Skip to main content

Sudah Dalam Genggaman - Selendang Sukma & Bagaimana Anyss Naik Ke Langit

Setiap kali KLIBF datang, saya memang akan mencari tahu dua perkara ini. Ada atau tidak karya baharu yang Dr Faisal Tehrani hasilkan? Bagaimana dengan Tuan Haji Isa Kamari? Ada naskhah baharu? Apa judulnya? Siapa penerbit? Boleh beli di booth yang mana?    

Kebanyakkan karya dua penulis tersohor ini, memang ada dalam khutubkhanah kecil saya. Walau apapun kritikan atau pandangan negetif sesetengah pihak terhadap mana-mana antara keduanya, tidak menghalang saya daripada terus membaca karya mereka. Lain padang, lain belalang. Lain orang, lain ragam. Lain citarasa, lain minatnya. Tidak ada orang yang sama serupa. Saya suka sejarah. Kedua penulis banyak mengetengahkan karya mereka bersandarkan sejarah.

Saya akui sedikit janggal apabila berada di booth Al Ameen Serve tetapi himpunan karya Dr Faisal Tehrani tidak semeriah tahun sebelumnya. Walaupun memang tidak ada karya terbaharu beliau diterbitkan oleh penerbit tersebut. Saya sudah mengitari Booth ITBM memang tidak berjumpa dengan naskhah hasilan beliau terdahulu. Bukan untuk membeli. Memang sudah terang lagi bersuluh, apa yang heboh diperkatakan ramai. Saya harap ini tidak akan mematahkan semangat beliau untuk terus menulis. Hasil karya beliau masih mendapat sambutan ramai. Masih ditagih.

Saya sudah belek Selendang Sukma. Sudah mula. Seawal saya memilikinya pada Sabtu tetapi tidak dapat baca dengan penuh jiwa kerana putera kecil saya tidak sihat dan tuntutan keutamaan komitmen lainnya yang lebih penting. Pertembungan agama dan budaya. Itu rumusan awal. Latar tempat kali ini, Isa Kamari membawa kita ke Pulau Dewata, selain Singapura. Wah, tak semena-mena mengimbau segarnya udara, indahnya ciptaan Yang Kuasa ketika di sana kira-kira sembilan tahun lalu. Watak utama Selendang Sukma, Ilham. Ilham lagi. Ilham watak utama Memeluk Gerhana yang serasa sangat dekat di hati kerana selalu mengulang baca. Memeluk Gerhana bagi saya adalah karya terbaik Tuan Haji Isa.

Bagaimana Anyss Naik Ke Langit masih panas. Baharu semalam jadi milik saya. Belum sempat apa-apa pun lagi. Saya suka kulit muka depannya.


Tahniah Isa Kamari. Tahniah Faisal Tehrani.  

Comments

  1. Dah baca selendang sukma...memang best... Tulah memeluk gerhana my first novel isa kamari yg buat sy suka isa kamari...

    ReplyDelete
  2. Terima kasih singgah. Saya suka sangat novel "Memeluk Gerhana". Sangat-sangat suka

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Benih Yang Baik Jatuh ke Laut Menjadi Pulau

Benih yang baik, kalau di campak ke darat menjadi gunung  dan kalau di campak ke laut menjadi pulau Maksudnya, yang baik tetap akan baik sekalipun di mana pun ia berada. Pertama kali mendengarnya ketika berumur sekitar 11 atau 12 tahun. Guru besar ketika itu, Cikgu Abdul Latif yang menerangkan mengenainya. "Terima kasih Cikgu". Itu juga yang dikarang dalam ucapan penghargaan kepada Cikgu Zaki Hasbullah yang bertukar mengajar ke sekolah yang lain. Setelah mengarang panjang di 'muka buku' di sini, saya kira dengan mengungkapkan peribahasa ini sudah cukup untuk menzahirkan terima kasih yang tidak terhingga buatnya.  Gambar kenangan anak bongsu bersama-sama dengan Cikgu Zaki yang memakai kostum adiwira, Superman ketika pendaftaran Tahun 1 di sekolah.  

Simbolik Perpisahan: Hadiah Sepasang Kasut

Sepasang kasut simbol perpisahan. Ada segelintir yang berpendapat, menghadiahkan sepasang kasut bagi pasangan yang berkasih, memberi petanda perhubungan itu tidak akan kekal lama. Dalam erti kata lain, sang kekasih akan melangkah pergi. Simbolik ini, digunakan oleh penulis dalam menzahirkan hubungan cinta yang tak kesampaian antara keduanya. Lee Bang Won dan Boon Yi bertemu sejak dari kecil, kemudian terpisah. Setelah dewasa, mereka bertemu kembali tanpa keduanya menyedari mereka pernah punya kenangan ketika kecil ( episod 1 dan 2 ). Hal itu cuma disedari Boon Yi ketika Lee Bang Won 'menjadikannya tawanan', dengan mulut, kaki dan tangan diikat, Lee Bang Won menjelaskan kewajaran tindakannya dengan meluahkan apa yang terbuku di hati termasuk pengalaman yang pernah ditempuh bersama Boon Yi, ketika masih kecil. Boon Yi yang cuma mampu mendengar, menyimpan rahsia itu sendirian. ( episod 8 ) Boon Yi petani miskin. Ibunya telah lama menghilang. Malah beliau bertemu Lee Bang ...

UK Trip Manchester, Liverpool & Greenwich London Part III: Tinggal Kenangan dan Pengalaman

Apabila anda ada dua orang anak lelaki yang sangat minat dengan sukan bola sepak, apakah lagi keseronakkan, selain daripada menjelajah dari satu stadium ke satu stadium yang lain? Mari sambung cerita jalan-jalan makan angin ke London, Manchester dan Liverpool yang terperam lama. Siri kontroversi kepada keluarga Diraja Britain,  The Crown pun sudah habis ditonton. Terasa memanggil-mangil kenangan semasa di sana. Saya ada dua orang anak lelaki yang sedang membesar. Kedua-duanya adalah peminat Pasukan  Barcelona . Namun sangat teruja apabila mengetahui trip kali ini kami akan menjelajah dari satu stadium ke stadium yang lain. Sejak menjejaki kaki ke London, asyik bertanya,  Bila nak pergi stadium? Hari apa nak pergi Manchester? Hari ke 7 (2 Disember 2019) Pagi-pagi lagi sebaik kedai dobi dibuka, kami terus pergi untuk mengeringkan pakaian. Seluar jeans sebenarnya. Memang betul, tips yang kebanyakkan orang beritahu iaitu dalam musim sejuk kita tak perlu baw...