Skip to main content

Bingkisan Buat Yang Tersayang

 

Hanya kiriman bingkisan buat pengganti diri.


Sebelum sekatan merentas negeri diumumkan penghujung tahun 2020, sempat belikan adik beberapa buah buku. Adik OKU. Suka sangat dengan buku-buku haiwan. Tak tahu membaca atau menulis dengan sempurna. Setakat A,B,C yang dihafal kurang sempurna. Gembira sangat apabila dapat semua buku-buku haiwan ketika melawat kami. Malangnya Emak tak benarkan Adik bawa balik ke kampung buku-buku ini semua. Emak cakap tinggal sahaja. (Adik ada banyak koleksi buku-buku haiwan di rumah). Adik tak puas hati. Pesannya pada saya supaya bawa balik ketika pulang ke kampung. Masalahnya hari demi hari, bulan ke bulan situasi pandemik tidak membaik sebagaimana yang diharapkan. Hari ini kes COVID19 naik semula ke angka 5 ribu ke atas. Menghampiri angka 6 ribu. Jauh sekali nak merentas negeri. Malah PKP semula yang mungkin sambung menyambung. Acap kali di telefon Adik tanya bila nak balik, minta bawa balik buku. Jalan terbaik, kirimkan padanya. Hantar 2 buah dahulu. Kemudian hantar lagi yang lain. 


Anak saudara sudah berumur 6 bulan. Belum pernah bersua muka lagi. Geram je tengok gambarr-gambarnya. Sekali sekala buat panggilan video. Konon-konon semasa Adam lahir, belikan baju saiz yang besar sebab belum tahu bila kebenaran merentas negeri dibenarkan. Belikan baju untuk umur setahun terus. Harapannya apabila berjumpa nanti boleh berikan padanya. Rupa-rupanya anak saudara yang seorang ini membesar sebagai johon. Sekarang sudah mula pakai baju untuk umur setahun. Tak boleh tunggu lagi. Kirim sahaja. Nanti berpeluang jumpa belikan yang lain untuk Adam.

Insyaallah apabila tiba masanya.

Comments

Popular posts from this blog

Simbolik Perpisahan: Hadiah Sepasang Kasut

Sepasang kasut simbol perpisahan. Ada segelintir yang berpendapat, menghadiahkan sepasang kasut bagi pasangan yang berkasih, memberi petanda perhubungan itu tidak akan kekal lama. Dalam erti kata lain, sang kekasih akan melangkah pergi. Simbolik ini, digunakan oleh penulis dalam menzahirkan hubungan cinta yang tak kesampaian antara keduanya. Lee Bang Won dan Boon Yi bertemu sejak dari kecil, kemudian terpisah. Setelah dewasa, mereka bertemu kembali tanpa keduanya menyedari mereka pernah punya kenangan ketika kecil ( episod 1 dan 2 ). Hal itu cuma disedari Boon Yi ketika Lee Bang Won 'menjadikannya tawanan', dengan mulut, kaki dan tangan diikat, Lee Bang Won menjelaskan kewajaran tindakannya dengan meluahkan apa yang terbuku di hati termasuk pengalaman yang pernah ditempuh bersama Boon Yi, ketika masih kecil. Boon Yi yang cuma mampu mendengar, menyimpan rahsia itu sendirian. ( episod 8 ) Boon Yi petani miskin. Ibunya telah lama menghilang. Malah beliau bertemu Lee Bang ...

Benih Yang Baik Jatuh ke Laut Menjadi Pulau

Benih yang baik, kalau di campak ke darat menjadi gunung  dan kalau di campak ke laut menjadi pulau Maksudnya, yang baik tetap akan baik sekalipun di mana pun ia berada. Pertama kali mendengarnya ketika berumur sekitar 11 atau 12 tahun. Guru besar ketika itu, Cikgu Abdul Latif yang menerangkan mengenainya. "Terima kasih Cikgu". Itu juga yang dikarang dalam ucapan penghargaan kepada Cikgu Zaki Hasbullah yang bertukar mengajar ke sekolah yang lain. Setelah mengarang panjang di 'muka buku' di sini, saya kira dengan mengungkapkan peribahasa ini sudah cukup untuk menzahirkan terima kasih yang tidak terhingga buatnya.  Gambar kenangan anak bongsu bersama-sama dengan Cikgu Zaki yang memakai kostum adiwira, Superman ketika pendaftaran Tahun 1 di sekolah.  

Panduan Memilih Buku Untuk Anak Disleksia

Membaca jambatan ilmu. Mari kita pupuk minat membaca untuk anak-anak disleksia kita. Walaupun membaca akan jadi perkara yang paling meresahkan untuk mereka. Mula-mula kita kena pilih buku yang sesuai.  Pilihan buku yang baik untuk anak disleksia antaranya mesti mengambil kira: Ada lebih banyak gambar berbanding tulisan .  Saiz tulisan yang besar dan menarik . Kenapa? Anak disleksia menggunakan bahagian otak yang berbeza daripada anak normal untuk membaca. Jadi mereka cepat lebih. Lambat faham. Kita tentu tak mahu anak kita cepat letih. Kita mahukan anak kita seronok membaca dan sukakan buku. Dr Ong Puay Hoon ( Presiden Persatuan Disleksia Sarawak ) sarankan, sebaik-baiknya dalam satu muka surat hanya ada sebaris ayat. Saya sertakan contoh yang diambil dari buku No, David! Puan Lee Voon Yee ( Psikologi Klinikal PPUKM ) menyarankan buku-buku kanak David Shannon . David Shannon merakamkan keletah dan kelakuan anak-anak. Sekaligus buat anak-anak...