Skip to main content

Kerana Kasih Hamba Turutkan?

Ada sedih dan pilu membaca akhbar yang melaporkan cerita duka ini. Mari kita sedekah Al-Fatihah kepada arwah Muhammad Faizal Raj Abdullah dan arwah Zuzziana Rahmat. Semoga Allah merahmati roh keduanya.


Pasangan kekasih Muhammad Faizal Raj Abdullah, 28, dan Zuzziana Rahmat, 18. Arwah Faizal yang baru memeluk Islam beberapa bulan yang lalu meninggal dunia setelah dipercayai minum racun rumpai pada Jumaat lalu bersama kekasihnya. Manakala arwah Zuzziana telah menghembuskan nafas pada pagi semalam kira-kira jam 1.10 pagi di Hospital Tuanku Ja'afar Seremban.


Pasangan kekasih yang ditemui dalam keadaan berpelukan di ruang tamu rumah dengan mulut dan hidung masing-masing berbuih, mengambil keputusan ini kerana dipercayai kecewa cinta dihalang keluarga. Oh adik-adik, mengapa sampai begini jadinya?

Adik-adik di luar sana, jodoh kita urusan Allah. Sekiranya memang tertulis jodoh kita dengan si polan, biar apa pun, jodoh kita tetap akan terjadi demikian, kerana itu urusan Allah. Hati kita kepunyaan Allah, bila masa pun boleh berubah. Jangan nafikan. Allah lebih tahu. Sebagaimana Firman Allah yang bermaksud:

Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. (Surah. Al Baqarah:216)

Ambillah iktibar daripada kisah menyayat hati kedua insan ini. Jangan jadikan pantun ini sebagai pedoman:

Nasi lemak buah bidara,
Sayang selasih hamba lurutkan
Buang emak, buang saudara,
Kerana kasih hamba turutkan.

Jangan. Syurga kita di telapak kaki ibu. Lagipun kita ada agama. Ingatlah, pandanglah jauh ke depan. Jangan turutkan hati, nanti binasa diri.

Comments

  1. Assalam Syidah,

    Terima kasih atas ucapan selamat untuk anakanda akak ambil UPSR.

    Memang sedih bila perkara begini terjadi pada anak-2 muda skrg. Risau macamanalah anak-2 pada masa akan datang.

    Lagi sedih saudara baru kita tu..hanya Allah maha berkuasa atas segalanya.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Simbolik Perpisahan: Hadiah Sepasang Kasut

Sepasang kasut simbol perpisahan. Ada segelintir yang berpendapat, menghadiahkan sepasang kasut bagi pasangan yang berkasih, memberi petanda perhubungan itu tidak akan kekal lama. Dalam erti kata lain, sang kekasih akan melangkah pergi. Simbolik ini, digunakan oleh penulis dalam menzahirkan hubungan cinta yang tak kesampaian antara keduanya. Lee Bang Won dan Boon Yi bertemu sejak dari kecil, kemudian terpisah. Setelah dewasa, mereka bertemu kembali tanpa keduanya menyedari mereka pernah punya kenangan ketika kecil ( episod 1 dan 2 ). Hal itu cuma disedari Boon Yi ketika Lee Bang Won 'menjadikannya tawanan', dengan mulut, kaki dan tangan diikat, Lee Bang Won menjelaskan kewajaran tindakannya dengan meluahkan apa yang terbuku di hati termasuk pengalaman yang pernah ditempuh bersama Boon Yi, ketika masih kecil. Boon Yi yang cuma mampu mendengar, menyimpan rahsia itu sendirian. ( episod 8 ) Boon Yi petani miskin. Ibunya telah lama menghilang. Malah beliau bertemu Lee Bang ...

Benih Yang Baik Jatuh ke Laut Menjadi Pulau

Benih yang baik, kalau di campak ke darat menjadi gunung  dan kalau di campak ke laut menjadi pulau Maksudnya, yang baik tetap akan baik sekalipun di mana pun ia berada. Pertama kali mendengarnya ketika berumur sekitar 11 atau 12 tahun. Guru besar ketika itu, Cikgu Abdul Latif yang menerangkan mengenainya. "Terima kasih Cikgu". Itu juga yang dikarang dalam ucapan penghargaan kepada Cikgu Zaki Hasbullah yang bertukar mengajar ke sekolah yang lain. Setelah mengarang panjang di 'muka buku' di sini, saya kira dengan mengungkapkan peribahasa ini sudah cukup untuk menzahirkan terima kasih yang tidak terhingga buatnya.  Gambar kenangan anak bongsu bersama-sama dengan Cikgu Zaki yang memakai kostum adiwira, Superman ketika pendaftaran Tahun 1 di sekolah.  

Panduan Memilih Buku Untuk Anak Disleksia

Membaca jambatan ilmu. Mari kita pupuk minat membaca untuk anak-anak disleksia kita. Walaupun membaca akan jadi perkara yang paling meresahkan untuk mereka. Mula-mula kita kena pilih buku yang sesuai.  Pilihan buku yang baik untuk anak disleksia antaranya mesti mengambil kira: Ada lebih banyak gambar berbanding tulisan .  Saiz tulisan yang besar dan menarik . Kenapa? Anak disleksia menggunakan bahagian otak yang berbeza daripada anak normal untuk membaca. Jadi mereka cepat lebih. Lambat faham. Kita tentu tak mahu anak kita cepat letih. Kita mahukan anak kita seronok membaca dan sukakan buku. Dr Ong Puay Hoon ( Presiden Persatuan Disleksia Sarawak ) sarankan, sebaik-baiknya dalam satu muka surat hanya ada sebaris ayat. Saya sertakan contoh yang diambil dari buku No, David! Puan Lee Voon Yee ( Psikologi Klinikal PPUKM ) menyarankan buku-buku kanak David Shannon . David Shannon merakamkan keletah dan kelakuan anak-anak. Sekaligus buat anak-anak...