Emak minta saya buat coklat untuk majlis khatam Al-Quran untuk adik sempena majlis perkahwinannya. Adik saya telah selamat menjadi isteri pada 22 Mac lepas. Alhamdulillah. Pukul 3:00 petang, emak buat majlis khatam Al-Quran.
Majlis sederhana sahaja. Saya buat coklat ranggup untuk tetamu majlis. Bunga telur wajib ada. Anak-anak tolong Opah agihkan kepada tetamu. Alhamdulillah, dapat maklum balas yang bagus daripada mak cik yang merasa coklat buatan tangan saya itu. Terima kasih.
Comments
Post a Comment