Skip to main content

Gugurnya Seumpama Pejuang

Berita ini telah lama (2 September 2011) namun baru hari ini berkesempatan menulis mengenainya. Buat semua saudara mulimin dan muslimat sekalian, marilah kita sedekahkan al-fatihah buat arwah Noramfaizul Mohd Nor yang terkorban di Somalia.


Arwah telah pergi ketika bertugas di negara bergolak serta dikatakan tahap keselamatan di sana adalah negetif dan diancam dengan malapetaka kebuluran. Usaha membantu memang satu tindakan terpuji. Malah mulia. Namun apabila arwah terkorban di sana, ada juga rasa terkilan.



Sukarelawan kita tidak dilengkapi dengan baju kalis peluru. Tidak juga memakai topi tentera. Walaupun kereta petugas diiringi tentera, bukan satu jaminan. Memang benar, betul dan tepat, ajal arwah sudah tiba dan ditakdirkan di sana, nyawanya dijemput pulang. Sebagai hambaNya, mesti reda. Betul dan tidak disangkal bahawa baju kalis peluru bukan satu jaminan tetapi tidakkah itu usaha dan langkah kita untuk berjaga-jaga. Buka akhbar, sila baca arwah juga tidak dilindungi dengan insuran khas. Tidakkah salah seorang wartawan sebuah stesyen televisyen swasta menyatakan bahawa sejurus selepas arwah ditembak, masing-masing tenggelam punca. Tidak tahu, tindakan paling baik untuk menangani suasana kecemasan itu. Sama ada pergi ke hospital, langkah yang paling baik atau tidak. Petugas media bukan anggota keselematan, jangka masa singkat ketika mereka dipanggil bertugas sehingga tiada persediaan rapi ke Somalia juga dikesali.

Arwah telah selamat bersemadi. Gugurnya seumpama seorang pejuang. Pejuang yang membantu meringankan beban kesusahan orang lain. Ambillah iktibar atas apa yang terjadi. Merenung wajah anak-anak kecil ini terasa sangat sayu.



Apalah yang diketahui oleh anak sekecil ini. Usia baru tiga tahun. Abangnya pula baru lapan tahun.


Semoga roh arwah dirahmati Allah dan ditempatkan bersama-sama dengan orang yang beriman. Amin.


Comments

Popular posts from this blog

The Missing Piece & Dr Fatimah Busu

Musim demam kan. Alahai kesian kat diri sendiri, demam. Memang betul-betul demam ni, demam membaca novel hahaha. Jangan marah. The Missing Piece 1 sudah khatam dan sekarang hampir khatam The Missing Piece 2. Karya Dr Fatimah Busu yang sangat-sangat tebal. Percaya tidak, novel ini setebal 1,482 halaman? Bukan novel bahasa Inggeris. Tajuknya sahaja dalam bahasa Inggeris. Kalau novel Inggeris, mustahil saya khatam selaju ini hahaha. Memang dari sekolah lagi saya suka membaca novel Melayu. Bagi yang tidak meneganali, inilah gambar Dr Fatimah Busu. Bukan gambar yang terbaru. Sekiranya The Missing Piece itu mewakili dirinya dan perjalanan hidupnya, sememangnya beliau wanita besi. Tegas. Kuat semangat. Tabah. Keras pedal (meminjam ungkapannya dari novel The Missing Piece itu sendiri). Saya tidak pandai mengulas atau memberi kritikan. Bukan saya orang yang layak. Ilmu sastera saya tidak tinggi. Saya masih belajar. Kalau bertanyakan sinopsis novel ini, dapatlah saya kongsikan. Sama sepe...

Ombak Bukan Biru Fatimah Busu

Akhirnya novel Ombak Bukan Biru karya penulis terkenal Dr Fatimah Busu jadi milik saya 21 Jun 2014 lalu. Alhamdulillah. Merata saya cari novel ini. Keterujaan untuk memilikinya sehingga sanggup memesan dari kedai buku terpakai. Saya diingatkan harganya akan menjadi lebih mahal dari harga pasaran. Saya menyatakan kesanggupan. Selepas berjaya memiliki The Missing Piece 1 dan 2, rasa tak lengkap selagi belum dapat membaca Ombak Bukan Biru. Terdetik di hati bagaimana Imrah bertemu, bercinta dan akhirnya berjaya mendirikan rumahtangga dengan lelaki sejati dalam hidupnya, Lawrence. Kemudiannya mereka terpisah, apabila Imrah lari. Siapa yang pernah menatap The Missing Piece, barangkali ada yang jatuh hati dengan watak Lawrence. Sememangnya dalam The Missing Piece serba sedikit, pengarang memasukkan latar belakang cerita tetapi hati kuat hendak mendakap Ombak Bukan Biru. Benarkah? Sungguh benarkah ombak itu bukan biru? Setelah mendakapnya, saya dapati The Missing Piece 1 dan 2 t...

Ramadan Berdarah

Terlalu banyak tragedi dan semacam satu kemestian pula bagi negara haram I s r a e l dan sekutu kuatnya, Amerika Syarikat, menyerang ketika umat Islam sedang menjalani ibadah di bulan Ramadan. Barangkali dalam benak fikir mereka, bulan Ramadan adalah titik terendah. Tiada tenaga tanpa makan dan minum. Tapi mereka lupa kali pertama umat Islam berperang di bawah pimpinan Rasulullah saw adalah pada bulan Ramadan iaitu Perang Badar. Pada 28 Februari 2026, dalam keghairahan mereka melancarkan serangan pertama dan meraikan gugurnya Ayatollah Ali Khamenei, dunia mengutuk kekejaman mereka. Bukan kerana pembunuhan ke atas Ayatollah Ali Khamenei tetapi meratapi pemergian insan kecil yang tidak berdosa. Sasaran mereka pada waktu pagi ketika persekolahan sedang berlangsung, sangat memilukan. Akhbar Tehran Times telah memaparkan gambar anak-anak cilik yang syahid ketika sedang menuntut ilmu. Tidak dapat berlindung di balik lalang sehelai lagi. US Tomahawk telah dikenalpasti sebagai senjata pemunas ...