Skip to main content

Posts

Showing posts from 2017

Pop Corn Kasih Sayang

Petang semalam, saya dapat sebungkus kecil pop corn . Yeah! Abang Ngah belikan sebungkus pop corn  menggunakan duit belanjanya, untuk setiap orang. Semua orang dapat. Anak ini memang istimewa orangnya. Terus rasa sihat, segar bugar. Terima kasih sayang. That just made my day!

Defendant

Hanya tinggal lagi 2 episod, maka tamatlah drama bersiri " Defendant " atau " Innocent Defendant ".  Dup dap dup dap jantung melayan drama ini. Clap clap clap gandingan hebat pelakon-pelakonnya terutama dua peneraju ini iaitu Ji Sung sebagai Park Jung Woo, pendakwaraya yang diperangkap oleh Uhm Ki Joon yang memegang dua watak kembar iaitu Cha Sun Ho dan Cha Min Ho. Malangnya Park Jung Woo hilang ingatan akibat tekanan dan terlalu terkejut dengan kematian isterinya yang berlaku secara tiba-tiba. Mayat anaknya juga dikatakan telah hilang. Pukulan yang paling hebat adalah dirinya sebagai pelaku jenayah kejam itu. Ingatanya sepanjang jenayah kejam itu berlaku hilang kerana menurut doktor, beliau sendiri tidak mahu mengingatinya. Beliau hanya menginginkan memori indah yang berlaku sebelum kejadiaan itu sahaja. Baru saya tahu otak boleh mengikut kata hati sehingga ke tahap itu. Ingatan tentang kejadian jenayah itu datang sedikit demi sedikit dan lambat m...

Mengenang Amir Yusuf bin Nurul Fajar

Ketika mengemas saya terjumpa coretan tangan ini. Oh! Ini saya coretkan lama dahulu untuk seorang rakan maya yang ketika itu jauh di bumi Glasgow. Beliau dan isteri ketika itu melanjutkan pelajaran sambil ditemani oleh dua orang anak mereka. Bagaimanapun anak mereka, Amir Yusuf yang lahir di sana, sakit sejak dari hari kelahirannya pada 27 Jun 2008 dan kembali semula kepangkuan Ilahi pada 6 Mac 2009. sekalipun deru angin takkan bisa menitipkannya rindu itu takkan hilang meskipun tahun beranjak angka musim berganti musim hari menjelang hari berdetik waktu berlalu sesaat tidak terlewat rindu itu tetap bertapak biarpun bibir berhenti berkata di hati masih menutur rindu getar rindu di sanubari terus basah tetap hangat kenangan mencipta sejarah di mata terbayang-bayang tidur malam termimpi-mimpi selagi nadi berdenyut hela nafas rindu setia menemani percayalah anakanda tanpa jemu rindu akan terus bertamu Arwah Amir Yusuf ini sebaya dengan ...

Tahniah Pemenang Anugerah K-drama 2016

Lambat lagi. Tapi tak apa biar lambat daripada tak ada langsung. Tahniah untuk semua warga kerja K-drama. Oh ya saya juga tonton K-movie. Train to Busan dan Like for Likes . Tahniah juga untuk semua. Ada hiburan. Ada ilmu juga yang kalian selitkan. Romantic Doctor, Teacher Kim , Bagi saya ini K-drama terbaik untuk 2016 (Antara drama-drama yang saya tengok. Ada banyak sangat drama, bukan semua saya tengok pun). Memang berdebar tengok pembedahan jantung tiruan tu. Antara drama-drama doktor Korea, Doctors , Romantic Doctor Teacher Kim, YongPal dan Doctor Strangers . Ini drama doktor terbaik yang pernah saya tonton.Walaupun saya adalah peminat Kim Rae Won yang melakokan watak doktor dalam K-drama Doctors , saya memilih Romantic Doctor, Teacher Kim kerana jalan ceritanya. Bukan mengatakan Kim Rae Won tidak melakonkan wataknya dengan baik tetapi mungkin kerana saya pernah melihat beliau melakonkan watak yang jauh lebih mencabar. Kim Rae Won kalau melakonkan adegan romantik memang...

Demi Abang Ngah, Kak Long

  Gambar ini masa hari pertama Abang Ngah masuk tahun 1. Semuanya seperti normal ketika itu . Ketika kita semua tak tahu. Mommy tak tunggu tangga di sekolah sebab semuanya seperti normal sahaja. Kak L o ng, h e seems like you. Tak menangis. Tak merengek. Boleh berkawan. Tapi masa rehat Mommy datang juga untuk per hatikan . Kak Long, I know that I can count on you. Masa Mommy sampai di sekolah, Kak Long dah pun belikan makanan dan tengah makan dengan Abang Ngah. Kak Long tak makan dengan kawan-kawan tapi makan dengan Abang Ngah. Masa dekat rumah lagi dah pesan pada Kak Long, minta tolong Kak Long tengok-tengokkan Abang Ngah. Abang Ngah tak pernah lagi ada pengalaman membeli di kedai seorang diri walaupun dekat depan rumah kita ada kedai runcit. Kak Long pun tak ada pengalaman macam tu masa tahun 1 tapi Kak Long berani. Mommy cuma perhati je Kak Long dari jauh. Kak Long memang berdikari.  Zaman sekarang bukan macam zaman Mommy kecil- kecil du lu, Opah boleh bagi dui...