Sekarang saya memang sibuk sangat dengan si kecil yang semakin lasak. Rasanya hero saya yang ini yang paling lasak. Hero yang seorang lagi pun lasak juga tetapi tidak selasak ini ketika masih bayi. Agaknya si adik belajar daripada abang kakaknya. Apa tidaknya tengok kakak dan abang bermain, terkekeh-kekeh seorang.
Hari khamis (25 Julai) yang lepas buat pertama kalinya si kecil ini berjaya naik dua anak tangga. Saya ketika sedang sibuk menghidangkan juadah berbuka puasa. Tiba-tiba rasa kenapa anak aku jadi tinggi ya? Riuh mulutnya. Ya Allah, memanjat tangga budak kecil ini rupanya. Suami pun terkejut.
Seronok ye, Adik. Esoknya (26 Julai) sedang saya sibuk memunggah barang-barang dari Taska dalam kereta ke dalam rumah, si kecil ambil kesempatan meneroka lagi. Naik lagi dua anak tangga. Seriau betul!
Sabtu. Memang si kecil sudah naik seronok memanjat tangga. Usaha lagi naik tangga. Sudah tinggi sedikit dari dua hari sebelumnya. Seronok, seronok!
Hari ahad kemuncaknya, anak kecil saya yang baru menginjak usianya 10 bulan pada 22 Julai lepas berjaya memanjat tangga sampai ke atas. Namapun anak lelaki, mestilah lasak dan berjiwa kental. Syabas! Siaplah pantang lepa kata orang Perak, ke tanggalah di tujunya. Aduh, memang rasa tak menang tangan dibuatnya.
Adik, sampai bila-bilapun Adik mesti ada semangat ini tau. Tak mudah putus asa dan sentiasa usaha sampai berjaya, ya Sayang.
Comments
Post a Comment