Skip to main content

Prihatinkah Kita?

Saya menulis entri ini sudah lama. Hampir setahun lamanya saya peram. Hari ini saya paparkan semula bersama-sama beberapa isu lain tentang keprihatinan kita semua sempena Islam yang dikatakan agama rasmi negara kita serta Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia yang bakal tiba.

***********************************************************************************

Beberapa hari lalu, kita menyambut Hari Malaysia. Sebelumnya kita menyambut Hari Kemerdekaan. Ada beberapa perkara penting ikut sama berlaku dalam tempoh itu. Salah satunya adalah lawatan pasangan diraja dari negara yang pernah menjajah negara kita sejak sekian lama.



Gambar-gambar ini diambil dari laman web http://londonmuslims.blogspot.com/2012/09/kate-middleton-visits-mosque-in-muslim.html. Prihatinkah kita?





Kibarkan "Jalur Gemilang" @ bendera Malaysia. Kenyataan Datuk Seri Dr Rais Yatim: Jalur Gemilang Murah Dari Rokok (sila rujuk Sinar Harian). Sewaktu saya masih di bangku sekolah, saya pernah baca tulisan pojok di akhbar Mingguan Malaysia mengenai mengibaran bendera di Indonesia. Terjadi satu pergaduhan di sebuah kampung apabila ada seorang dari penduduk kampung itu mengibarkan bendera Indonesia menggunakan sebatang kayu yang bengkok. Sangat prihatin! Melihat kibaran cebisan bendera yang luntur warnanya ini, kisah itu terpanggil datang. 

***********************************************************************************

Baru-baru ini saya berkesempatan mengikut suami menghadiri satu majlis persandingan. Majlis itu diadakan pada sebelah malam di sebuah dewan di Ibu Kota. Kami memenuhi undangan daripada bapa pengantin lelaki iaitu seorang doktor. Pengantin lelaki juga adalah seorang doktor. Pengantin perempuan juga bukan calang-calang, seorang graduan. Saya tahu kerana gambar-gambar graduasi mereka menghiasi pintu gerbang dewan. Hampir kesemua tetamu wanita memakai pakaian tradisi. Ada juga tetamu lelaki memakai pakaian tradisi. Paling tidak pun, tetamu berbaju batik dan kemeja. Sebagaimana lazimnya jika menghadiri majlis d tempat-tempat begini. Ada juga beberapa orang tetamu lelaki dan wanita berbaju T dan berseluar denim di majlis itu. Barangkali tidak sempat menukar pakaian sebelum tiba ke majlis itu. Alah kalau kenduri kahwin di kampung-kampung pun memang ramai pemuda berbaju T dan berseluar denim datang. Tidak jadi salah apapun. Okay, kita tutup sebelah mata. Namun ada seorang tetamu lelaki berbaju T dan berseluar denim pendek paras lutut. Aha...

Kita ada agama. Kita ada adab dan bahasa juga. Ada seorang pegawai atasan kami pernah berkata, "Kalau kita hendak orang lain hormat kita, agama kita, kita juga mesti hormat agama kita dan diri kita. Kita mesti hormat agama kita dan diri kita dulu". Saya percaya bukan beliau satu-satunya individu yang pernah menuturkan nasihat sedemikian.

Sekarang begitu banyak isu menghina agama Islam di negara kita. Kisah pasangan kekasih menghina bulan Ramadan, seorang pemuda menghina sambutan raya, terbaharu menghina dengan menjalani ibadat agama lain di dalam surau. Prihatinkah kita?

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia.

Comments

Popular posts from this blog

Benih Yang Baik Jatuh ke Laut Menjadi Pulau

Benih yang baik, kalau di campak ke darat menjadi gunung  dan kalau di campak ke laut menjadi pulau Maksudnya, yang baik tetap akan baik sekalipun di mana pun ia berada. Pertama kali mendengarnya ketika berumur sekitar 11 atau 12 tahun. Guru besar ketika itu, Cikgu Abdul Latif yang menerangkan mengenainya. "Terima kasih Cikgu". Itu juga yang dikarang dalam ucapan penghargaan kepada Cikgu Zaki Hasbullah yang bertukar mengajar ke sekolah yang lain. Setelah mengarang panjang di 'muka buku' di sini, saya kira dengan mengungkapkan peribahasa ini sudah cukup untuk menzahirkan terima kasih yang tidak terhingga buatnya.  Gambar kenangan anak bongsu bersama-sama dengan Cikgu Zaki yang memakai kostum adiwira, Superman ketika pendaftaran Tahun 1 di sekolah.  

Simbolik Perpisahan: Hadiah Sepasang Kasut

Sepasang kasut simbol perpisahan. Ada segelintir yang berpendapat, menghadiahkan sepasang kasut bagi pasangan yang berkasih, memberi petanda perhubungan itu tidak akan kekal lama. Dalam erti kata lain, sang kekasih akan melangkah pergi. Simbolik ini, digunakan oleh penulis dalam menzahirkan hubungan cinta yang tak kesampaian antara keduanya. Lee Bang Won dan Boon Yi bertemu sejak dari kecil, kemudian terpisah. Setelah dewasa, mereka bertemu kembali tanpa keduanya menyedari mereka pernah punya kenangan ketika kecil ( episod 1 dan 2 ). Hal itu cuma disedari Boon Yi ketika Lee Bang Won 'menjadikannya tawanan', dengan mulut, kaki dan tangan diikat, Lee Bang Won menjelaskan kewajaran tindakannya dengan meluahkan apa yang terbuku di hati termasuk pengalaman yang pernah ditempuh bersama Boon Yi, ketika masih kecil. Boon Yi yang cuma mampu mendengar, menyimpan rahsia itu sendirian. ( episod 8 ) Boon Yi petani miskin. Ibunya telah lama menghilang. Malah beliau bertemu Lee Bang ...

UK Trip Manchester, Liverpool & Greenwich London Part III: Tinggal Kenangan dan Pengalaman

Apabila anda ada dua orang anak lelaki yang sangat minat dengan sukan bola sepak, apakah lagi keseronakkan, selain daripada menjelajah dari satu stadium ke satu stadium yang lain? Mari sambung cerita jalan-jalan makan angin ke London, Manchester dan Liverpool yang terperam lama. Siri kontroversi kepada keluarga Diraja Britain,  The Crown pun sudah habis ditonton. Terasa memanggil-mangil kenangan semasa di sana. Saya ada dua orang anak lelaki yang sedang membesar. Kedua-duanya adalah peminat Pasukan  Barcelona . Namun sangat teruja apabila mengetahui trip kali ini kami akan menjelajah dari satu stadium ke stadium yang lain. Sejak menjejaki kaki ke London, asyik bertanya,  Bila nak pergi stadium? Hari apa nak pergi Manchester? Hari ke 7 (2 Disember 2019) Pagi-pagi lagi sebaik kedai dobi dibuka, kami terus pergi untuk mengeringkan pakaian. Seluar jeans sebenarnya. Memang betul, tips yang kebanyakkan orang beritahu iaitu dalam musim sejuk kita tak perlu baw...