Skip to main content

Defendant

Hanya tinggal lagi 2 episod, maka tamatlah drama bersiri "Defendant" atau "Innocent Defendant".



Dup dap dup dap jantung melayan drama ini. Clap clap clap gandingan hebat pelakon-pelakonnya terutama dua peneraju ini iaitu Ji Sung sebagai Park Jung Woo, pendakwaraya yang diperangkap oleh Uhm Ki Joon yang memegang dua watak kembar iaitu Cha Sun Ho dan Cha Min Ho.

Malangnya Park Jung Woo hilang ingatan akibat tekanan dan terlalu terkejut dengan kematian isterinya yang berlaku secara tiba-tiba. Mayat anaknya juga dikatakan telah hilang. Pukulan yang paling hebat adalah dirinya sebagai pelaku jenayah kejam itu. Ingatanya sepanjang jenayah kejam itu berlaku hilang kerana menurut doktor, beliau sendiri tidak mahu mengingatinya. Beliau hanya menginginkan memori indah yang berlaku sebelum kejadiaan itu sahaja. Baru saya tahu otak boleh mengikut kata hati sehingga ke tahap itu. Ingatan tentang kejadian jenayah itu datang sedikit demi sedikit dan lambat menyebabkan beliau menerima keputusan hukuman mati oleh jenayah kejam itu. Sebetulnya siapa yang bunuh isteri dan anaknya itu? Inilah yang menariknya. Kita penonton tahu beliau tidak bersalah tetapi semua bukti menunjukkan beliau adalah pelakunya.



Semuanya berlaku apabila beliau selaku pendakwa ingin menahan Cha Min Ho yang telah membnuh seorang wanita. Cha Min Ho pula tidak hanya membunuh wanita itu tetapi juga membunuh kembarnya, Cha Sun Ho untuk menyelamatkan diri dari dihumban ke penjara. Bagaimanapun penyamarannya sebagai Cha Sun Ho berjaya dihidu oleh Park Jung Woo. Hmmm bangkai gajah tak dapat ditutup dengan nyiru. Sebenarnya penyamaran sebagai Cha Sun Ho dapat dibaca oleh orang lain juga samaada orang itu akrab dengan dirinya, Cha Min Ho atau karib dengan Cha Sun Ho. Ialah sepandai-pandai tupai melompat, kata orang akhirnya berdebuk jatuh ke tanah juga. Bahkan ibunya yang dimensia pun mengetahui anaknya yang masih hidup itu adalah Cha Min Ho.

Bagaimana cerita ini digarap sebenarnya yang menarik perhatian untuk terus terpacak depan TV. Teringat Punch. Bezanya Punch tidak diselitkan dengan humor. Meski jauh di sudut hati, saya amat pasti kesudahannya adalah keadilan akan ditegakkan. Jalan ceritanya juga sedang menuju ke situ.


Tahniah untuk kesemua yang terlibat menjayakan drama ini.

Comments

Popular posts from this blog

Benih Yang Baik Jatuh ke Laut Menjadi Pulau

Benih yang baik, kalau di campak ke darat menjadi gunung  dan kalau di campak ke laut menjadi pulau Maksudnya, yang baik tetap akan baik sekalipun di mana pun ia berada. Pertama kali mendengarnya ketika berumur sekitar 11 atau 12 tahun. Guru besar ketika itu, Cikgu Abdul Latif yang menerangkan mengenainya. "Terima kasih Cikgu". Itu juga yang dikarang dalam ucapan penghargaan kepada Cikgu Zaki Hasbullah yang bertukar mengajar ke sekolah yang lain. Setelah mengarang panjang di 'muka buku' di sini, saya kira dengan mengungkapkan peribahasa ini sudah cukup untuk menzahirkan terima kasih yang tidak terhingga buatnya.  Gambar kenangan anak bongsu bersama-sama dengan Cikgu Zaki yang memakai kostum adiwira, Superman ketika pendaftaran Tahun 1 di sekolah.  

Simbolik Perpisahan: Hadiah Sepasang Kasut

Sepasang kasut simbol perpisahan. Ada segelintir yang berpendapat, menghadiahkan sepasang kasut bagi pasangan yang berkasih, memberi petanda perhubungan itu tidak akan kekal lama. Dalam erti kata lain, sang kekasih akan melangkah pergi. Simbolik ini, digunakan oleh penulis dalam menzahirkan hubungan cinta yang tak kesampaian antara keduanya. Lee Bang Won dan Boon Yi bertemu sejak dari kecil, kemudian terpisah. Setelah dewasa, mereka bertemu kembali tanpa keduanya menyedari mereka pernah punya kenangan ketika kecil ( episod 1 dan 2 ). Hal itu cuma disedari Boon Yi ketika Lee Bang Won 'menjadikannya tawanan', dengan mulut, kaki dan tangan diikat, Lee Bang Won menjelaskan kewajaran tindakannya dengan meluahkan apa yang terbuku di hati termasuk pengalaman yang pernah ditempuh bersama Boon Yi, ketika masih kecil. Boon Yi yang cuma mampu mendengar, menyimpan rahsia itu sendirian. ( episod 8 ) Boon Yi petani miskin. Ibunya telah lama menghilang. Malah beliau bertemu Lee Bang ...

UK Trip Manchester, Liverpool & Greenwich London Part III: Tinggal Kenangan dan Pengalaman

Apabila anda ada dua orang anak lelaki yang sangat minat dengan sukan bola sepak, apakah lagi keseronakkan, selain daripada menjelajah dari satu stadium ke satu stadium yang lain? Mari sambung cerita jalan-jalan makan angin ke London, Manchester dan Liverpool yang terperam lama. Siri kontroversi kepada keluarga Diraja Britain,  The Crown pun sudah habis ditonton. Terasa memanggil-mangil kenangan semasa di sana. Saya ada dua orang anak lelaki yang sedang membesar. Kedua-duanya adalah peminat Pasukan  Barcelona . Namun sangat teruja apabila mengetahui trip kali ini kami akan menjelajah dari satu stadium ke stadium yang lain. Sejak menjejaki kaki ke London, asyik bertanya,  Bila nak pergi stadium? Hari apa nak pergi Manchester? Hari ke 7 (2 Disember 2019) Pagi-pagi lagi sebaik kedai dobi dibuka, kami terus pergi untuk mengeringkan pakaian. Seluar jeans sebenarnya. Memang betul, tips yang kebanyakkan orang beritahu iaitu dalam musim sejuk kita tak perlu baw...