Skip to main content

#PRAYFORMH370

Tiba-tiba Malaysia jadi tumpuan dunia. Saat negara belum reda dengan masalah air hingga terpaksa dicatu. Cuaca panas, habis kering tumbuhan waima rumput di jalanan. Udara keruh dengan jerebu, menutup pandangan. Kes perbicaraan #BringShalAzizulHome atau #sweedenletthemgo serta isu politik yang menjengkelkan. Tiba-tiba kita dikejutkan dengan berita yang sangat mendukacitakan ini. Pesawat MH370 hilang dalam penerbangannya ke Beijing, China pada pagi Sabtu 8 Mac 2014. Segala macam spekulasi timbul. Setakat ini belum ada petunjuk di mana kapal terbang ini berada.

Allah SWT sahaja yang tahu, apa yang ada di langit dan di bumi. Allah SWT sahaja yang tahu. Ini kebesaran kuasa Allah SWT. Tidak mustahil juga, akan ada keajaiban milik Allah SWT. Kalau ada tangan-tangan ghaib di sebalik musibah ini. Ianya tak boleh lari dari pengetahuan Allah SWT. Suatu masa akan terlerai juga dengan izin Allah SWT. Bila? Rahsia Allah SWT.


Cubit peha kiri, peha kanan terasa juga. Biar apapun agama, bangsa dan negara, saya harapkan kesemua mereka selamat. Saya tetap mengharapkan ada keajaiban untuk penumpang dan anak kapal MH 370. Semoga semua berjaya ditemui dalam keadaan selamat sejahtera. Ada keluarga sedang menanti. Ada ibu. Ada ayah. Ada suami. Ada isteri. Ada anak. Malah ada yang bakal dilahirkan, sedang menanti kepulangan penumpang dan anak kapal MH370. Semoga keajaiban itu tetap akan ada. 

Ini ikhtibar buat kita kerana sehebat manapun ciptaan manusia, ianya takkan mampu mengatasi kehebatan Allah. Pesawat sebesar MH370 boleh hilang begitu sahaja tanpa sebarang kesan dan jejak setelah masuk hari ke tiga.Setiap masalah ada jalan keluarnya, Insya Allah akan ada penyelesaiaannya. Mari kita terus bermunajat dan berdoa kepadaNya. Jangan kita putus asa dengan rahmat Allah SWT.

Comments

  1. Assalamualaikum, sama-samalah kita berdoa moga mereka ini masih selamat.

    P/S: Buku saya Kumpulan Cerpen Remaja: Tetamu Istimewa terbitan ITBM telahpun terbit. Jika berminat boleh pesan dengan saya. Maklumat lanjut boleh baca di blog saya. Sokongan kalian semua amat saya hargai. Terima kasih.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Simbolik Perpisahan: Hadiah Sepasang Kasut

Sepasang kasut simbol perpisahan. Ada segelintir yang berpendapat, menghadiahkan sepasang kasut bagi pasangan yang berkasih, memberi petanda perhubungan itu tidak akan kekal lama. Dalam erti kata lain, sang kekasih akan melangkah pergi. Simbolik ini, digunakan oleh penulis dalam menzahirkan hubungan cinta yang tak kesampaian antara keduanya. Lee Bang Won dan Boon Yi bertemu sejak dari kecil, kemudian terpisah. Setelah dewasa, mereka bertemu kembali tanpa keduanya menyedari mereka pernah punya kenangan ketika kecil ( episod 1 dan 2 ). Hal itu cuma disedari Boon Yi ketika Lee Bang Won 'menjadikannya tawanan', dengan mulut, kaki dan tangan diikat, Lee Bang Won menjelaskan kewajaran tindakannya dengan meluahkan apa yang terbuku di hati termasuk pengalaman yang pernah ditempuh bersama Boon Yi, ketika masih kecil. Boon Yi yang cuma mampu mendengar, menyimpan rahsia itu sendirian. ( episod 8 ) Boon Yi petani miskin. Ibunya telah lama menghilang. Malah beliau bertemu Lee Bang ...

Benih Yang Baik Jatuh ke Laut Menjadi Pulau

Benih yang baik, kalau di campak ke darat menjadi gunung  dan kalau di campak ke laut menjadi pulau Maksudnya, yang baik tetap akan baik sekalipun di mana pun ia berada. Pertama kali mendengarnya ketika berumur sekitar 11 atau 12 tahun. Guru besar ketika itu, Cikgu Abdul Latif yang menerangkan mengenainya. "Terima kasih Cikgu". Itu juga yang dikarang dalam ucapan penghargaan kepada Cikgu Zaki Hasbullah yang bertukar mengajar ke sekolah yang lain. Setelah mengarang panjang di 'muka buku' di sini, saya kira dengan mengungkapkan peribahasa ini sudah cukup untuk menzahirkan terima kasih yang tidak terhingga buatnya.  Gambar kenangan anak bongsu bersama-sama dengan Cikgu Zaki yang memakai kostum adiwira, Superman ketika pendaftaran Tahun 1 di sekolah.  

Panduan Memilih Buku Untuk Anak Disleksia

Membaca jambatan ilmu. Mari kita pupuk minat membaca untuk anak-anak disleksia kita. Walaupun membaca akan jadi perkara yang paling meresahkan untuk mereka. Mula-mula kita kena pilih buku yang sesuai.  Pilihan buku yang baik untuk anak disleksia antaranya mesti mengambil kira: Ada lebih banyak gambar berbanding tulisan .  Saiz tulisan yang besar dan menarik . Kenapa? Anak disleksia menggunakan bahagian otak yang berbeza daripada anak normal untuk membaca. Jadi mereka cepat lebih. Lambat faham. Kita tentu tak mahu anak kita cepat letih. Kita mahukan anak kita seronok membaca dan sukakan buku. Dr Ong Puay Hoon ( Presiden Persatuan Disleksia Sarawak ) sarankan, sebaik-baiknya dalam satu muka surat hanya ada sebaris ayat. Saya sertakan contoh yang diambil dari buku No, David! Puan Lee Voon Yee ( Psikologi Klinikal PPUKM ) menyarankan buku-buku kanak David Shannon . David Shannon merakamkan keletah dan kelakuan anak-anak. Sekaligus buat anak-anak...