Skip to main content

Sepetang Di Iskandar Polo Club

Musim cuti sekolah bersamaan dengan kenduri kahwin. Hari raya yang ke lima, ada tiga undangan ke majlis perkahwinan. Sempat hadir dua daripadanya. Satu di Medan Gopeng dan satu lagi di Iskandar Polo Club. Tetapi kami tiba di Iskandar Polo Club sudah agak lewat.

Iskandar Polo Club ini lokasinya agak terceruk sedikit di Tambun. Kali pertama sampai ke situ. Padahal ketika zaman persekolahan boleh dikatakan hampir setiap hari akan berulang alik melalui simpang masuk ke situ. Tidak jauh dari lokasinya pula ada kawasan perkelahan. Tidak ramai yang mengunjungi kawasan perkelahan itu berbanding kawasan perkelahan Ulu Kinta atau Ulu Chepor. Barangkali kerana jalan di situ agak sempit dan kiri kanan hutan serta kebun-kebun buah-buahan dan sayur sayuran orang Cina. Memang sunyi. Emak memang melarang saya mengikut kawan-kawan mandi manda di sana.  





Konsep majlis perkahwinannya ala dalam taman. Pelaminnya ringkas sahaja hiasannya dengan gabungan warna putih putih, merah dan merah jambu. Menarik juga sebab dibuat di padang, ada lombong di tepinya dan pemandangan semulajadi yang memang cantik dan nyaman. Ada pasukan pancaragam menggantikan kompang. Pengantin pun memakai pakaian pengantin ala Barat. Pilihan, citarasa dan wang masing-masing. (Tidak ada sekepingpun gambar pengantin sebab acara bersanding sudah selesai ketika kami sampai dan pengantin sibuk bergambar out door. Sebenarnya syok sendiri, banyak ambil gambar anak-anak hahaha)


Kesempatan berada di Iskandar Polo Club, kami gunakan dengan melawat sekitarnya termasuk kandang kuda. Kuda ini sedang dirapikan oleh penjaganya. Hmmm bagus betul, tidak meronta-ronta pun macam anak bongsu saya ketika rambutnya dibotakkan hahaha.


Macam bukan pergi kenduri kahwin kan. Banyak gambar kuda sahaja. Jangan marah ya pengantin. Gambar kuda di bawah ini adalah antara kuda jinak yang ada di situ sebagai penutup cerita majlis perkahwinan di Iskandar Polo Club. Sepatutnya pada pukul 5:00 petang hari yang sama akan diadakan perlawanan polo tetapi kami tidak menunggu kerana singgah untuk anak-anak pertama kali merasai mandi manda di sungai kawasan perkelahan di situ. Memang tidak ada orang lain, cuma kami sahaja.  


Comments

Popular posts from this blog

Simbolik Perpisahan: Hadiah Sepasang Kasut

Sepasang kasut simbol perpisahan. Ada segelintir yang berpendapat, menghadiahkan sepasang kasut bagi pasangan yang berkasih, memberi petanda perhubungan itu tidak akan kekal lama. Dalam erti kata lain, sang kekasih akan melangkah pergi. Simbolik ini, digunakan oleh penulis dalam menzahirkan hubungan cinta yang tak kesampaian antara keduanya. Lee Bang Won dan Boon Yi bertemu sejak dari kecil, kemudian terpisah. Setelah dewasa, mereka bertemu kembali tanpa keduanya menyedari mereka pernah punya kenangan ketika kecil ( episod 1 dan 2 ). Hal itu cuma disedari Boon Yi ketika Lee Bang Won 'menjadikannya tawanan', dengan mulut, kaki dan tangan diikat, Lee Bang Won menjelaskan kewajaran tindakannya dengan meluahkan apa yang terbuku di hati termasuk pengalaman yang pernah ditempuh bersama Boon Yi, ketika masih kecil. Boon Yi yang cuma mampu mendengar, menyimpan rahsia itu sendirian. ( episod 8 ) Boon Yi petani miskin. Ibunya telah lama menghilang. Malah beliau bertemu Lee Bang ...

Panduan Memilih Buku Untuk Anak Disleksia

Membaca jambatan ilmu. Mari kita pupuk minat membaca untuk anak-anak disleksia kita. Walaupun membaca akan jadi perkara yang paling meresahkan untuk mereka. Mula-mula kita kena pilih buku yang sesuai.  Pilihan buku yang baik untuk anak disleksia antaranya mesti mengambil kira: Ada lebih banyak gambar berbanding tulisan .  Saiz tulisan yang besar dan menarik . Kenapa? Anak disleksia menggunakan bahagian otak yang berbeza daripada anak normal untuk membaca. Jadi mereka cepat lebih. Lambat faham. Kita tentu tak mahu anak kita cepat letih. Kita mahukan anak kita seronok membaca dan sukakan buku. Dr Ong Puay Hoon ( Presiden Persatuan Disleksia Sarawak ) sarankan, sebaik-baiknya dalam satu muka surat hanya ada sebaris ayat. Saya sertakan contoh yang diambil dari buku No, David! Puan Lee Voon Yee ( Psikologi Klinikal PPUKM ) menyarankan buku-buku kanak David Shannon . David Shannon merakamkan keletah dan kelakuan anak-anak. Sekaligus buat anak-anak...

Nasinya Tumpah Dan Talang

Nasinya tumpah adalah salah satu daripada cerpen-cerpen bermutu yang dihasilkan oleh pengarang tersohor, Fatimah Busu. Cerpen yang memenangi Hadiah Karya dan Hadiah Sastera Malaysia pada tahun 1972, ini juga diangkat dalam drama televisyen yang dilakonkan oleh Marlia Musa dan ND Lala. Saya mula membacanya ketika di bangku sekolah rendah. Ada apa dengan "nasinya tumpah"? Banyak. Antaranya, hikmah atas sesuatu perkara buruk yang berlaku. Mujur nasinya tumpah jika tidak, Bedolah pun akan sama meninggalkan dunia fana ini. Ini cerpen namun dapat menerbitkan rasa sayu. Sarat membawa mesej kemanusian dan kemasyarakatan. Bayangkan jika perkara sama menimpa diri atau ahli keluarga kita. Kutip cendawan, masak dan makan beramai-ramai. Saya sekeluarga juga pernah. Sedap! Sudah makan teringat semula cerpen ini. Memang menginsafkan. Bagaimana dengan keluarga yang memang apabila terjumpa cendawan bermakna itu rezeki mereka buat hari itu. Kutip, masak dan makan. Tanpa mengira sama ada ce...