jika tidak, Bedolah pun akan sama meninggalkan dunia fana ini. Ini cerpen namun dapat menerbitkan rasa sayu. Sarat membawa mesej kemanusian dan kemasyarakatan. Bayangkan jika perkara sama menimpa diri atau ahli keluarga kita. Kutip cendawan, masak dan makan beramai-ramai. Saya sekeluarga juga pernah. Sedap! Sudah makan teringat semula cerpen ini. Memang menginsafkan. Bagaimana dengan keluarga yang memang apabila terjumpa cendawan bermakna itu rezeki mereka buat hari itu. Kutip, masak dan makan. Tanpa mengira sama ada ce...