Skip to main content

Salji di Urumqi, Xinjiang

Lama benar blog ini dibiarkan. Ada macam-macam cerita sebenarnya hendak dikongsikan tetapi terpaksa diperam. Sibuk, sibuk, sibuk. Walaupun cuti sekolah. Sungguhpun dua beradik itu ada di kampung tetapi emaknya tetap sibuk. Adik kembali selesema dan batuk setelah beberapa bulan kami  dapat menarik nafas lega melihatnya pulih. Semalam baru kami bawa Adik kembali berjumpa Dr Nadir Khan di Klinik Wangsa. Saya berkira-kira hendak ambil cuti sahaja hari ini, sekiranya tidak diizinkan pulang awal semalam. Namun Alhamdulillah, bos beri saya kebenaran pulang awal untuk bawa Adik ke klinik. Malah saya dibenarkan balik lebih awal daripada masa yang saya pohon. Cuma saya tidak mahu mengambil kesempatan berlebihan. Saya tukarkan waktu makan saya dari pukul 12:00 tengah hari ke pukul 1:00 petang. Jadi saya boleh ikut saranan bos untuk balik pada waktu makan tengah hari. Terima kasih banyak-banyak, bos.

Anda bawa anak-anak ke mana cuti sekolah kali ini? Kami bawa anak-anak dan keluarga saya ke Genting Theme Park. Ops! bukan hendak cerita pasal itu. Saya ada dua keping gambar, apa kata kita tengok gambar-gambar ini dulu.


Cantik bukan?!

Salah sebuah restoran Islam

Kedua-dua gambar ini diambil sekitar Januari lalu bersempena program promosi MIHAS 2013 di Lanzhou, Gansu dan Urumqi, Xinjiang. Lawatan daripada Timbalan Ketua Eksekutif, Pengarah Bahagian MIHAS dan Pembantu Pesuruhjaya Dagangan. Gambar-gambar ini daripada Pesuruhjaya Dangangan di Guangzhou. Bukan saya yang ke sana.

Sememangnya suhu sangat rendah di Urumqi pada bulan Januari. Salji juga menyebabkan banjir pada sekitar Mei 2013. Malah salji di Xinjiang pernah mengorbankan nyawa. Xinjiang, bencana alam dan juga bencana kezaliman kerajaan ke atas umat Islam.

Urumqi adalah ibu kota Xinjiang. Teringin sangat hendak ke sana. Walaupun ini adalah wilayah bergolak tetapi teringin sangat hendak pijak di bumi Xinjiang melihat sendiri keindahan dan budayanya. Hendak rasa makanannya. Sangat ingin sebelum semuanya habis 'di gondol' kerajaan China.

Penduduk di Xinjiang masih mengamalkan sistem barter dalam urusan perdangangan mereka. Menarik bukan?! Xinjiang memang menarik kerana budaya dan bahasa masyarakat Islam di sana membezakan mereka daripada budaya masyarakat Cina di China. Walaupun ada pelbagai etnik di China, etnik Uighur di Xinjiang tetap berbeza. Perbezaan juga menyebabkan mereka dimusuhi.   

Dalam kedudukan ekonomi sekarang, nampaknya melayan angan-angan sahajalah. Melainkan tiba-tiba jadi Aladin... Wow!

Comments

Popular posts from this blog

Simbolik Perpisahan: Hadiah Sepasang Kasut

Sepasang kasut simbol perpisahan. Ada segelintir yang berpendapat, menghadiahkan sepasang kasut bagi pasangan yang berkasih, memberi petanda perhubungan itu tidak akan kekal lama. Dalam erti kata lain, sang kekasih akan melangkah pergi. Simbolik ini, digunakan oleh penulis dalam menzahirkan hubungan cinta yang tak kesampaian antara keduanya. Lee Bang Won dan Boon Yi bertemu sejak dari kecil, kemudian terpisah. Setelah dewasa, mereka bertemu kembali tanpa keduanya menyedari mereka pernah punya kenangan ketika kecil ( episod 1 dan 2 ). Hal itu cuma disedari Boon Yi ketika Lee Bang Won 'menjadikannya tawanan', dengan mulut, kaki dan tangan diikat, Lee Bang Won menjelaskan kewajaran tindakannya dengan meluahkan apa yang terbuku di hati termasuk pengalaman yang pernah ditempuh bersama Boon Yi, ketika masih kecil. Boon Yi yang cuma mampu mendengar, menyimpan rahsia itu sendirian. ( episod 8 ) Boon Yi petani miskin. Ibunya telah lama menghilang. Malah beliau bertemu Lee Bang ...

Nasinya Tumpah Dan Talang

Nasinya tumpah adalah salah satu daripada cerpen-cerpen bermutu yang dihasilkan oleh pengarang tersohor, Fatimah Busu. Cerpen yang memenangi Hadiah Karya dan Hadiah Sastera Malaysia pada tahun 1972, ini juga diangkat dalam drama televisyen yang dilakonkan oleh Marlia Musa dan ND Lala. Saya mula membacanya ketika di bangku sekolah rendah. Ada apa dengan "nasinya tumpah"? Banyak. Antaranya, hikmah atas sesuatu perkara buruk yang berlaku. Mujur nasinya tumpah jika tidak, Bedolah pun akan sama meninggalkan dunia fana ini. Ini cerpen namun dapat menerbitkan rasa sayu. Sarat membawa mesej kemanusian dan kemasyarakatan. Bayangkan jika perkara sama menimpa diri atau ahli keluarga kita. Kutip cendawan, masak dan makan beramai-ramai. Saya sekeluarga juga pernah. Sedap! Sudah makan teringat semula cerpen ini. Memang menginsafkan. Bagaimana dengan keluarga yang memang apabila terjumpa cendawan bermakna itu rezeki mereka buat hari itu. Kutip, masak dan makan. Tanpa mengira sama ada ce...

Panduan Memilih Buku Untuk Anak Disleksia

Membaca jambatan ilmu. Mari kita pupuk minat membaca untuk anak-anak disleksia kita. Walaupun membaca akan jadi perkara yang paling meresahkan untuk mereka. Mula-mula kita kena pilih buku yang sesuai.  Pilihan buku yang baik untuk anak disleksia antaranya mesti mengambil kira: Ada lebih banyak gambar berbanding tulisan .  Saiz tulisan yang besar dan menarik . Kenapa? Anak disleksia menggunakan bahagian otak yang berbeza daripada anak normal untuk membaca. Jadi mereka cepat lebih. Lambat faham. Kita tentu tak mahu anak kita cepat letih. Kita mahukan anak kita seronok membaca dan sukakan buku. Dr Ong Puay Hoon ( Presiden Persatuan Disleksia Sarawak ) sarankan, sebaik-baiknya dalam satu muka surat hanya ada sebaris ayat. Saya sertakan contoh yang diambil dari buku No, David! Puan Lee Voon Yee ( Psikologi Klinikal PPUKM ) menyarankan buku-buku kanak David Shannon . David Shannon merakamkan keletah dan kelakuan anak-anak. Sekaligus buat anak-anak...