Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2014

Sudah Dalam Genggaman - Selendang Sukma & Bagaimana Anyss Naik Ke Langit

Setiap kali KLIBF datang, saya memang akan mencari tahu dua perkara ini. Ada atau tidak karya baharu yang Dr Faisal Tehrani hasilkan? Bagaimana dengan  Tuan Haji Isa Kamari ? Ada naskhah baharu? Apa judulnya? Siapa penerbit? Boleh beli di booth yang mana?     Kebanyakkan karya dua penulis tersohor ini, memang ada dalam khutubkhanah kecil saya. Walau apapun kritikan atau pandangan negetif sesetengah pihak terhadap mana-mana antara keduanya, tidak menghalang saya daripada terus membaca karya mereka. Lain padang, lain belalang. Lain orang, lain ragam. Lain citarasa, lain minatnya. Tidak ada orang yang sama serupa. Saya suka sejarah. Kedua penulis banyak mengetengahkan karya mereka bersandarkan sejarah. Saya akui sedikit janggal apabila berada di booth Al Ameen Serve tetapi himpunan karya Dr Faisal Tehrani tidak semeriah tahun sebelumnya. Walaupun memang tidak ada karya terbaharu beliau diterbitkan oleh penerbit tersebut. Saya sudah mengitari Bo...

KLIBF @ PBAKL Datang Lagi

Hari ini Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) sampai 4 Mei 2014. KLIBF itu acronym dalam bahasa lain. Hendak kata macam pameran perdaganggan itu, tidak rasanya. Saya pun tak tahu, ada atau tidak pembeli hak cipta macam pameran perdaganggan lain. Setahu saya ini memang pesta sebab dari hari pertama lagi, ada aktiviti jual beli. Macam hendak sambut hari raya, banyak promosi. Ada macam-macam tawaran, sana sini. Dua hari lepas, datang tawaran penghargaan terima kasih dari ITBM . Baca. Inti patinya lebih kurang, boleh dapat potongan harga 50% tetapi jangan lupa kad pengenalan sebagai pengesahan identiti. Sudah dua tahun berturut-turut membeli belah di sini tetapi tidak dapat hadiah pergi ke London hahaha. A Mother's Tears menarik perhatian waktu belek-belek katalog buku ITBM.  Saya sudah baca novel terjemahan bertajuk, Amina . Novel terjemahan yang saya beli dari ITBM semasa KLIBF tahun lepas. Novel yang baik. Hmmm belum sempat buat ulasan no...

Bukan Hidup, Kalau Tidak Ada Kejutan

Selamat tinggal Mac yang penuh liku. April disambut dengan ujian. Syukur Alhamdulillah, semuanya dengan pengakhiran yang baik. Jadual bulan Mac sendat padat telah ditamatkan dengan keadaan kesihatan saya yang kurang memuaskan. Demam. Jadi saya tidak dapat menyediakan beberapa perkara untuk majlis menyambut menantu adik.   Kemudian sehari selepas itu suami dan anak pula demam. Saya terpaksa juga pergi kerja kerana ada urusan penting yang sepatutnya dibuat pada hari saya demam. Saya tidak boleh tangguhkan urusan itu. Cuma petang baru saya dapat membawa suami dan anak ke klinik. Ada isu itu dan ini kerana pertukaran perkhidmatan klinik panel yang melambatkan proses menerima rawatan. Lusanya saya kembali bekerja tetapi satu lagi kejutan berlaku. Pihak taska menghubungi memberitahu anak saya jatuh di bilik air. Terpaksa suami tinggalkan seminar untuk bawa anak ke klinik. Doktor beritahu lukanya sudah tembus dan perlu dijahit. Suami bergegas ke hospital. Terima ...

Coklat Hantaran Pertunangan Nadiah & Zulkifly

Saya sediakan coklat untuk hantaran pertunangan adik. Adik bertunang beberapa jam sebelum dinikahkan. Permintaan emak. Saya sebenarnya lebih suka idea emak untuk coklat hantaran tapi emak sudah terlampau sibuk untuk itu. Coklat yang terdiri daripada aneka rasa dan menggunakan juga warna tema hantaran adik iaitu peach . Hantaran coklat ini siap sepenuhnya pada pagi sebelum majlis pertunangan diadakan. Ada lagi yang ingin saya lakukan tetapi masa sudah suntuk. Alhamdulillah, sempat juga disiapkan.  Insya Allah akan cuba yang lebih baik pada masa akan datang, jika rezeki dan peluang.

Coklat Untuk Majlis Khatam Al-Quran

Emak minta saya buat coklat untuk majlis khatam Al-Quran untuk adik sempena majlis perkahwinannya. Adik saya telah selamat menjadi isteri pada 22 Mac lepas. Alhamdulillah. Pukul 3:00 petang, emak buat majlis khatam Al-Quran. Majlis sederhana sahaja. Saya buat coklat ranggup untuk tetamu majlis. Bunga telur wajib ada. Anak-anak tolong Opah agihkan kepada tetamu. Alhamdulillah, dapat maklum balas yang bagus daripada mak cik yang merasa coklat buatan tangan saya itu. Terima kasih.

MIHAS 2014. Anda Sudah? Saya, Sudah.

Saya ke MIHAS 2014, semalam. Seperti biasa rutin tugas yang memerlukan saya untuk berkunjung ke pameran-pameran perdagangan. Tirai April bermula dengan MIHAS. MIHAS 2014 nampak lebih gah pada tahun ini. Thailand Pavillion besar dan cantik. Begitu juga Saudi Pavillion dan South Africa Pavillion. Bahkan dari Palestin pun cantik juga. Produk keluaran Thailand ada pelbagai. Telekung pun ada. Arab Saudi dan negara Timur Tengah lain, sudah tentu kurma. Seronok dapat merasa aneka kurma. Saya memang suka buah kurma. Sedap. Negara-negara lain seperti China, Jepun, Taiwan, Rusia, Chile dan banyak lagi dengan produk-produk halal masing-masing. Thailand memang terkenal dengan kehalusan seni. Cantik sangat seni ukiran buah-buahan dan sayur-sayuran ini. Saya ambil gambar ini untuk emak. Ingat emak walau di mana. Apa kesukaan emak juga. Seperti biasa produk makanan dan minuman paling mendapat tempat. Saya terserempak dengan Dr Fazley. Segak orangnya. Juga dengan chef terkemuka yang...