Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2013

Prihatinkah Kita?

Saya menulis entri ini sudah lama. Hampir setahun lamanya saya peram. Hari ini saya paparkan semula bersama-sama beberapa isu lain tentang keprihatinan kita semua sempena Islam yang dikatakan agama rasmi negara kita serta Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia yang bakal tiba. *********************************************************************************** Beberapa hari lalu, kita menyambut Hari Malaysia. Sebelumnya kita menyambut Hari Kemerdekaan. Ada beberapa perkara penting ikut sama berlaku dalam tempoh itu. Salah satunya adalah lawatan pasangan diraja dari negara yang pernah menjajah negara kita sejak sekian lama. Gambar-gambar ini diambil dari laman web http://londonmuslims.blogspot.com/2012/09/kate-middleton-visits-mosque-in-muslim.html . Prihatinkah kita?  Kibarkan "Jalur Gemilang" @ bendera Malaysia. Kenyataan Datuk Seri Dr Rais Yatim: Jalur Gemilang Murah Dari Rokok (sila rujuk Sinar Harian). Sewaktu saya masih di bangku sekolah, say...

Belasungkawa Haji Mohd Zawawi (1941 - 2013)

Saya baru pulang sekali lagi dari Pantai Timur. Ayah mertua saya telah kembali ke Rahmatullah pada hari Rabu, 21 Ogos 2013 bersamaan dengan 13 Syawal 1434H setelah menerima rawatan selama kira-kira 18 hari di hospital. Ibu mertua memberitahu arwah ayah tenat sekitar jam 11:00 pagi. Panggilan seterusnya, membawa perkhabaran ayah mertua saya telah tiada. Semuanya berlaku sangat cepat, sedangkan menurut mek, pada pukul 10:00 pagi doktor datang meminta mek menandatangani surat kebenaran untuk melakukan pembedahan bisul arwah ayah. Kadar tekanan darahnya stabil. Tahap penyakit kencing manisnya juga tidak tinggi. Begitulah rencana Allah, tiada siapa dapat menduga. Arwah menghidap penyakit kencing manis, sudah lama. Pantang luka. Luka itu biasanya akan lambat sembuh kerana selalunya akan bernanah. Mesti selalu dapatkan rawatan di klinik atau hospital. Gambar ini dirakamkan ketika kami menyambut lebaran Aidilfitri 1430H. Ketika itu, arwah ayah luka di kaki kiri.Itu yang Tok Ayah angkat...

Ketupat Cinta

Mula-mula sekali menelek novel ini, Ketupat Cinta [Musim Pertama] memang dapat menggagak ada sambungannya. Lama sudah habis membacanya tetapi menunggu novel musim kedua. Konon hendak tahu apa kesudahannya. Sekarang sudah selesai kedua-duanya. Saya lebih menyukai yang pertama. Ketupat Cinta [Musim Kedua] itu, saya dapatkan ketika Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2012 tetapi saya cuma dapatkan tandatangan Dr Faisal Tehrani untuk novel Perempuan Nan Bercinta sahaja. (Novel itupun sudah habis saya baca). Lama juga saya tak ceritakan dalam blog ini tentang koleksi khutubkhanah saya, jadi inilah masanya. Sementelah sekarang minggu raya. Novel satira yang boleh anda tersenyum-senyum sendiri ketika membacanya. Dr Faisal Tehrani menggunakan bahasa Melayu klasik dalam kedua-dua buah novel. Era penceritaan berkisar ketika Melaka di bawah pemerintahan Parameswara. Bukan ceritera biasa sejarah Melaka atau dogeng atau hikayat yang biasa kita baca. Juga berlainan dari teks Kesuast...

Cerita Ceriti Raya di Pantai Timur

Kira-kira 12 jam dari Pantai Timur ke Utara, kelmarin. Sumpah, sangat letih. Oleh kerana terlalu letih juga, makanya pagi semalam sekitar jam 5:00 pagi baru bertolak dari Utara ke Ibu Kota kerana semalam juga, saya mesti kembali bertugas. Sepanjang perjalanan di lebuhraya Utara Selatan, hentian rehat dan rawat dipenuhi kenderaan ringan dan berat. Malah banyak juga kenderaan yang ada di bahu jalan. Mungkin kerana tidak ada ruang lagi di kawasan rehat dan rawat. Sebelum sampai di Sungai Buloh, ada satu kemalangan antara motosikal dan lori. Masih baru berlaku kerana polis dan pihak Plus masih belum tiba. Kelmarin kami tersangkut lama juga kerana ada sebuah kereta terbakar. Kami memang sudah menjangkakan akan berdepan dengan kesesakkan teruk tetapi tidak ada pilihan lain.  Mana mungkin balik lebih awal kerana pada 3 Syawal, kami mengadakan kenduri kesyukuran dan akikah anak bongsu sekaligus diadakan majlis persandingan adik ipar.  Adik ipar sudah dinikahkan ketika cuti Tahun...

Salam Aidilfitri

Isnin minggu hadapan, kami sekeluarga akan pulang ke Pantai Timur untuk menyambut lebaran, Insya Allah. Hari minggu ini, kami berada di Utara. Kami tidak dapat beraya di Utara kerana cuti raya saya terhad. Saya akan bercuti sebelum sambutan Aidilfitri. Saya cuma akan dapat balik semula beraya di Utara selepas seminggu sambutan Aidilfitri. Kerja kan. Cuma anak-anak berdua itu akan tinggal di Utara sementara menunggu kami tiga beranak balik. Si kecil itu kenalah ikut maknya sebab menyusu badan. Kasihan Opah dengan Tok Wan. Berharap sangat si kecil itu tinggal. Apa boleh buat, stok susunya hendak simpan di mana pula? Kalau simpan dalam peti sejuk Opah dengan Tok Wan, alamatnya hari raya nanti tak ada rendang ayam dan kuah laksa. Itu baru kes haru. Mengamuklah mak cik, pak ciknya. Cuma, cuma, cuma Taska tutup hari Isnin itu. Kasihan Adik! "Adik ikut pergi kerjalah ye" Hahaha... Belum pernah lagi saya angkut anak-anak ke pejabat disebabkan tak ada pengasuh. Tengoklah tahu...

Usaha Tangga Kejayaan

Sekarang saya memang sibuk sangat dengan si kecil yang semakin lasak. Rasanya hero saya yang ini yang paling lasak. Hero yang seorang lagi pun lasak juga tetapi tidak selasak ini ketika masih bayi. Agaknya si adik belajar daripada abang kakaknya. Apa tidaknya tengok kakak dan abang bermain, terkekeh-kekeh seorang. Hari khamis (25 Julai) yang lepas buat pertama kalinya si kecil ini berjaya naik dua anak tangga. Saya ketika sedang sibuk menghidangkan juadah berbuka puasa. Tiba-tiba rasa kenapa anak aku jadi tinggi ya? Riuh mulutnya. Ya Allah, memanjat tangga budak kecil ini rupanya. Suami pun terkejut. Seronok ye, Adik. Esoknya (26 Julai) sedang saya sibuk memunggah barang-barang dari Taska dalam kereta ke dalam rumah, si kecil ambil kesempatan meneroka lagi. Naik lagi dua anak tangga. Seriau betul! Sabtu. Memang si kecil sudah naik seronok memanjat tangga. Usaha lagi naik tangga. Sudah tinggi sedikit dari dua hari sebelumnya. Seronok, seronok! Hari ahad kemunc...