Skip to main content

Gastrik, Mengandung & Puasa: Jawapan Untuk Zuhalpluto

Salam..saya pn mengalami gastrik yang teruk...lagi la bulan puasa nie...lg teruk...sy dh 4 bln pregnant.tp doktor cuma bg sy mkn gaviscon sahaja.macam ne nk bwt yea.hari nie hari ketiga saya puasa.badan bertambah letih.takde tenaga.help me pls sis.nie anak pertama saya.tak tau dah nk bwt apa.buka puasa pn makan tk byk. on Gastrik: Rawatan Susulan


Ini soalan yang saya terima dari entri Gastrik: Rawatan Susulan. Terima kasih Zuhalpluto sebab sudi singgah ke sini. Apa yang boleh saya tolong saya akan cuba. Ini berdasarkan pengalaman semata-mata.

Saya mula diserang gastrik yang teruk sejak awal kehamilan lagi. Memang betul doktor-doktor yang saya temui berikan saya ubat yang paling ringan antaranya, gaviscon. Ada juga doktor yang berikan suntikan tetapi sakit itu tidak juga mahu hilang. Ini antara ubat-ubat yang diberikan kepada saya.



Apabila kandungan masuk bulan ke 3, saya berjumpa doktor pakar di Unit Gastrologi dan Hepatologi iaitu Dr Chua. Dr Chua minta semua jenis ubat yang pernah diberikan kepada saya. Ada antara ubat itu yang diambil semula oleh Dr. Chua kerana hanya baik untuk saya tetapi tidak untuk bayi dalam kandungan. Inilah kepentingan bagi kita merujuk kepada doktor pakar kerana beliau lebih arif. Saranan saya untuk Zuhalpluto,  pergi dapatkan rawatan daripada doktor pakar. Doktor pakar akan buat ujian bagi menentukan sejauh mana teruknya penyakit kita.

Untuk kes saya, tarikh dari satu temujanji kepada satu temujanji yang lain memang memakan masa kerana saya dapatkan rawatan di hospital kerajaan. Saya menjalani ujian UBiT yang mengkehendaki saya berpuasa selama 6 jam sebelum ujian dibuat. Alhamdulillah hasil ujian itu negetif. Ujian ini mudah sahaja dan tidak menyakitkan sama sekali. Ikut sahaja arahan daripada jururawat, tidak sampai 15 minit boleh selesai. Keputusan ujian darah dan air kencing juga negetif. Sebetulnya, walaupun mengandung kita dibolehkan untuk membuat ujian endoskopi iaitu masukkan kamera ke dalam perut. Tetapi dalam kes saya yang mengalami keguguran berulang kali, Dr. Chua tidak mahu mengambil risiko. Saya hanya akan menjalani prosedur endoskopi selepas melahir dan menyusukan bayi kelak. Pengalaman saya mungkin berbeza dengan Zuhalpluto.  

Puasa, mengandung dan gastrik. Doktor memang tidak galakkan saya berpuasa. Saya serah pada Allah SWT sahaja, mohon dipermudahkan. Sebelum masuk Ramadan, saya cuba berpuasa sehari atau dua hari dalam seminggu. Berlatih. Semasa bersahur saya makan ubat magnesium trisilicate mixture itu. Bersahur pun penghujung-penghujung waktu imsak. Tak mampu saya berbuka. Saya harap Zuhalpluto tidak membahayakan diri untuk berpuasa kalau memang sudah tak mampu. Saya faham kita rasa rugi sebab kalau tak berpuasapun kita bukan makan banyak sebab gastrik. Pada hari-hari biasa saya memang ikut saranan doktor untuk makan dalam kuantiti sedikit tetapi mesti kerap. Hasilnya berat badan naik mencanak tetapi ada perubahan gastrik tidak menyerang setiap hari sekarang.  Semasa berbuka saya cuba makan sedikit dulu, buat hal-hal lain macam solat, layan anak-anak sebelum makan nasi atau makanan berat yang lain. Setakat ini, Alhamdulillah masih boleh bertahan untuk berpuasa.

Salah seorang doktor yang jumpa, menyarankan saya ambil yogurt dan minum minuman yogurt. Sampai satu tahap rasa hendak muntah. Itu yang tukar-tukar resipi sebab jemu sangat tapi sakit kena berubat. Alhamdulillah sebenarnya memang bagus walaupun gastrik tidak hilang sepenuhnya. Cubalah minum Bliss atau apa-apa jenama minuman yogurt yang lain. Setiap hari doktor sarankan saya ambil roti kosong yang dibakar. Mulanya saya tak suka sebab pada saya bau hangit. Biasalah orang mengandung, banyak ragam. Kata doktor ianya semacam arang yang bagus bertindak balas dengan asid di dalam perut. Makanlah sampai rasa muak. Saya amalkan juga makan buah kurma dan kismis. Kurma bagus untuk tambah tenaga. Kismis walaupun ada rasa masam tetapi tidak memudaratkan. Jangan ambil buah-buahan yang masam seperti buah epal hijau kerana akan membuatkan asid dalm perut menjadi semakin banyak. Buah epal hijau saya gantikan dengan buah epal merah dan jadikan jus. Ada resipi untuk jus dalam blog ini, bolehlah cuba untuk elakkan rasa jemu. Minum berkafein memang saya elakkan sepanjang mengandung kali ini. Saya suka makan pedas-pedas tetapi sudah sakit begini kenalah berpantang. Saya cuma ambil makanan yang berangin dalam kuantiti yang sedikit. Kata orang, takat rasa.

Saya kongsikan resipi lassi mangga yang menggunakan yogurt.

Lassi Mangga

Bahan-bahan:
1 biji buah mangga
1 cawan (200 ml) yogurt asli
2 gelas air kosong
Sedikit susu pekat atau madu

Cara Membuatnya
Buah mangga dikupas dan diambil isinya. Campurkan semua bahan ke dalam pengisar. Kisar hingga halus. Sedia untuk dinikmati. Tambahkan ketulan ais jika suka.


Saya harap perkongsian yang sedikit ini mampu membantu. Semoga kita sama-sama dapat mengatasi ujian ini, amin.

Comments

  1. salam puan, terima kasih kerana sudi berkongsi pengalaman gastrik ketika hamil. sy juga mengidap gastrik teruk sekarang dan sedang hamil 2 bulan. saya telah cuba berjumpa beberapa org doktor namun ubat yang diberikan sgt mild dan tdak begitu berkesan. bagaimana puan mendapatkan temujanji dgn doktor pakar? adakah melalui referral dari klinik kesihatan kerajaan?

    ReplyDelete
  2. Salam Newrule827,

    Terima kasih kerana sudi singgah di sini. Saya dapatkan rawatan di klinik swasta sebelum doktor buat surat rujukan ke hospital. Suami bawa surat itu kepada kawannya dengan harapan saya tak perlu que panjang untuk temujanji doktor pakar. Sebenarnya tak ada pengecualian pun. Saya menunggu 4 bulan sebelum dapat temujanji pertama dengan doktor pakar. Kelebihannya doktor pakar akan tentukan ujian apa yang paling selamat untuk kita, ibu mengandung bagi memastikan sejauhmana teruknya gastrik kita itu.

    Sepekara lagi ubat-ubat yang diberikan oleh doktor pakar sama sahaja dengan yang diberikan oleh doktor di klinik. Ubat yang paling ringan kerana takut membahayakan kandungan. Semoga kita sama-sama sembuh daripada penyakit ini, amin.

    ReplyDelete
  3. salam, terima kasih sebab share pengalaman ya. Saya juga mengalami gastrik yang teruk semasa mengandung. Dari 8 minggu kehamilan. Baru-baru ni Alhamdulillah saya berjaya menghabiskan puasa selama sebulan, tapi Allah je yang tahu bagaimana keadaan saya waktu tu.

    Sekarang Gastrik masih lagi teruk, mmg tak makan apa-apa ubat gastrik. Cuma minum susu kambing dan buah kurma. (Ni pun baru jer google kat internet)/ Alhamdulillah sedikit berkesan. Baru cuba dalam beberapa hari, rasa mual dan gastrik macam beransur hilang. Harap-harap akn terus hilang. Memang sengsara pregnant kena gastrik ni. Selama mengandung anak sulung dan kedua tak pernah rasa macam ni. Semoga tips tak bernilai ni boleh membantu kita. saya baru 14 minggu skrg. :)

    ReplyDelete
  4. admin...sy sangat2 sedih skg ni sb sy dh mnjalani endoskopi semasa pregnant...mslahnye sy xtau yg sy
    pregnant mse tu.....ubt bius dn ubt tidur tu xde ape2 effect kn...nk jmpe doc tp arini ahad...tutup...gelisah..tkut..sedih sy...

    ReplyDelete
  5. admin...sy sangat2 sedih skg ni sb sy dh mnjalani endoskopi semasa pregnant...mslahnye sy xtau yg sy
    pregnant mse tu.....ubt bius dn ubt tidur tu xde ape2 effect kn...nk jmpe doc tp arini ahad...tutup...gelisah..tkut..sedih sy...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Benih Yang Baik Jatuh ke Laut Menjadi Pulau

Benih yang baik, kalau di campak ke darat menjadi gunung  dan kalau di campak ke laut menjadi pulau Maksudnya, yang baik tetap akan baik sekalipun di mana pun ia berada. Pertama kali mendengarnya ketika berumur sekitar 11 atau 12 tahun. Guru besar ketika itu, Cikgu Abdul Latif yang menerangkan mengenainya. "Terima kasih Cikgu". Itu juga yang dikarang dalam ucapan penghargaan kepada Cikgu Zaki Hasbullah yang bertukar mengajar ke sekolah yang lain. Setelah mengarang panjang di 'muka buku' di sini, saya kira dengan mengungkapkan peribahasa ini sudah cukup untuk menzahirkan terima kasih yang tidak terhingga buatnya.  Gambar kenangan anak bongsu bersama-sama dengan Cikgu Zaki yang memakai kostum adiwira, Superman ketika pendaftaran Tahun 1 di sekolah.  

UK Trip Manchester, Liverpool & Greenwich London Part III: Tinggal Kenangan dan Pengalaman

Apabila anda ada dua orang anak lelaki yang sangat minat dengan sukan bola sepak, apakah lagi keseronakkan, selain daripada menjelajah dari satu stadium ke satu stadium yang lain? Mari sambung cerita jalan-jalan makan angin ke London, Manchester dan Liverpool yang terperam lama. Siri kontroversi kepada keluarga Diraja Britain,  The Crown pun sudah habis ditonton. Terasa memanggil-mangil kenangan semasa di sana. Saya ada dua orang anak lelaki yang sedang membesar. Kedua-duanya adalah peminat Pasukan  Barcelona . Namun sangat teruja apabila mengetahui trip kali ini kami akan menjelajah dari satu stadium ke stadium yang lain. Sejak menjejaki kaki ke London, asyik bertanya,  Bila nak pergi stadium? Hari apa nak pergi Manchester? Hari ke 7 (2 Disember 2019) Pagi-pagi lagi sebaik kedai dobi dibuka, kami terus pergi untuk mengeringkan pakaian. Seluar jeans sebenarnya. Memang betul, tips yang kebanyakkan orang beritahu iaitu dalam musim sejuk kita tak perlu bawa pakaian banyak ke

Simbolik Perpisahan: Hadiah Sepasang Kasut

Sepasang kasut simbol perpisahan. Ada segelintir yang berpendapat, menghadiahkan sepasang kasut bagi pasangan yang berkasih, memberi petanda perhubungan itu tidak akan kekal lama. Dalam erti kata lain, sang kekasih akan melangkah pergi. Simbolik ini, digunakan oleh penulis dalam menzahirkan hubungan cinta yang tak kesampaian antara keduanya. Lee Bang Won dan Boon Yi bertemu sejak dari kecil, kemudian terpisah. Setelah dewasa, mereka bertemu kembali tanpa keduanya menyedari mereka pernah punya kenangan ketika kecil ( episod 1 dan 2 ). Hal itu cuma disedari Boon Yi ketika Lee Bang Won 'menjadikannya tawanan', dengan mulut, kaki dan tangan diikat, Lee Bang Won menjelaskan kewajaran tindakannya dengan meluahkan apa yang terbuku di hati termasuk pengalaman yang pernah ditempuh bersama Boon Yi, ketika masih kecil. Boon Yi yang cuma mampu mendengar, menyimpan rahsia itu sendirian. ( episod 8 ) Boon Yi petani miskin. Ibunya telah lama menghilang. Malah beliau bertemu Lee Bang