Mendapat perkhabaran tentang perkara ini agak terlewat. Sekitar Januari. Selepas menonton MHI di TV3. Jujurnya, sangat menyentuh hati. Lalu berusaha mendapatkan sebanyak mungkin maklumat mengenainya, kejadian yang menimpanya dan rentetan daripada semua itu. Lebih lagi hati dipagut pilu. Inilah orang sandaran keluarganya: Muhamad Hairuman bin Miskon . Dua kakaknya sendiri dalam golongan kelainan upaya, ada yang telah berkeluarga dan seorang abang, yang tidak putus-putus turut sama menyara keluarga. Ketika kejadian, beliau dan seorang rakan sedang mengait daun kelapa sawit. Itu kerja sampingannya bagi membantu keluarga. Malang itu tidak berbau. Ujian daripadaNya tak terduga. Kini beliau ikut tergolong sebagai golongan kelainan upaya. Ketika saya berkongsikan informasi mengenainya di facebook , keesokan harinya kaki kiri beliau akan dipotong hingga ke paras buku lali. Hiba di hati kita. Hiba di hatinya tentulah lebih lagi. Sebelum itu kedua bela...