Tiba-tiba teringat tentang kisah menyayat hati dari filem ini. Lakonan pelakon popular Indonesia pada ketika itu iaitu Rano Karno. Sebelum peminat dari Malaysia menggilai Nicholas Saputra atau Baim Wong, Rano Karno lebih dahulu mengambil tempat. Pun rasanya ini filem saduran. Pernah menonton filem, tidak pasti samaada dari Hong Kong atau Tanah Besar China, dengan plot yang sama. Kecil sangat lagi usia ketika itu tetapi masih ingat dengan jelas plot ceritanya. Kisah seorang wanita yang mengambil keputusan meninggalkan suami dan mertua yang kaya raya untuk membesarkan anak lelakinya yang cacat anggota, sendirian dalam keadaan daif. Dek kerana kecacatannya, selalu anak itu diejek dan dibuli. Wanita itu tak berupaya menyekolahkan anaknya sehingga peringkat tertinggi. Anak itu terpaksa bekerja (kalau tak silap) di sebuah kedai buku bagi penampung pengajiannya. Kemudiannya bercinta dengan seorang anak gadis dari keluarga berada. (Lupa pula bagaimana mereka boleh berjumpa) Hubungan pe...