Skip to main content

Buah Epal, Gastrik & Mengandung

Epal hijau ada ketika kena nasib kurang bagus, dapat yang masam. Penggemar asam memang tak ada masalah. Saya tak termasuk dalam golongan itu. Pastinya, tidak hanya saya seorang bukan. Kalau dibuang, membazir. Jangan membazir. Apa kata kita buat jus. Sedap!


Resipi ini saya ambil daripada Yani MyResipi. Yani kata ini minuman kesihatan. Bagus untuk menggelakkan sembelit dan menguatkan antibodi.

Jus Epal Yogurt

Bahan-bahan

1/2 biji epal
1 cawan (200 ml) plain yogurt
1/2 cawan (100 ml) susu

Cara Membuatnya

Masukkan kesemua bahan di dalam pengisar. Kisar hingga sebati. kalau suka manis, boleh campurkan dengan sedikit gula atau madu.

* Biasanya saya akan guna 1 biji epal, yogurt asli tak kira jenama lebih kurang 140 gm, 1 kotak kecil susu (250 ml) jenama dutch lady dan sedikit madu. Leceh hendak simpan epal sebelah lagi.


Trimester pertama, memang hilang selera makan. Tekak rasa sangat payau untuk menerima makanan. Ada orang bagi petua pada saya untuk amalkan makan buah epal hijau dan jambu batu. Sewaktu mengandung anak kedua, memang saya amalkan petua itu dan Alhamdulillah ternyata beri kesan yang positif. Sekalipun tak berselera makan namun rasa loya tak begitu mengganggu.

Jadi apabila apabila mengandung kemudiannya, saya terus amalkan makan buah epal hijau dan jambu batu. Sehari entah berapa biji saya hadap. Stok buah epal hijau dan jambu batu memang sentiasa ada dalam peti sejuk. Tup tup mengandung kali ini, serangan gastrik sangat teruk. Doktor Su mula minta saya senarikan makanan yang saya ambil. Sebut sahaja buah epal hijau terus doktor geleng kepala.

"Epal hijau menyebabkan asid semakin banyak di dalam perut. Memburukkan gastrik sedia ada."

Huwwwwaaaa... balik rumah terus saya bungkus buah epal hijau itu dan beri kepada Afikah. Jadi kawan-kawan di luar sana, ingat ya jika anda diserang gastrik jangan makan buah epal hijau ye. Kita tukar makan buah epal merah ye. Sedap juga buat jus, saya sudah cuba.


Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Simbolik Perpisahan: Hadiah Sepasang Kasut

Sepasang kasut simbol perpisahan. Ada segelintir yang berpendapat, menghadiahkan sepasang kasut bagi pasangan yang berkasih, memberi petanda perhubungan itu tidak akan kekal lama. Dalam erti kata lain, sang kekasih akan melangkah pergi. Simbolik ini, digunakan oleh penulis dalam menzahirkan hubungan cinta yang tak kesampaian antara keduanya. Lee Bang Won dan Boon Yi bertemu sejak dari kecil, kemudian terpisah. Setelah dewasa, mereka bertemu kembali tanpa keduanya menyedari mereka pernah punya kenangan ketika kecil ( episod 1 dan 2 ). Hal itu cuma disedari Boon Yi ketika Lee Bang Won 'menjadikannya tawanan', dengan mulut, kaki dan tangan diikat, Lee Bang Won menjelaskan kewajaran tindakannya dengan meluahkan apa yang terbuku di hati termasuk pengalaman yang pernah ditempuh bersama Boon Yi, ketika masih kecil. Boon Yi yang cuma mampu mendengar, menyimpan rahsia itu sendirian. ( episod 8 ) Boon Yi petani miskin. Ibunya telah lama menghilang. Malah beliau bertemu Lee Bang ...

Benih Yang Baik Jatuh ke Laut Menjadi Pulau

Benih yang baik, kalau di campak ke darat menjadi gunung  dan kalau di campak ke laut menjadi pulau Maksudnya, yang baik tetap akan baik sekalipun di mana pun ia berada. Pertama kali mendengarnya ketika berumur sekitar 11 atau 12 tahun. Guru besar ketika itu, Cikgu Abdul Latif yang menerangkan mengenainya. "Terima kasih Cikgu". Itu juga yang dikarang dalam ucapan penghargaan kepada Cikgu Zaki Hasbullah yang bertukar mengajar ke sekolah yang lain. Setelah mengarang panjang di 'muka buku' di sini, saya kira dengan mengungkapkan peribahasa ini sudah cukup untuk menzahirkan terima kasih yang tidak terhingga buatnya.  Gambar kenangan anak bongsu bersama-sama dengan Cikgu Zaki yang memakai kostum adiwira, Superman ketika pendaftaran Tahun 1 di sekolah.  

Panduan Memilih Buku Untuk Anak Disleksia

Membaca jambatan ilmu. Mari kita pupuk minat membaca untuk anak-anak disleksia kita. Walaupun membaca akan jadi perkara yang paling meresahkan untuk mereka. Mula-mula kita kena pilih buku yang sesuai.  Pilihan buku yang baik untuk anak disleksia antaranya mesti mengambil kira: Ada lebih banyak gambar berbanding tulisan .  Saiz tulisan yang besar dan menarik . Kenapa? Anak disleksia menggunakan bahagian otak yang berbeza daripada anak normal untuk membaca. Jadi mereka cepat lebih. Lambat faham. Kita tentu tak mahu anak kita cepat letih. Kita mahukan anak kita seronok membaca dan sukakan buku. Dr Ong Puay Hoon ( Presiden Persatuan Disleksia Sarawak ) sarankan, sebaik-baiknya dalam satu muka surat hanya ada sebaris ayat. Saya sertakan contoh yang diambil dari buku No, David! Puan Lee Voon Yee ( Psikologi Klinikal PPUKM ) menyarankan buku-buku kanak David Shannon . David Shannon merakamkan keletah dan kelakuan anak-anak. Sekaligus buat anak-anak...