Saya sediakan coklat untuk hantaran pertunangan adik. Adik bertunang beberapa jam sebelum dinikahkan. Permintaan emak. Saya sebenarnya lebih suka idea emak untuk coklat hantaran tapi emak sudah terlampau sibuk untuk itu.
Coklat yang terdiri daripada aneka rasa dan menggunakan juga warna tema hantaran adik iaitu peach. Hantaran coklat ini siap sepenuhnya pada pagi sebelum majlis pertunangan diadakan. Ada lagi yang ingin saya lakukan tetapi masa sudah suntuk. Alhamdulillah, sempat juga disiapkan.
Insya Allah akan cuba yang lebih baik pada masa akan datang, jika rezeki dan peluang.
Comments
Post a Comment