Skip to main content

Menzalimi Diri

Saya suka dengan tajuk kuliah zohor dua minggu lepas, "Terkadang Aku Alim, Terkadang Aku Zalim". Kuliah disampaikan oleh Ustaz Muhamad Abdullah Al-Amin. Alhamdulillah, dapat juga datang menyelit. Sekarang banyak kerja-kerja luar, kesempatan untuk menyelit pun berkurang. Tak perlu kita cerita pasal kerja. Sebaiknya kepada apa yang ustaz sampaikan sahaja. Peringatan untuk diri sendiri, mesti tetapkan hati. Dalam tak sedar kita menzalimi diri. Menzalimi diri itu adalah melakukan maksiat.

Ustaz senaraikan tujuh sebab kita menzalimi diri.

1. Jahil. Ilmu sangat penting buat seseorang. Tanpa ilmu, seseorang akan melakukan maksiat kerana tidak tahu atau menyedari sedang melakukan maksiat. Fahami ilmu kerana dengannya dapat menghindar dari melakukan maksiat.

2. Nafsu. Sahabat diri yang menjadi musuh adalah nafsu. Nafsu sentiasa mengajak kepada keburukan. Islam menggalakkan nafsu dididik. Kenal pasti yang mana satu bisikan nafsu dan bisikan syaitan. Bisikan nafsu bersifat merenggek. Bisikan syaitan bersifat dorangan (merancang).

3. Syaitan. Datang melalui saluran darah dan pelbagai cara. Bisikan syaitan penuh dengan hasad dengki, sangka buruk, kerunsingan, umpatan, melagakan. Anjuran untuk kita adalah dengan banyakkan berzikir. Ucapkan selalu:
Mohon daripada Allah SWT agar sentiasa melindungi kita daripada syaitan.

4. Sifat Mazmumah. Menurut sifat mazmumah. Diri kita yang tidak sempurna, ada sifat mazmumah seperti sombong, boros dan sebagainya. Jangan duduk di tempat yang mazmumah diri sendiri. Contoh, kalau sifat mazmumah kita, boros elakkan sengaja pergi ke tempat-tempat yang membolehkan kita berbelanja sakan. Kalau sifat mazmumah kita, menggorat elakkan bergaul rapat dengan perempuan. Eh eh ini bukan hendak kenakan sesiapa... ini semua contoh-contoh yang ustaz sendiri bagi tau hahaha. Mengapa kita mesti elakkan? Mudah sebab kita akan dengan senangnya 'ditarik' oleh sifat mazmumah kita jika kita terus berada di situ. Kita mesti kenal diri kita. Maksudnya, kita sendiri mesti tahu sifat mazmumah diri sendiri.

5. Keras hati. Jangan layan keras hati. Sentiasa berdoa dan berzikir untuk melembutkan hati.

Campuran senarai 1 hingga 5 akan membuatkan kita melakukan maksiat tanpa ada rasa menyesal atau bersalah atau kering hati. Malah merasakan diri kita betul pula.

6. Ada kesempatan untuk berbuat jahat. Contoh, menumpang sekaki maksiat yang berlaku di depan mata.

7. Pengaruh orang yang hampir dengan kita. Kita tidak boleh lari daripada bersahabat. Sahabat adalah antara orang yang hampir dengan kita. Tanpa kita sedar ada masanya pengaruh sahabat adalah besar ke atas diri kita. Anjur ustaz, "Pilihlah kawan yang mengajak kebaikan pada kita." Bukan setakat anjuran ustaz sahaja. Ini anjuran agama. Tertarik sekali dengan muka buku nota - hadiah yang diberikan oleh Telaga Biru. Peringatan buat diriku yang lupa, sebaik-baik sahabat itu iailah orang yang tidak pernah berubah-ubah meskipun zaman terus berubah.


Ustaz menyimpulkan begini: kita mesti sentiasa memperbaiki diri kita. Niatkan untuk memperbaiki diri setiap hari. Kita akan dibentuk melalui niat. Setiap amal ibadat kita juga bermula dengan niat. Untuk solat perlu niat, untuk puasa perlu niat, untuk zakat perlu niat, betulkan?! Kata ustaz, Allah SWT tidak pernah melihat di mana kita bermula. Jangan pernah rasa terlewat untuk melakukan kebaikkan. Saya menulis semula ceramah ustaz untuk memperingati diri sendiri.  

Comments

Popular posts from this blog

Simbolik Perpisahan: Hadiah Sepasang Kasut

Sepasang kasut simbol perpisahan. Ada segelintir yang berpendapat, menghadiahkan sepasang kasut bagi pasangan yang berkasih, memberi petanda perhubungan itu tidak akan kekal lama. Dalam erti kata lain, sang kekasih akan melangkah pergi. Simbolik ini, digunakan oleh penulis dalam menzahirkan hubungan cinta yang tak kesampaian antara keduanya. Lee Bang Won dan Boon Yi bertemu sejak dari kecil, kemudian terpisah. Setelah dewasa, mereka bertemu kembali tanpa keduanya menyedari mereka pernah punya kenangan ketika kecil ( episod 1 dan 2 ). Hal itu cuma disedari Boon Yi ketika Lee Bang Won 'menjadikannya tawanan', dengan mulut, kaki dan tangan diikat, Lee Bang Won menjelaskan kewajaran tindakannya dengan meluahkan apa yang terbuku di hati termasuk pengalaman yang pernah ditempuh bersama Boon Yi, ketika masih kecil. Boon Yi yang cuma mampu mendengar, menyimpan rahsia itu sendirian. ( episod 8 ) Boon Yi petani miskin. Ibunya telah lama menghilang. Malah beliau bertemu Lee Bang ...

The Missing Piece & Dr Fatimah Busu

Musim demam kan. Alahai kesian kat diri sendiri, demam. Memang betul-betul demam ni, demam membaca novel hahaha. Jangan marah. The Missing Piece 1 sudah khatam dan sekarang hampir khatam The Missing Piece 2. Karya Dr Fatimah Busu yang sangat-sangat tebal. Percaya tidak, novel ini setebal 1,482 halaman? Bukan novel bahasa Inggeris. Tajuknya sahaja dalam bahasa Inggeris. Kalau novel Inggeris, mustahil saya khatam selaju ini hahaha. Memang dari sekolah lagi saya suka membaca novel Melayu. Bagi yang tidak meneganali, inilah gambar Dr Fatimah Busu. Bukan gambar yang terbaru. Sekiranya The Missing Piece itu mewakili dirinya dan perjalanan hidupnya, sememangnya beliau wanita besi. Tegas. Kuat semangat. Tabah. Keras pedal (meminjam ungkapannya dari novel The Missing Piece itu sendiri). Saya tidak pandai mengulas atau memberi kritikan. Bukan saya orang yang layak. Ilmu sastera saya tidak tinggi. Saya masih belajar. Kalau bertanyakan sinopsis novel ini, dapatlah saya kongsikan. Sama sepe...

Ombak Bukan Biru Fatimah Busu

Akhirnya novel Ombak Bukan Biru karya penulis terkenal Dr Fatimah Busu jadi milik saya 21 Jun 2014 lalu. Alhamdulillah. Merata saya cari novel ini. Keterujaan untuk memilikinya sehingga sanggup memesan dari kedai buku terpakai. Saya diingatkan harganya akan menjadi lebih mahal dari harga pasaran. Saya menyatakan kesanggupan. Selepas berjaya memiliki The Missing Piece 1 dan 2, rasa tak lengkap selagi belum dapat membaca Ombak Bukan Biru. Terdetik di hati bagaimana Imrah bertemu, bercinta dan akhirnya berjaya mendirikan rumahtangga dengan lelaki sejati dalam hidupnya, Lawrence. Kemudiannya mereka terpisah, apabila Imrah lari. Siapa yang pernah menatap The Missing Piece, barangkali ada yang jatuh hati dengan watak Lawrence. Sememangnya dalam The Missing Piece serba sedikit, pengarang memasukkan latar belakang cerita tetapi hati kuat hendak mendakap Ombak Bukan Biru. Benarkah? Sungguh benarkah ombak itu bukan biru? Setelah mendakapnya, saya dapati The Missing Piece 1 dan 2 t...