Skip to main content

Mengenang Amir Yusuf bin Nurul Fajar

Ketika mengemas saya terjumpa coretan tangan ini. Oh! Ini saya coretkan lama dahulu untuk seorang rakan maya yang ketika itu jauh di bumi Glasgow. Beliau dan isteri ketika itu melanjutkan pelajaran sambil ditemani oleh dua orang anak mereka. Bagaimanapun anak mereka, Amir Yusuf yang lahir di sana, sakit sejak dari hari kelahirannya pada 27 Jun 2008 dan kembali semula kepangkuan Ilahi pada 6 Mac 2009.

sekalipun deru angin
takkan bisa menitipkannya
rindu itu takkan hilang
meskipun tahun beranjak angka
musim berganti musim
hari menjelang hari
berdetik waktu berlalu
sesaat tidak terlewat
rindu itu tetap bertapak
biarpun bibir berhenti berkata
di hati masih menutur rindu
getar rindu di sanubari
terus basah
tetap hangat
kenangan mencipta sejarah
di mata terbayang-bayang
tidur malam termimpi-mimpi
selagi nadi berdenyut
hela nafas rindu
setia menemani
percayalah anakanda
tanpa jemu
rindu akan terus bertamu

Arwah Amir Yusuf ini sebaya dengan salah seorang hero saya. Ketika ayah arwah mencoret kisahnya, saya sedang mengandungkan anak saya itu. Takkala arwah menghembuskan nafasnya, anak saya baru berusia lebih kurang 4 bulan. Teringat ketika saya kucup pipinya pagi tadi sebelum ke sekolah. Saya pesan, buat yang terbaik untuk ujiannya. Anak istimewa saya akan menduduki dua peperiksaan. Peperiksaan untuk aliran perdana dan peperiksaan di kelas pendidikan khas. Hari ini juga genap lapan tahun arwah pergi buat selama-lamanya. Saya tetap menzahirkan kesyukuran walaubagaimana keadaan anak saya dan saya percaya teman saya itu tentulah menerima hikmah yang lebih besar. Kerana ujian itu diturunkanNya untuk orang yang mampu menerimanya sahaja. Kerana ujian itu datang dengan hikmahNya. Itu janjiNya.  

Tentulah tidak ada kata-kata sebetulnya dapat memujuk hati yang rawan. Tentulah hanya yang merasai kehilangan lebih memahami apa maknanya. 

Marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah Amir Yusuf, anak syurga.

*gambar pusaranya yang saya ambil dari blog ayahnya*

Comments

Popular posts from this blog

Benih Yang Baik Jatuh ke Laut Menjadi Pulau

Benih yang baik, kalau di campak ke darat menjadi gunung  dan kalau di campak ke laut menjadi pulau Maksudnya, yang baik tetap akan baik sekalipun di mana pun ia berada. Pertama kali mendengarnya ketika berumur sekitar 11 atau 12 tahun. Guru besar ketika itu, Cikgu Abdul Latif yang menerangkan mengenainya. "Terima kasih Cikgu". Itu juga yang dikarang dalam ucapan penghargaan kepada Cikgu Zaki Hasbullah yang bertukar mengajar ke sekolah yang lain. Setelah mengarang panjang di 'muka buku' di sini, saya kira dengan mengungkapkan peribahasa ini sudah cukup untuk menzahirkan terima kasih yang tidak terhingga buatnya.  Gambar kenangan anak bongsu bersama-sama dengan Cikgu Zaki yang memakai kostum adiwira, Superman ketika pendaftaran Tahun 1 di sekolah.  

Simbolik Perpisahan: Hadiah Sepasang Kasut

Sepasang kasut simbol perpisahan. Ada segelintir yang berpendapat, menghadiahkan sepasang kasut bagi pasangan yang berkasih, memberi petanda perhubungan itu tidak akan kekal lama. Dalam erti kata lain, sang kekasih akan melangkah pergi. Simbolik ini, digunakan oleh penulis dalam menzahirkan hubungan cinta yang tak kesampaian antara keduanya. Lee Bang Won dan Boon Yi bertemu sejak dari kecil, kemudian terpisah. Setelah dewasa, mereka bertemu kembali tanpa keduanya menyedari mereka pernah punya kenangan ketika kecil ( episod 1 dan 2 ). Hal itu cuma disedari Boon Yi ketika Lee Bang Won 'menjadikannya tawanan', dengan mulut, kaki dan tangan diikat, Lee Bang Won menjelaskan kewajaran tindakannya dengan meluahkan apa yang terbuku di hati termasuk pengalaman yang pernah ditempuh bersama Boon Yi, ketika masih kecil. Boon Yi yang cuma mampu mendengar, menyimpan rahsia itu sendirian. ( episod 8 ) Boon Yi petani miskin. Ibunya telah lama menghilang. Malah beliau bertemu Lee Bang ...

UK Trip Manchester, Liverpool & Greenwich London Part III: Tinggal Kenangan dan Pengalaman

Apabila anda ada dua orang anak lelaki yang sangat minat dengan sukan bola sepak, apakah lagi keseronakkan, selain daripada menjelajah dari satu stadium ke satu stadium yang lain? Mari sambung cerita jalan-jalan makan angin ke London, Manchester dan Liverpool yang terperam lama. Siri kontroversi kepada keluarga Diraja Britain,  The Crown pun sudah habis ditonton. Terasa memanggil-mangil kenangan semasa di sana. Saya ada dua orang anak lelaki yang sedang membesar. Kedua-duanya adalah peminat Pasukan  Barcelona . Namun sangat teruja apabila mengetahui trip kali ini kami akan menjelajah dari satu stadium ke stadium yang lain. Sejak menjejaki kaki ke London, asyik bertanya,  Bila nak pergi stadium? Hari apa nak pergi Manchester? Hari ke 7 (2 Disember 2019) Pagi-pagi lagi sebaik kedai dobi dibuka, kami terus pergi untuk mengeringkan pakaian. Seluar jeans sebenarnya. Memang betul, tips yang kebanyakkan orang beritahu iaitu dalam musim sejuk kita tak perlu baw...