Ada sedih dan pilu membaca akhbar yang melaporkan cerita duka ini. Mari kita sedekah Al-Fatihah kepada arwah Muhammad Faizal Raj Abdullah dan arwah Zuzziana Rahmat. Semoga Allah merahmati roh keduanya. Pasangan kekasih Muhammad Faizal Raj Abdullah, 28, dan Zuzziana Rahmat, 18. Arwah Faizal yang baru memeluk Islam beberapa bulan yang lalu meninggal dunia setelah dipercayai minum racun rumpai pada Jumaat lalu bersama kekasihnya. Manakala arwah Zuzziana telah menghembuskan nafas pada pagi semalam kira-kira jam 1.10 pagi di Hospital Tuanku Ja'afar Seremban. Pasangan kekasih yang ditemui dalam keadaan berpelukan di ruang tamu rumah dengan mulut dan hidung masing-masing berbuih, mengambil keputusan ini kerana dipercayai kecewa cinta dihalang keluarga. Oh adik-adik, mengapa sampai begini jadinya? Adik-adik di luar sana, jodoh kita urusan Allah. Sekiranya memang tertulis jodoh kita dengan si polan, biar apa pun, jodoh kita tetap akan terjadi demikian, kerana itu urusan Allah. Hati kit...