Skip to main content

Kek Buah Oren

Rindu Ayah. Kita masih dalam bulan Syawal. Ramdan dan Syawal buat rindu semakin membuak-buak. Apabila terkenangkan orang tua di kampung, selain doa, telefon memasak makanan kesukaan mereka jadi penawar rindu. Saya buat kek oren. Sedekahkan pada jiran-jiran dan cikgu mengaji anak-anak.

Sebenarnya saya dapat resepi asal dari internet. Terima kasih daun keladi. Lupa siapa penyumbang resipi. Sekitar bulan Julai 2016. Saya cuba tetapi gagal. Kek itu batat. Saya rasa kerana terlebih sukatan tepung. Resepi asal, sukatan tepung adalah 2 cawan.

Oleh sebab saya sudah beli begitu banyak buah oren, saya tekad mencuba resepi ini sekali lagi tetapi saya olah sedikit. Sukatan tepung cuma 1 cawan sahaja. 

Alhamdulillah. Hasilnya sangat memuaskan hati. Kek itu sangat disukai oleh orang tua saya. Ayah susah hendak suka sesuatu makanan tetapi jika ayah sudah suka, kita akan seronok melihat ayah menikmatinya. Kek itu habis tak sampai satu hari.

Rindu Ayah.

Situasi COVID 19  di negara kita nampak semakin memburuk. Angkat kematian pun sudah memakan angka berpuluh-puluh dalam sehari.Tinggal mimpi hendak merentas negeri balik ke kampung. Itu takkan mungkin. Malah rasa wabak itu semakin dekat. Menyerang kawan-kawan dan keluarga mereka. Cikgu-cikgu dan kawan-kawan anak-anak serta keluarga mereka serta setelah apa yang kami sendiri alami. Wabak itu serasa semakin dekat. Sangat dekat. Allahuakbar.

Apabila dengar Dr Malar Santhi terangkan peringkat-peringkat pesakit yang dijangkiti COVID 19. Hanya peringkat pertama sahaja yang dikira selamat. Tak ada simptom tetapi positif. Peringkat ke dua sehingga ke lima semuanya memberi risiko walaupun berupaya sembuh. COVID 19 tak hanya menyerang sistem pernafasan tetapi menyerang sistem lain menjadikan ada di antara bekas pesakit mengalami keletihan, sukar tidur selama berbulan lamanya. Batuk, sesak nafas itu tak payah ceritalah. Itu memang antara simptomnya dari mula.

Ya Allah, angkatlah wabak ini. Kasihanilah kami. Ampunkan kami.



Jaga kesihatan. Jaga diri. Jaga keluarga. Jaga masyarakat. Ini tanggungjawab kita semua.

Elakkan diri dari terlalu runsing. Jom cuba buat kek buah oren, nak tak?

Kek Buah Oren

Bahan-bahan
1 biji oren
2 biji telur
1 cawan gula halus
1 cawan minyak
1 cawan tepung naik sendiri

Cara Membuatnya

1. Buah oren dipotong kecil-kecil termasuk dengan kulitnya.
2. Kisar buah oren, gula, telur dan minyak bersama sehingga halus. Masukkan ke dalam mangkuk besar.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan. Kacau sehingga sebati.
4. Masukkan adunan kek ke dalam acuan berukuran 10 inci yang telah di sapu dengan minyak.
5. Masak dengan suhu 150 C selama 40 minit.

Senang dan cepat. Sedap sangat.

* Kek ini tak sesuai dikukus. Saya pernah cuba.

Comments

Popular posts from this blog

Benih Yang Baik Jatuh ke Laut Menjadi Pulau

Benih yang baik, kalau di campak ke darat menjadi gunung  dan kalau di campak ke laut menjadi pulau Maksudnya, yang baik tetap akan baik sekalipun di mana pun ia berada. Pertama kali mendengarnya ketika berumur sekitar 11 atau 12 tahun. Guru besar ketika itu, Cikgu Abdul Latif yang menerangkan mengenainya. "Terima kasih Cikgu". Itu juga yang dikarang dalam ucapan penghargaan kepada Cikgu Zaki Hasbullah yang bertukar mengajar ke sekolah yang lain. Setelah mengarang panjang di 'muka buku' di sini, saya kira dengan mengungkapkan peribahasa ini sudah cukup untuk menzahirkan terima kasih yang tidak terhingga buatnya.  Gambar kenangan anak bongsu bersama-sama dengan Cikgu Zaki yang memakai kostum adiwira, Superman ketika pendaftaran Tahun 1 di sekolah.  

UK Trip Manchester, Liverpool & Greenwich London Part III: Tinggal Kenangan dan Pengalaman

Apabila anda ada dua orang anak lelaki yang sangat minat dengan sukan bola sepak, apakah lagi keseronakkan, selain daripada menjelajah dari satu stadium ke satu stadium yang lain? Mari sambung cerita jalan-jalan makan angin ke London, Manchester dan Liverpool yang terperam lama. Siri kontroversi kepada keluarga Diraja Britain,  The Crown pun sudah habis ditonton. Terasa memanggil-mangil kenangan semasa di sana. Saya ada dua orang anak lelaki yang sedang membesar. Kedua-duanya adalah peminat Pasukan  Barcelona . Namun sangat teruja apabila mengetahui trip kali ini kami akan menjelajah dari satu stadium ke stadium yang lain. Sejak menjejaki kaki ke London, asyik bertanya,  Bila nak pergi stadium? Hari apa nak pergi Manchester? Hari ke 7 (2 Disember 2019) Pagi-pagi lagi sebaik kedai dobi dibuka, kami terus pergi untuk mengeringkan pakaian. Seluar jeans sebenarnya. Memang betul, tips yang kebanyakkan orang beritahu iaitu dalam musim sejuk kita tak perlu bawa pakaian banyak ke

Simbolik Perpisahan: Hadiah Sepasang Kasut

Sepasang kasut simbol perpisahan. Ada segelintir yang berpendapat, menghadiahkan sepasang kasut bagi pasangan yang berkasih, memberi petanda perhubungan itu tidak akan kekal lama. Dalam erti kata lain, sang kekasih akan melangkah pergi. Simbolik ini, digunakan oleh penulis dalam menzahirkan hubungan cinta yang tak kesampaian antara keduanya. Lee Bang Won dan Boon Yi bertemu sejak dari kecil, kemudian terpisah. Setelah dewasa, mereka bertemu kembali tanpa keduanya menyedari mereka pernah punya kenangan ketika kecil ( episod 1 dan 2 ). Hal itu cuma disedari Boon Yi ketika Lee Bang Won 'menjadikannya tawanan', dengan mulut, kaki dan tangan diikat, Lee Bang Won menjelaskan kewajaran tindakannya dengan meluahkan apa yang terbuku di hati termasuk pengalaman yang pernah ditempuh bersama Boon Yi, ketika masih kecil. Boon Yi yang cuma mampu mendengar, menyimpan rahsia itu sendirian. ( episod 8 ) Boon Yi petani miskin. Ibunya telah lama menghilang. Malah beliau bertemu Lee Bang