Skip to main content

Demi Abang Ngah, Kak Long



Gambar ini masa hari pertama Abang Ngah masuk tahun 1. Semuanya seperti normal ketika itu. Ketika kita semua tak tahu. Mommy tak tunggu tangga di sekolah sebab semuanya seperti normal sahaja. Kak Long, he seems like you. Tak menangis. Tak merengek. Boleh berkawan. Tapi masa rehat Mommy datang juga untuk perhatikan. Kak Long, I know that I can count on you. Masa Mommy sampai di sekolah, Kak Long dah pun belikan makanan dan tengah makan dengan Abang Ngah. Kak Long tak makan dengan kawan-kawan tapi makan dengan Abang Ngah. Masa dekat rumah lagi dah pesan pada Kak Long, minta tolong Kak Long tengok-tengokkan Abang Ngah. Abang Ngah tak pernah lagi ada pengalaman membeli di kedai seorang diri walaupun dekat depan rumah kita ada kedai runcit. Kak Long pun tak ada pengalaman macam tu masa tahun 1 tapi Kak Long berani. Mommy cuma perhati je Kak Long dari jauh. Kak Long memang berdikari. 

Zaman sekarang bukan macam zaman Mommy kecil-kecil dulu, Opah boleh bagi duit dan suruh Mommy pergi kedai runcit belikan barang-barang runcit. Duit tu Opah bungkus dalam kertas. Pada kertas tu, Opah dah tulis senarai barang-barang untuk dibeli. Mommy mula tolong Opah, pergi ke kedai sebelum masuk Sekolah Rendah lagi. Padahal kedai runcit dekat kampung tu bukan depan rumah. Ini kedai runcit betul-betul depan rumah kita. Sekarang berbeza, nak lepaskan Kak Long dan adik-adik pergi main-main depan halaman rumah pun, Mommy dan Daddy tak berani. Kalau tak ada sesiapa teman, jangan harap Mommy nak lepaskan anak-anak main di luar. Kalau kawan-kawan datang pun, Mommy keberatan sangat. Bukan tak bagi anak-anak bergaul tapi keadaan sekarang sungguh tak serupa macam zaman Mommy kecil-kecil dulu. 


Jadi Mommy risau, pandai ke Abang Ngah nak buat urusan jual beli ni. Abang Ngah tu tak macam Kak Long. Berat mulut. Selalu buka mulut pun tak dengar apa biji butir cakapnya. Perlahan sangat. Jadi pemalu sangat-sangat. Kak Long lain, Kak Long ramah. Mommy selalu pesan, Kak Long kena jaga Abang Ngah. Abang Ngah kena jaga Kak Long. Nampaknya sekarang, banyak Kak Long yang jaga Abang Ngah.


Besar tanggungjawab Kak Long. It's okay Kak Long, masa Mommy kecil dulu Mommy pun macam Kak Long juga. Mommy makan dengan Pak Ngah. Opah tak bagi duit belanja. Kitaorang bawa bekal. Mommy kena tengok Pak Ngah makan, kena cari budak nakal yang dah ambil pensel ke, pembaris ke, buku ke. Dalam beg Pak Ngah tu bukan ada sangat barang berharga. Buku teks pun tak ada. Seluar dengan baju ganti adalah. Barang sekolah yang asas sahaja. Itupun tak banyak. Sampai Mommy pergi ke sekolah sebelah cari kakak budak tu. Bagitau adik dia dah ambil barang-barang sekolah Pak Ngah. Minta pulangkan balik barang-barang Pak Ngah. Kadang-kadang kena pujuk Pak Ngah menangis sebab kena buli. Kadang-kadang kena basuh b****, kalau Pak Ngah sakit perut terbuang dalam seluar. Sampai ada budak lain terbuang dalam seluar pun cikgu panggil Mommy pergi cucikan. Aiyaaa Cikgu! Kadang-kadang kena balik jalan kaki sebab dah kena tinggal dengan bas sekolah masa uruskan Pak Ngah yang terbuang dalam seluar tu. Hari ke 3 masuk tahun 1, Abang Ngah pun bagitau Kak Longkan, Abang Ngah kena buli sampai terbuang dalam seluar kan dan hari ketiga persekolahan itu, Mommy dah mula bekerja semula.


Ada je budak nakal macam ID dan gengnya tu di mana-mana. Walaupun cikgu dah marah, dah denda dia. Dia tak serik. Sanggup depakan, ulang pergi kelas Abang Ngah semata-mata sebab nak ejek dia. Tunggu dia balik sekolah sebab nak ejek dia. Mommy dan Daddy tahu, Kak Long tak boleh sentiasa ada untuk Abang Ngah tapi walau macam mana pun kita kena buat apa yang kita mampu untuk tolong dia. Mommy dan Daddy percaya pada Kak Long. Abang Ngah tu, dia percayakan Kak Long sebab dia tahu kakak dia boleh jadi pelindung. Sebab itulah dia akan beritahu pada Kak Long dulu, sebelum bagitau pada Mommy. Abang Ngah tahu Kak Long berani. Lagi berani daripada Mommy, terus bagitau Guru Besar ada budak curi duit Abang Ngah. Bravo! We are so proud of you, Kak Long.

Kak Long memang bawa makna nama Kak Long, anak patuh yang jadi penawar. Mommy doakan semua kebaikkan Kak Long, diberkati dan hidup Kak Long dirahmati Alllah SWT sentiasa, Sayang. Kak Long mesti terus buat perkara yang baik-baik. Sekarang Abang Ngah tengah lalui masa-masa yang susah dalam hidup dia. Macam yang Mommy cakapkan, setiap orang ada kelebihan dan kekurangan dalam hidup dia. Kita kena terus sokong Abang Ngah. Demi Abang Ngah, Kak Long.   


Comments

Popular posts from this blog

Benih Yang Baik Jatuh ke Laut Menjadi Pulau

Benih yang baik, kalau di campak ke darat menjadi gunung  dan kalau di campak ke laut menjadi pulau Maksudnya, yang baik tetap akan baik sekalipun di mana pun ia berada. Pertama kali mendengarnya ketika berumur sekitar 11 atau 12 tahun. Guru besar ketika itu, Cikgu Abdul Latif yang menerangkan mengenainya. "Terima kasih Cikgu". Itu juga yang dikarang dalam ucapan penghargaan kepada Cikgu Zaki Hasbullah yang bertukar mengajar ke sekolah yang lain. Setelah mengarang panjang di 'muka buku' di sini, saya kira dengan mengungkapkan peribahasa ini sudah cukup untuk menzahirkan terima kasih yang tidak terhingga buatnya.  Gambar kenangan anak bongsu bersama-sama dengan Cikgu Zaki yang memakai kostum adiwira, Superman ketika pendaftaran Tahun 1 di sekolah.  

Simbolik Perpisahan: Hadiah Sepasang Kasut

Sepasang kasut simbol perpisahan. Ada segelintir yang berpendapat, menghadiahkan sepasang kasut bagi pasangan yang berkasih, memberi petanda perhubungan itu tidak akan kekal lama. Dalam erti kata lain, sang kekasih akan melangkah pergi. Simbolik ini, digunakan oleh penulis dalam menzahirkan hubungan cinta yang tak kesampaian antara keduanya. Lee Bang Won dan Boon Yi bertemu sejak dari kecil, kemudian terpisah. Setelah dewasa, mereka bertemu kembali tanpa keduanya menyedari mereka pernah punya kenangan ketika kecil ( episod 1 dan 2 ). Hal itu cuma disedari Boon Yi ketika Lee Bang Won 'menjadikannya tawanan', dengan mulut, kaki dan tangan diikat, Lee Bang Won menjelaskan kewajaran tindakannya dengan meluahkan apa yang terbuku di hati termasuk pengalaman yang pernah ditempuh bersama Boon Yi, ketika masih kecil. Boon Yi yang cuma mampu mendengar, menyimpan rahsia itu sendirian. ( episod 8 ) Boon Yi petani miskin. Ibunya telah lama menghilang. Malah beliau bertemu Lee Bang ...

UK Trip Manchester, Liverpool & Greenwich London Part III: Tinggal Kenangan dan Pengalaman

Apabila anda ada dua orang anak lelaki yang sangat minat dengan sukan bola sepak, apakah lagi keseronakkan, selain daripada menjelajah dari satu stadium ke satu stadium yang lain? Mari sambung cerita jalan-jalan makan angin ke London, Manchester dan Liverpool yang terperam lama. Siri kontroversi kepada keluarga Diraja Britain,  The Crown pun sudah habis ditonton. Terasa memanggil-mangil kenangan semasa di sana. Saya ada dua orang anak lelaki yang sedang membesar. Kedua-duanya adalah peminat Pasukan  Barcelona . Namun sangat teruja apabila mengetahui trip kali ini kami akan menjelajah dari satu stadium ke stadium yang lain. Sejak menjejaki kaki ke London, asyik bertanya,  Bila nak pergi stadium? Hari apa nak pergi Manchester? Hari ke 7 (2 Disember 2019) Pagi-pagi lagi sebaik kedai dobi dibuka, kami terus pergi untuk mengeringkan pakaian. Seluar jeans sebenarnya. Memang betul, tips yang kebanyakkan orang beritahu iaitu dalam musim sejuk kita tak perlu baw...