Membaca jambatan ilmu. Mari kita pupuk minat membaca untuk anak-anak disleksia kita. Walaupun membaca akan jadi perkara yang paling meresahkan untuk mereka.
Mula-mula kita kena pilih buku yang sesuai.
Pilihan buku yang baik untuk anak disleksia antaranya mesti mengambil kira:
- Ada lebih banyak gambar berbanding tulisan.
- Saiz tulisan yang besar dan menarik.
Kenapa? Anak disleksia menggunakan bahagian otak yang berbeza daripada anak normal untuk membaca. Jadi mereka cepat lebih. Lambat faham. Kita tentu tak mahu anak kita cepat letih. Kita mahukan anak kita seronok membaca dan sukakan buku.
Dr Ong Puay Hoon (Presiden Persatuan Disleksia Sarawak) sarankan, sebaik-baiknya dalam satu muka surat hanya ada sebaris ayat. Saya sertakan contoh yang diambil dari buku No, David!
Puan Lee Voon Yee (Psikologi Klinikal PPUKM) menyarankan buku-buku kanak David Shannon. David Shannon merakamkan keletah dan kelakuan anak-anak. Sekaligus buat anak-anak berasa dirinya berada dalam cerita tersebut. Anak-anak ADHD tentu sukakan buku ini.
Ini antara contoh buku yang baik dan sesuai samaada kita bacakan atau anak baca sendiri.
Ini antara contoh buku yang baik dan sesuai samaada kita bacakan atau anak baca sendiri.
- Satu halaman, satu baris ayat
- Saiz buku yang lebih besar (big book)
- Saiz tulisan (font)
- Illustrasi dan berwarna warni
Buku-buku ini kurang menggunakan tulisan tetapi sangat menarik illustrasinya. Boleh juga cuba kerana walaupun tebal tetapi penuh dengan illustrasi. Saiz tulisannya juga berbeza iaitu lebih besar dan menarik. Perlu diingat, saiz tulisan juga memainkan peranan penting bagi anak-anak disleksia.
Terutama bagi anak-anak disleksia yang meningkat remaja, buku-buku ini sesuai untuk menggalakkan mereka untuk terus membaca. Anak-anak saya suka buku bersiri Geromino Stilton.
Encik Ahmad Firdaus (seorang Pereka Industri) ketika berkongsi pengalaman beliau yang mengalami disleksia memberitahu, beliau tertarik membaca novel bergambar yang disertakan illustrasi serta soalan sebelum beralih ke bab seterusnya. (Terima kasih atas perkongsian Encik Ahmad Firdaus. Anak kecil disleksia tidak tahu menyatakan masalah mereka tetapi disleksia dewasa dapat menyuarakannya bagi pihak si kecil)
- Buku Here's Hank dan Hank Zipzer
Pelakon komedi, Henry Winkler dan penulis, Lin Oliver menghasilkan buku untuk membantu anak-anak disleksia menggemari buku melalui buku Here's Hank dan Hank Zipzer.
Buku Here's Hank dan Hank Zipzer merupakan buku bersiri dengan ciri-ciri yang sesuai untuk menarik anak-anak disleksia, membaca.
Henry Winkler sendiri seorang disleksia. Menurut beliau, novel pertama yang dibacanya ketika berumur 31 tahun. Pengalaman beliau membuktikan disleksia tidak dapat disembuhkan oleh waktu. Pengalaman takut membaca, membuatkan beliau bersama-sama Lin Oliver menghasilkan buku bersiri ini. Tentang Hank seorang kanak-kanak disleksia.
Perhatikan pada penggunaan saiz tulisan, illustrasi serta jarak antara tulisan pada buku, Hank Zipzer.
Here's Hank juga ada dalam bentuk braille.
- Buku audio
Kenapa? Membaca bukan kekuatan anak disleksia terutama buku yang sarat dengan tulisan. Sambil mendengar, anak dapat ikut sekali membaca. Sambil mendengar anak dapat memadankannya dengan perkataan yang ada di dalam buku.
Orlando Bloom dalam satu wawancara juga menyatakan beliau sukakan buku audio. Orlando Bloom masih punya kesukaran untuk membaca sehingga hari ini. Sukar membaca bukan bermaksud beliau tidak tahu membaca. Orlondo Bloom memberitahu beliau mahu skrip yang disediakan dalam format dan bentuk yang memudahkan beliau untuk membaca.
Saya difahamkan penggunaan buku audio akan lebih meningkatkan keyakinan diri anak. Bagaimanapun pilihan buku audio di Malaysia, terhad dan harganya pula mahal. Saya berharap sangat projek buku audio untuk anak disleksia akan terlaksana juga. Encik Shahrul Akmar, "let's us make it happen".
Orlando Bloom dalam satu wawancara juga menyatakan beliau sukakan buku audio. Orlando Bloom masih punya kesukaran untuk membaca sehingga hari ini. Sukar membaca bukan bermaksud beliau tidak tahu membaca. Orlondo Bloom memberitahu beliau mahu skrip yang disediakan dalam format dan bentuk yang memudahkan beliau untuk membaca.
Anak-anak disleksia ini ada masanya tertanya-tanya,
"Mengapa saya tak pandai baca?"
"Kenapa kawan saya boleh baca tapi saya tak boleh?"
Anak saya pernah menyatakan ini ketika menceritakan keupayaan kawan sekelasnya membaca.
"Thaqif pandai baca. Thaqif pandai jawab soalan cikgu."
"Thaqif pandai baca. Thaqif pandai jawab soalan cikgu."
Anak saya juga pernah bertanya, "Kenapa Abang Ngah seorang sahaja, disleksia"
Jangan tanya apa perasaan saya ketika itu kerana saya percaya ibubapa kepada anak istimewa berkongsi rasa yang sama. Perasaan saya tidak penting kerana saya masih boleh menguruskannya. Perasaan anak, emosi anak jauh lebih penting.
- Buku Tentang Disleksia
Saya tahu saya perlu 'berusaha lebih lagi untuk beritahu' anak-anak saya tentang disleksia dan buat anak-anak saya faham tentangnya. Bukan hanya kepada anak disleksia saya tetapi semua anak-anak saya. Keluarga saya. Kami mesti meghadapinya bersama-sama seperti seberkas lidi.
Selain daripada menonton filem Taare Zameen Par, kami sama-sama baca buku tentang disleksia.
Buku kanak-kanak pertama tentang disleksia, kami pinjam di Perpustakaan Kuala Lumpur (cawangan UTC Sentul), My Friend Has Dyslexia.
My Friend Has Dyslexia
Ada buku kanak-kanak tentang disleksia di pasaran selain daripada buku bersiri Hank Zipzer, Here's Hank iaitu Brian Has Dyslexia, My Name is Brain Brian, Thank You Mr. Falker, Tom's Special Talent, I don't Like Reading dan sebagainya.
Cuma sukar untuk diperolehi di pasaran tempatan.
Bagaimanapun salah satu buku It's Called Dyslexia, boleh dibeli di MPH Bookstore. Harganya RM 12.90. Kebanyakkan buku kanak-kanak tentang disleksia, dalam bahasa Inggeris. Terbitan luar negara. Harga buku-buku terbitan luar negara lebih mahal berbanding harga buku-buku tempatan.
Cuma sukar untuk diperolehi di pasaran tempatan.
Bagaimanapun salah satu buku It's Called Dyslexia, boleh dibeli di MPH Bookstore. Harganya RM 12.90. Kebanyakkan buku kanak-kanak tentang disleksia, dalam bahasa Inggeris. Terbitan luar negara. Harga buku-buku terbitan luar negara lebih mahal berbanding harga buku-buku tempatan.
It's Called Dyslexia
Kita masih boleh guna alternatif lain iaitu pinjam dari perpustakaan. Sebelum pergi perpustakaan, periksa OPAC (katalog atas talian perpustakaan) supaya kita tahu buku-buku yang hendak kita pinjam memang ada dalam koleksi perpustakaan dan tidak dipinjam oleh pengguna lain.
BOLD Association for Children with Special Needs antara yang menerbitkan buku tempatan tentang disleksia dalam versi Bahasa Melayu, Inggeris, Mandarin dan Tamil. Cuma pasarannya tidak meluas. Saya buat pesan langsung dari BOLD.
Ada juga buku yang boleh kita muat turun dan baca. Terpulang pada keselesaan masing-masing. Ada ibubapa tidak galakkan anak-anak menggunakan gajet. Jadi pilihan membaca melalui telefon mungkin tidak sesuai. Secara peribadi, saya sendiri tidak suka membaca buku melalui telefon. Sakit mata. Sakit kepala.
Bagi anak-anak disleksia yang telah meningkat remaja, buku Diary of a Dyslexic School Kid menarik untuk dibaca.
Buku ini ditulis bersama oleh Alais Winton dan Zac Millard. Kesalahan ejaan Zac Millard "dikekalkan" bersama pembetulan untuk memberi motivasi kepada Zac Millard.
Dalam kata lain, memberitahu Zac Milalard bakatnya sebagai penulis perlu diketengahkan. Jangan runsing tentang kesalahan ejaan.
- Buku Adaptasi Filem
Kenapa? Sebab tarikan watak yang diminati anak dapat membantu mendorong anak membaca.
Boleh cuba dapatkan buku-buku adaptasi filem animasi misalnya terutama yang anak-anak suka tonton. Buku Toy Story contohnya diterbitkan secara bersiri. Saya kira buku komik tempatan seperti BoBoiBoy dengan penambah baik iaitu mengambilkira ciri-ciri untuk "pembaca istimewa", juga sesuai untuk menarik minat membaca anak-anak. Sedihnya dalam keadaan anak yang sukakan komik itu kerana kartun animasi tetapi sekadar dapat belek-belek sahaja.
- Buku Tentang Fakta
Buku-buku berkaitan fakta seperti sains, haiwan, sejarah dan sebagainya. Ada soalan. Ada penerangan ringkas. Illustrasi berwarna warni. Tulisan yang besar dan jelas.
- Buku Interaktif
Saya tidak pasti penggunaan ayat yang betul bagi menjelaskan tentang konsep buku ini. Kebiasaannya buku interaktif datang dengan alat bantuan. Ada yang datang bersama-sama dengan CD. Ada yang perlu dimuat turun aplikasi di telefon. Apa yang pasti, buku ini datang dengan kandungan multimedia.
Kalau ditanya dari segi harga, tentunya lebih mahal. Bagaimanapun koleksi buku seperti ini banyak terdapat di perpustakaan awam.
Selain daripada ciri-ciri khas seperti kesukaran untuk menghubungkan huruf tertentu dengan bunyi, kekeliruan bagi huruf yang seakan-akan sama seperti d dan b sehingga sering tertukar, tidak dapat menyebut perkataan yang mempunyai banyak suku kata dan sebagainya. Sebenarnya banyak cabaran untuk anak-anak disleksia membaca. Sekali lagi saya tekankan, ini antara yang perlu diambil perhatian:
- Saiz tulisan
- Jarak tulisan
- Jarak perenggan
- Kertas
Ramai yang tak sangka, kertas putih juga boleh menjadi halangan. Namun harus diingat bukan SEMUA menghadapi masalah yang SAMA. Ada antara anak-anak disleksia yang menghadapi masalah membaca jika kertas yang digunakan merupakan kertas putih. Kontras hitam dan putih. Hitam pada dakwat dan putih pada kertas.
Dr Ong Puay Hoon juga mengatakan beliau mengalami masalah ini ketika saya menghadiri Bengkel Kaedah Pengajaran Membaca dan Menulis Dalam Bahasa Melayu. Pertama kali saya sendiri mengetahuinya daripada Prof Zulikha Jamaluddin. Jadi warna-warna irlen boleh digunakan sebagai latar sebagai penyelesaiaannya.
Adakah ini penyelesaian sepenuhnya? Tidak juga. Kaedah ini bukan jaminan. Bagaimanapun tidak salah untuk kita mencuba. Betul tak?
Kita boleh cetak bahan bacaan untuk anak di atas kertas berwarna dengan huruf yang berwarna juga. Cuba elakkan warna putih dan hitam. Adakala kita buat sendiri alat bantuan mengajar untuk anak-anak. Jadi kita boleh guna pakai kaedah ini. Kaedah ini mungkin susah kita hendak harapkan pada guru-guru di sekolah buatkan, contoh kertas soalan ujian atau peperiksaan. Takkan kita hendak pengecualian pula bagi pihak anak. Kaedah ini hanya salah satu cara untuk membantu. Harus diingat BUKAN JAMINAN.
Tepuk dahi ke? Mana hendak cari buku dengan warna-warna irlen? Nanti dulu. Anda boleh guna plastik berwarna seperti dalam gambar untuk membantu anak. Ada sesetengah orang bukan mengalami disleksia walaupun tulis terbalik tetapi Sindrom Irlen. Pentingnya dapatkan diagnosis yang betul untuk anak. Jangan sampai tersalah diagnosis. Jangan ambil mudah.
Mudah bagi kita. Belum tentu mudah bagi mereka.
Tolong fahami mereka.
Tolong bantu mereka.
Semoga perkongsian yang sedikit ini memberi manfaat. Tips ini boleh juga digunapakai untuk anak-anak ADHD, Autism dan anak-anak istimewa yang lain. Malah untuk anak-anak normal yang tidak minat membaca.
Ketika ini sedang diperkatakan tentang, Malaysia Negara Membaca 2030. Adakah rakyat Malaysia sudah bersedia?
Saya menulis untuk kempen kesedaran tentang Disleksia dan ADHD. Oktober adalah bulan untuk kempen kesedaran Disleksia dan ADHD.
4 Oktober 2019 merupakan Hari Kesedaran Disleksia di seluruh dunia.
Comments
Post a Comment