Skip to main content

Permainan Fakta Bersama Pesakit COVID19

Jangan layan pesakit seperti seorang pesakit. Layan macam orang normal.

Pernah dengar? Macam mana nak buat macam tu? Macam mana nak layan macam orang normal? 

Terus terang saya pun tak tahu. Saya bereaksi. Tak reti berpura-pura. Nampak melalui muka. Air mata pun cepat tumpah. Tentu saya menjengkelkan pesakit. (Dalam satu kumpulan sokongan pesakit kanser yang saya sertai, mereka menzahirkan rasa kurang senang dengan reaksi pelawat seperti saya)

Sebaik tahu seseorang yang dekat dengan saya dijangkiti COVID 19, terus saya menghubunginya. Susah menahan diri dikuasi sebak. Sejak itu saya bataskan diri. Tidak lagi menelefon. Saya hanya hubungi melalui aplikasi Whatsapp. Saya hubungi saban hari cuma bezanya saya buat sesuatu yang lain.

Permainan Fakta.

Satu hari sekurang-kurangnya 2 soalan. Ada kala sehingga 5 soalan. Bergantung pada keadaan. Beri masa juga kepada sahabat mencari jawapan.


Buku-buku ini berikan idea untuk permainan fakta. Soalan-soalan untuk permainan fakta berdasarkan maklumat daripada tulisan Dr. Wan Fahmi dan Dr. Nur Annies. Tahniah dan terima kasih. 

Asalnya saya sekadar bermain dengan ahli keluarga selepas solat Isyak berjemaah. Lebih kurang macam main teka-teki. Anak-anak sangat suka dengan permainan teka-teki. Saya tanya soalan dan paksa mereka jawab. Hahaha

Soalan yang sama kemudian saya tanyakan kepada sahabat yang sedang menjalani kuarantin di MAEPS.

"Apa akan jadi kalau katak muntah?"

"Tak tahu. Mati katak tahulah"

Itu yang dia jawab.

Saya jawab, "Betul tu. Matilah katak kalau dia muntah sebab apabila katak muntah seluruh perutnya akan terkeluar"

Tak sangka sahabat itu teruja dan permainan ini berterusan serta dilanjutkan kepada anaknya pula yang baru beberapa hari lepas disahkan postif COVID 19. Selepas swab test ke dua. 

Ini bukan promosi. Kalau anda rasa promosi pun, tak ada salahnya. Kalau ini caranya 'melarikan' dia daripada memikirkan soal sakitnya, mengapa tidakkan? Saya ada terfikir cara yang lain. Belum buat lagi. 

Anda ada cara lain? Jom kongsi.   

 

Comments

Popular posts from this blog

The Missing Piece & Dr Fatimah Busu

Musim demam kan. Alahai kesian kat diri sendiri, demam. Memang betul-betul demam ni, demam membaca novel hahaha. Jangan marah. The Missing Piece 1 sudah khatam dan sekarang hampir khatam The Missing Piece 2. Karya Dr Fatimah Busu yang sangat-sangat tebal. Percaya tidak, novel ini setebal 1,482 halaman? Bukan novel bahasa Inggeris. Tajuknya sahaja dalam bahasa Inggeris. Kalau novel Inggeris, mustahil saya khatam selaju ini hahaha. Memang dari sekolah lagi saya suka membaca novel Melayu. Bagi yang tidak meneganali, inilah gambar Dr Fatimah Busu. Bukan gambar yang terbaru. Sekiranya The Missing Piece itu mewakili dirinya dan perjalanan hidupnya, sememangnya beliau wanita besi. Tegas. Kuat semangat. Tabah. Keras pedal (meminjam ungkapannya dari novel The Missing Piece itu sendiri). Saya tidak pandai mengulas atau memberi kritikan. Bukan saya orang yang layak. Ilmu sastera saya tidak tinggi. Saya masih belajar. Kalau bertanyakan sinopsis novel ini, dapatlah saya kongsikan. Sama sepe...

Ombak Bukan Biru Fatimah Busu

Akhirnya novel Ombak Bukan Biru karya penulis terkenal Dr Fatimah Busu jadi milik saya 21 Jun 2014 lalu. Alhamdulillah. Merata saya cari novel ini. Keterujaan untuk memilikinya sehingga sanggup memesan dari kedai buku terpakai. Saya diingatkan harganya akan menjadi lebih mahal dari harga pasaran. Saya menyatakan kesanggupan. Selepas berjaya memiliki The Missing Piece 1 dan 2, rasa tak lengkap selagi belum dapat membaca Ombak Bukan Biru. Terdetik di hati bagaimana Imrah bertemu, bercinta dan akhirnya berjaya mendirikan rumahtangga dengan lelaki sejati dalam hidupnya, Lawrence. Kemudiannya mereka terpisah, apabila Imrah lari. Siapa yang pernah menatap The Missing Piece, barangkali ada yang jatuh hati dengan watak Lawrence. Sememangnya dalam The Missing Piece serba sedikit, pengarang memasukkan latar belakang cerita tetapi hati kuat hendak mendakap Ombak Bukan Biru. Benarkah? Sungguh benarkah ombak itu bukan biru? Setelah mendakapnya, saya dapati The Missing Piece 1 dan 2 t...

Simbolik Perpisahan: Hadiah Sepasang Kasut

Sepasang kasut simbol perpisahan. Ada segelintir yang berpendapat, menghadiahkan sepasang kasut bagi pasangan yang berkasih, memberi petanda perhubungan itu tidak akan kekal lama. Dalam erti kata lain, sang kekasih akan melangkah pergi. Simbolik ini, digunakan oleh penulis dalam menzahirkan hubungan cinta yang tak kesampaian antara keduanya. Lee Bang Won dan Boon Yi bertemu sejak dari kecil, kemudian terpisah. Setelah dewasa, mereka bertemu kembali tanpa keduanya menyedari mereka pernah punya kenangan ketika kecil ( episod 1 dan 2 ). Hal itu cuma disedari Boon Yi ketika Lee Bang Won 'menjadikannya tawanan', dengan mulut, kaki dan tangan diikat, Lee Bang Won menjelaskan kewajaran tindakannya dengan meluahkan apa yang terbuku di hati termasuk pengalaman yang pernah ditempuh bersama Boon Yi, ketika masih kecil. Boon Yi yang cuma mampu mendengar, menyimpan rahsia itu sendirian. ( episod 8 ) Boon Yi petani miskin. Ibunya telah lama menghilang. Malah beliau bertemu Lee Bang ...