Skip to main content

Belasungkawa Haji Mohd Zawawi (1941 - 2013)

Saya baru pulang sekali lagi dari Pantai Timur. Ayah mertua saya telah kembali ke Rahmatullah pada hari Rabu, 21 Ogos 2013 bersamaan dengan 13 Syawal 1434H setelah menerima rawatan selama kira-kira 18 hari di hospital. Ibu mertua memberitahu arwah ayah tenat sekitar jam 11:00 pagi. Panggilan seterusnya, membawa perkhabaran ayah mertua saya telah tiada. Semuanya berlaku sangat cepat, sedangkan menurut mek, pada pukul 10:00 pagi doktor datang meminta mek menandatangani surat kebenaran untuk melakukan pembedahan bisul arwah ayah. Kadar tekanan darahnya stabil. Tahap penyakit kencing manisnya juga tidak tinggi. Begitulah rencana Allah, tiada siapa dapat menduga.


Arwah menghidap penyakit kencing manis, sudah lama. Pantang luka. Luka itu biasanya akan lambat sembuh kerana selalunya akan bernanah. Mesti selalu dapatkan rawatan di klinik atau hospital. Gambar ini dirakamkan ketika kami menyambut lebaran Aidilfitri 1430H. Ketika itu, arwah ayah luka di kaki kiri.Itu yang Tok Ayah angkat kaki, Kak Long pun angkat kaki sama.

Arwah ayah dikebumikan pada hari yang sama selepas solat Asar. Memang kami sekeluarga tidak akan sempat sampai seawal itu melainkan menaiki pesawat. Jika pesawat yang jadi pilihan, kelak akan menyusahkan ahli keluarga lain yang sedang sibuk menguruskan pengkebumian arwah ayah. Dua keluarga kakak ipar di Johor dan keluarga adik ipar di Shah Alam juga tidak berkesempatan. Suami kelihatan tenang. Harapannya juga supaya urusan pengkebumian dilakukan dengan kadar segera. Kami sempat bersama dengannya lebaran lalu jadi tak terasa begitu terkilan di hatinya. Itu diakuinya. 


Masih ingat lagi ketika kami sekeluarga bersalaman dan pamitan dengannya. Kata ayah, ayah juga hendak balik. Barangkali arwah ayah sudah dapat merasakan "masanya". Cuma tidak ada kepastian bila kerana itu kerja Yang Maha Esa. Tidak tercepat. Tidak terlambat walau sesaat. Semoga arwah ayah di tempatkan di kalangan orang beriman dan dikasihiNya. Al-fatihah.

Kepada semua yang mengirim salam takziah, bertanya khabar dan datang berziarah, terima kasih. Hanya Allah  sahaja yang dapat membalas budi baik tuan puan semua.

Comments

Popular posts from this blog

Benih Yang Baik Jatuh ke Laut Menjadi Pulau

Benih yang baik, kalau di campak ke darat menjadi gunung  dan kalau di campak ke laut menjadi pulau Maksudnya, yang baik tetap akan baik sekalipun di mana pun ia berada. Pertama kali mendengarnya ketika berumur sekitar 11 atau 12 tahun. Guru besar ketika itu, Cikgu Abdul Latif yang menerangkan mengenainya. "Terima kasih Cikgu". Itu juga yang dikarang dalam ucapan penghargaan kepada Cikgu Zaki Hasbullah yang bertukar mengajar ke sekolah yang lain. Setelah mengarang panjang di 'muka buku' di sini, saya kira dengan mengungkapkan peribahasa ini sudah cukup untuk menzahirkan terima kasih yang tidak terhingga buatnya.  Gambar kenangan anak bongsu bersama-sama dengan Cikgu Zaki yang memakai kostum adiwira, Superman ketika pendaftaran Tahun 1 di sekolah.  

Simbolik Perpisahan: Hadiah Sepasang Kasut

Sepasang kasut simbol perpisahan. Ada segelintir yang berpendapat, menghadiahkan sepasang kasut bagi pasangan yang berkasih, memberi petanda perhubungan itu tidak akan kekal lama. Dalam erti kata lain, sang kekasih akan melangkah pergi. Simbolik ini, digunakan oleh penulis dalam menzahirkan hubungan cinta yang tak kesampaian antara keduanya. Lee Bang Won dan Boon Yi bertemu sejak dari kecil, kemudian terpisah. Setelah dewasa, mereka bertemu kembali tanpa keduanya menyedari mereka pernah punya kenangan ketika kecil ( episod 1 dan 2 ). Hal itu cuma disedari Boon Yi ketika Lee Bang Won 'menjadikannya tawanan', dengan mulut, kaki dan tangan diikat, Lee Bang Won menjelaskan kewajaran tindakannya dengan meluahkan apa yang terbuku di hati termasuk pengalaman yang pernah ditempuh bersama Boon Yi, ketika masih kecil. Boon Yi yang cuma mampu mendengar, menyimpan rahsia itu sendirian. ( episod 8 ) Boon Yi petani miskin. Ibunya telah lama menghilang. Malah beliau bertemu Lee Bang ...

UK Trip Manchester, Liverpool & Greenwich London Part III: Tinggal Kenangan dan Pengalaman

Apabila anda ada dua orang anak lelaki yang sangat minat dengan sukan bola sepak, apakah lagi keseronakkan, selain daripada menjelajah dari satu stadium ke satu stadium yang lain? Mari sambung cerita jalan-jalan makan angin ke London, Manchester dan Liverpool yang terperam lama. Siri kontroversi kepada keluarga Diraja Britain,  The Crown pun sudah habis ditonton. Terasa memanggil-mangil kenangan semasa di sana. Saya ada dua orang anak lelaki yang sedang membesar. Kedua-duanya adalah peminat Pasukan  Barcelona . Namun sangat teruja apabila mengetahui trip kali ini kami akan menjelajah dari satu stadium ke stadium yang lain. Sejak menjejaki kaki ke London, asyik bertanya,  Bila nak pergi stadium? Hari apa nak pergi Manchester? Hari ke 7 (2 Disember 2019) Pagi-pagi lagi sebaik kedai dobi dibuka, kami terus pergi untuk mengeringkan pakaian. Seluar jeans sebenarnya. Memang betul, tips yang kebanyakkan orang beritahu iaitu dalam musim sejuk kita tak perlu baw...