Skip to main content

Terima Kasih

Segala puji kepunyaan Allah, Tuhan yang memelihara segala alam, pujian yang menyamai nikmat-nikmatNya dan menandingi keutamaanNya.

Menurut riwayat Al-Bukhari bahawa setelah Saiyidina Umar r.a ditikam, beliau menyuruh Abdullah pergi kepada Siti Aisyah supaya mengizinkan Umar Al-Khattab dikuburkan di samping Rasulullah s.a.w dan Abu Bakar As-Siddiq. Seketika Abdullah balik dan menerangkan bahawa permintaan Umar dibenarkan Aisyah, Saiyidina Umar segera mengucapkan tahmid ini. (Al Adzkar : 170).

Syukur Alhamdulillah atas limpah rahmat dan kurniaanNya. Jujurnya saya tidak pernah terfikir untuk anugerah ini. Ini adalah sesuatu yang tidak dijangkakan sama sekali.

Terima kasih Emak Ayah. Ini adalah berkat doa restu Emak Ayah. Terima kasih Abang kerana mengizinkan saya mencari rezeki. Terima kasih anak-anak permata hatiku. Tentulah ini rezeki anak-anak, saya cuma menumpang. Bahkan anak-anak terpaksa berjauhan selama saya mencari rezeki. Setiap kali saya bercuti dan mereka tidak perlu ke Taska, mereka bahagia dan selalu menyatakan harapan agar saya sentiasa ada di rumah untuk mengasuh. Tetapi itu tidak terjadi. Sebaliknya saya beritahu saya mencari rezeki untuk mereka. Jadi ini sebenarnya adalah rezeki mereka.

Terima kasih kepada pimpinan-pimpinan yang memberi memberi penilaian pada hasil kerja saya. Peluang dan penghargaan ini adalah nasi tambah. Terima kasih Zalipah. Terima kasih Husna. Terima kasih Anuar. Terima kasih kerana tetap bersama saya, susah dan senang. Ini semua sebahagian daripada hasil kerja mereka juga. Terima kasih warga BIC.  

Terima kasih Tuan Pangeran Muda Kadir Mulia. Saya gelak ketika baca nama baharu tuan. Tak apalah, saya kongsikan di sini apa yang tuan taip. Tahniah, kerana orang yang kerja kuat serta ikhlas dalam menjalankan tugas sudah tentu layak diberi 'anugerah perkhidmatan cemerlang'. (Walaupun tuan taip sesetengahnya dengan huruf besar tapi saya tak taip huruf besar itu sebab malu hahaha... Hendak juga kongsi di sini sebagai kenangan.)

Terima kasih Vanitha, atas kata-kata penghargaan ini. Reaksi saya, Wow! Saya percaya Vanitha turut mengirimkan kata-kata perhargaan yang sama kepada semua penerima anugerah.

You are the perfect example for everyone to see that success can be achieved without compromising on sincerity, honesty and ethics.....Your character, composure, focus and courage has earned you this success and glory.


You have made us all proud.....Congratulations on your achievement and let the spirit never fade away.....

Well done!


Terima kasih juga kepada Pengarah Perkhidmatan Perniagaan dan Alatan Binaan, Pesuruhjaya Perdagangan di Bandar Mexico, Puan Dayang atas ucapan penghargaan kalian. Seluruh warga kerja tempat saya mencari rezeki ini. Terima kasih atas kerjasama kalian.

Segala puji bagi Allah yang dengan nikmatNya memperoleh semua amal kebajikan.

Comments

Popular posts from this blog

Simbolik Perpisahan: Hadiah Sepasang Kasut

Sepasang kasut simbol perpisahan. Ada segelintir yang berpendapat, menghadiahkan sepasang kasut bagi pasangan yang berkasih, memberi petanda perhubungan itu tidak akan kekal lama. Dalam erti kata lain, sang kekasih akan melangkah pergi. Simbolik ini, digunakan oleh penulis dalam menzahirkan hubungan cinta yang tak kesampaian antara keduanya. Lee Bang Won dan Boon Yi bertemu sejak dari kecil, kemudian terpisah. Setelah dewasa, mereka bertemu kembali tanpa keduanya menyedari mereka pernah punya kenangan ketika kecil ( episod 1 dan 2 ). Hal itu cuma disedari Boon Yi ketika Lee Bang Won 'menjadikannya tawanan', dengan mulut, kaki dan tangan diikat, Lee Bang Won menjelaskan kewajaran tindakannya dengan meluahkan apa yang terbuku di hati termasuk pengalaman yang pernah ditempuh bersama Boon Yi, ketika masih kecil. Boon Yi yang cuma mampu mendengar, menyimpan rahsia itu sendirian. ( episod 8 ) Boon Yi petani miskin. Ibunya telah lama menghilang. Malah beliau bertemu Lee Bang ...

Benih Yang Baik Jatuh ke Laut Menjadi Pulau

Benih yang baik, kalau di campak ke darat menjadi gunung  dan kalau di campak ke laut menjadi pulau Maksudnya, yang baik tetap akan baik sekalipun di mana pun ia berada. Pertama kali mendengarnya ketika berumur sekitar 11 atau 12 tahun. Guru besar ketika itu, Cikgu Abdul Latif yang menerangkan mengenainya. "Terima kasih Cikgu". Itu juga yang dikarang dalam ucapan penghargaan kepada Cikgu Zaki Hasbullah yang bertukar mengajar ke sekolah yang lain. Setelah mengarang panjang di 'muka buku' di sini, saya kira dengan mengungkapkan peribahasa ini sudah cukup untuk menzahirkan terima kasih yang tidak terhingga buatnya.  Gambar kenangan anak bongsu bersama-sama dengan Cikgu Zaki yang memakai kostum adiwira, Superman ketika pendaftaran Tahun 1 di sekolah.  

Panduan Memilih Buku Untuk Anak Disleksia

Membaca jambatan ilmu. Mari kita pupuk minat membaca untuk anak-anak disleksia kita. Walaupun membaca akan jadi perkara yang paling meresahkan untuk mereka. Mula-mula kita kena pilih buku yang sesuai.  Pilihan buku yang baik untuk anak disleksia antaranya mesti mengambil kira: Ada lebih banyak gambar berbanding tulisan .  Saiz tulisan yang besar dan menarik . Kenapa? Anak disleksia menggunakan bahagian otak yang berbeza daripada anak normal untuk membaca. Jadi mereka cepat lebih. Lambat faham. Kita tentu tak mahu anak kita cepat letih. Kita mahukan anak kita seronok membaca dan sukakan buku. Dr Ong Puay Hoon ( Presiden Persatuan Disleksia Sarawak ) sarankan, sebaik-baiknya dalam satu muka surat hanya ada sebaris ayat. Saya sertakan contoh yang diambil dari buku No, David! Puan Lee Voon Yee ( Psikologi Klinikal PPUKM ) menyarankan buku-buku kanak David Shannon . David Shannon merakamkan keletah dan kelakuan anak-anak. Sekaligus buat anak-anak...