Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2012

Agar-agar Neslo

Hajat hati hendak pergi memenuhi undangan kenduri Anuar. Lama sungguh tak berjumpa dengan Kak Zana, isterinya tapi tak kesampaian. Maaf ye Nuar. Ada halangan lain. Biasalah kereta itu baru keluar bengkel. Lama dia sakit. Itupun mujur boleh sembuh. Kebetulan pula Afikah dan kawannya datang. Ada urusan yang belum selesai. Mujur jugalah kami tak ke Klang semalam. Kalau tidak tertangguh lagi urusan dengan Afikah. Sekarang semua sudah selesai. Alhamdulillah. Teringin pula hendak makan agar-agar tapi kalau boleh hendak buat agar-agar yang senang dan ringkas sahaja. Anak kecil tak begitu sihat jadi tak boleh buat yang susah-susah. Alahai Adik. Resepi ini saya dapat dari laman web MaSaK-MaSaK. Nama resepinya, Agar-agar Milo tapi saya tukar namanya selepas saya buat dan makan. Pandai-pandai je. Abang Ngah suka. Seperti biasa Kak Long makan sikit. Dapat juga menjamu Afikah dan kawannya. Bahan-bahan 3 senduk milo - saya kurangkan kepada 21/2 senduk 1 sudu besar nesca...

Apabila Bayi Selesema dan Batuk

Anak kecil yang belum pun berusia 3 bulan ini, selesema dan batuk. Kasihan betul. Selain kunyit, apalagi ya caranya hendak melegakan si kecil? Tolong, tolong!!! Kakak, abangnya dulupun, tak kena batuk dan selesema seawal usia begini. Hidungnya memang terpaksa disapu dengan kunyit. Kunyit agen pengering. Nampaknya belum ada hasil yang memuaskan. Semalam kami ke doktor. doktor beri ubat titis di dalam hidung. Doktor sarankan buat fisio iaitu tepuk belakang bayi bagi keluarkan kahak. Kahak akan keluar sama ada melalui muntah atau najis. Memang saya ada buat. Agaknya usaha saya belum cukup. Kasihan sangat. Tidurnya selalu terganggu oleh batuk dan selesema.  

Persiapan Untuk Kembali

Sekejap benar tempoh 90 hari ini rasanya. Khamis ini akan kembali bertugas. Rasa berat benar hati meninggalkan si kecil dalam jagaan orang lain. Sementelah pula hidungnya berair dan batuk pula. Apakan daya, suka atau tidak saya perlu kembali. Sekarang memang masanya membuat persiapan untuk kembali. Inilah hero persiapan. Ini jugalah yang akan saya usung ke sana sini sepanjang berjauhan dengan si kecil. Harapnya hero yang banyak berjasa sejak 2008, akan sedia kembali berkhidmat. Hampir dua tahun juga berehat. Insya Allah setidak-tidaknya untuk tempoh dua tahun lagi.

Coklat Tanda Mata Perpisahan

Sudah sampai masa buat Kak Long meninggalkan pra sekolah yang menyeronokkan. Semalam 14 Disember, hari terakhir buatnya. Jamuan perpisahan dianjurkan di sekolahnya. Saya buatkan coklat oreo atas permintaannya untuk rakan sekelas dan sebaya (enam tahun) dengannya. Saya buatkan juga coklat pralin untuk tenaga pengajar, Uncle Muin dan pembantu di sekolahnya sebagai tanda penghargaan kami sepanjang Kak Long bersekolah di sana. 4 coklat pralin yang berbeza iaitu coklat mentega kacang, coklat gajus perisa oren dan kopi dan coklat gajus. Tidak ada tanda-tanda kesedihan sebaliknya Kak Long tetap bergembira pada hari terakhir bersama dengan kawan-kawan dan guru-guru. Mulutnya tetap riang berceloteh tentang kegembirannya menghadiri jamuan itu. Saya pula yang berdebar menunggu tiba harinya Kak Long melangkah ke alam persekolahan sebenar yang tidak sampaipun sebulan lagi.