Skip to main content

Cerita Ceriti Raya di Pantai Timur

Kira-kira 12 jam dari Pantai Timur ke Utara, kelmarin. Sumpah, sangat letih. Oleh kerana terlalu letih juga, makanya pagi semalam sekitar jam 5:00 pagi baru bertolak dari Utara ke Ibu Kota kerana semalam juga, saya mesti kembali bertugas. Sepanjang perjalanan di lebuhraya Utara Selatan, hentian rehat dan rawat dipenuhi kenderaan ringan dan berat. Malah banyak juga kenderaan yang ada di bahu jalan. Mungkin kerana tidak ada ruang lagi di kawasan rehat dan rawat.

Sebelum sampai di Sungai Buloh, ada satu kemalangan antara motosikal dan lori. Masih baru berlaku kerana polis dan pihak Plus masih belum tiba. Kelmarin kami tersangkut lama juga kerana ada sebuah kereta terbakar. Kami memang sudah menjangkakan akan berdepan dengan kesesakkan teruk tetapi tidak ada pilihan lain.  Mana mungkin balik lebih awal kerana pada 3 Syawal, kami mengadakan kenduri kesyukuran dan akikah anak bongsu sekaligus diadakan majlis persandingan adik ipar. 

Adik ipar sudah dinikahkan ketika cuti Tahun Baru China lepas. Sibuk juga kenduri masa raya. Saya tolong juga sikit-sikit mana yang tahu, macam buat gubahan hantaran dan hidangan makan beradab pengantin.Ada sedikit sebanyak belajar daripada Mak. Alhamdulillah saat-saat begini, boleh juga membantu.


Ini dia pelamin yang kena lenjan oleh anak-anak saudara yang ramai. Cucu sebelah mertua ada 21 orang. Itupun ada 4 orang cucunya yang tak dapat beraya bersama kali ini. Riuh rendah macam hendak runtuh rumah. Cerita pasal rumah, hari terakhir Ramadan kepala Abang Ngah sebelah kanan berlubang sedikit terkena kayu cengal yang melintang di bahagian atas rumah. Darah meleleh sampai ke pipi, betul-betul buat saya cemas. Mujurlah lukanya tak dalam. Mula-mula kena tak menangis anak bujang saya tu, nampak muka saya terus berjurai air matanya. Pulak tu tak tau serik, 2 Syawal meniti bumbung rumah. Aduhai anak! Kak Long pula, berbuka dalam perjalanan balik kampung. Hari terakhir Ramadan pun Kak Long berbuka saat-saat akhir. Semua gara-gara sepupu-sepupu yang tak berpuasa dok tayang makan minum depan Kak Long. Hmmm... tiga hari Kak Long tinggal puasa.

Paling kasihan ayah mertua yang sedang terlantar sakit. Tidak banyak sedikit tentu terganggu dengan jerit tangis, tawa dan jerit pekik cucu-cucunya. Kesihatan ayah mertua agak merosot. Dua hari sebelum Syawal, doktor dipanggil datang. Setelah masuk air, nampak bertenaga sedikit tetapi malam kelmarin, ayah telah dihantar ke hospital. Harapnya ayah sembuh semula. Setidak-tidaknya boleh bangun, duduk sebagaimana sebelumnya. Melihat ayah terlantar begitu, sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata. Tambahan pula mek juga masih perlu menerima rawatan akibat tairod. Hanya mampu mendoakan sahaja dari jauh begini, semoga sihat kembali hendaknya.

Comments

Popular posts from this blog

Simbolik Perpisahan: Hadiah Sepasang Kasut

Sepasang kasut simbol perpisahan. Ada segelintir yang berpendapat, menghadiahkan sepasang kasut bagi pasangan yang berkasih, memberi petanda perhubungan itu tidak akan kekal lama. Dalam erti kata lain, sang kekasih akan melangkah pergi. Simbolik ini, digunakan oleh penulis dalam menzahirkan hubungan cinta yang tak kesampaian antara keduanya. Lee Bang Won dan Boon Yi bertemu sejak dari kecil, kemudian terpisah. Setelah dewasa, mereka bertemu kembali tanpa keduanya menyedari mereka pernah punya kenangan ketika kecil ( episod 1 dan 2 ). Hal itu cuma disedari Boon Yi ketika Lee Bang Won 'menjadikannya tawanan', dengan mulut, kaki dan tangan diikat, Lee Bang Won menjelaskan kewajaran tindakannya dengan meluahkan apa yang terbuku di hati termasuk pengalaman yang pernah ditempuh bersama Boon Yi, ketika masih kecil. Boon Yi yang cuma mampu mendengar, menyimpan rahsia itu sendirian. ( episod 8 ) Boon Yi petani miskin. Ibunya telah lama menghilang. Malah beliau bertemu Lee Bang ...

Nasinya Tumpah Dan Talang

Nasinya tumpah adalah salah satu daripada cerpen-cerpen bermutu yang dihasilkan oleh pengarang tersohor, Fatimah Busu. Cerpen yang memenangi Hadiah Karya dan Hadiah Sastera Malaysia pada tahun 1972, ini juga diangkat dalam drama televisyen yang dilakonkan oleh Marlia Musa dan ND Lala. Saya mula membacanya ketika di bangku sekolah rendah. Ada apa dengan "nasinya tumpah"? Banyak. Antaranya, hikmah atas sesuatu perkara buruk yang berlaku. Mujur nasinya tumpah jika tidak, Bedolah pun akan sama meninggalkan dunia fana ini. Ini cerpen namun dapat menerbitkan rasa sayu. Sarat membawa mesej kemanusian dan kemasyarakatan. Bayangkan jika perkara sama menimpa diri atau ahli keluarga kita. Kutip cendawan, masak dan makan beramai-ramai. Saya sekeluarga juga pernah. Sedap! Sudah makan teringat semula cerpen ini. Memang menginsafkan. Bagaimana dengan keluarga yang memang apabila terjumpa cendawan bermakna itu rezeki mereka buat hari itu. Kutip, masak dan makan. Tanpa mengira sama ada ce...

Panduan Memilih Buku Untuk Anak Disleksia

Membaca jambatan ilmu. Mari kita pupuk minat membaca untuk anak-anak disleksia kita. Walaupun membaca akan jadi perkara yang paling meresahkan untuk mereka. Mula-mula kita kena pilih buku yang sesuai.  Pilihan buku yang baik untuk anak disleksia antaranya mesti mengambil kira: Ada lebih banyak gambar berbanding tulisan .  Saiz tulisan yang besar dan menarik . Kenapa? Anak disleksia menggunakan bahagian otak yang berbeza daripada anak normal untuk membaca. Jadi mereka cepat lebih. Lambat faham. Kita tentu tak mahu anak kita cepat letih. Kita mahukan anak kita seronok membaca dan sukakan buku. Dr Ong Puay Hoon ( Presiden Persatuan Disleksia Sarawak ) sarankan, sebaik-baiknya dalam satu muka surat hanya ada sebaris ayat. Saya sertakan contoh yang diambil dari buku No, David! Puan Lee Voon Yee ( Psikologi Klinikal PPUKM ) menyarankan buku-buku kanak David Shannon . David Shannon merakamkan keletah dan kelakuan anak-anak. Sekaligus buat anak-anak...