Sebelum Syawal, saya ada memesan tiga buah buku terpakai dari sebuah blog http://jualanpelbagaibukudanitem.blogspot.com/ (Tolong promote, lain kali boleh dapat diskaun lagi tak? hahaha). Kebetulan memang buku yang saya cari-cari tapi sudah tidak ketemu lagi di kedai-kedai buku. Kebetulan pula ada diskaun sempena Syawal. Amboi apa lagi, pantang jumpa buku. Alamak saya rasa saya ada tabiat pelik, pantang masuk kedai buku. Kedai buku pun sudah ada online. Rabak poket!
Dua daripadanya masih ada. Alhamdulillah. Ini kali pertama saya beli buku-buku terpakai. Saya suka bau buku baru hahaha, alasan tak munasabah. Alhamdulillah mudah berurusan dengan tuan punya kedai. Antaranya diskaun itu sebelum Syawal tetapi saya cuma dapat akses emel beberapa hari selepas Syawal. Dalam erti kata lain, no more diskaun! Hang lambat, tak bayar lagi. Takat pesan ja! Tetapi tuan kedai murah hati tetap bagi saya diskaun. Alhamdulillah masih dalam keadaan baik. Suka, suka, suka. Jeng jeng jeng. Buku apa yang saya beli?
Tunjuk satu dulu. Novel ini pernah disisipkan dalam novel bersiri majalah Wanita suatu waktu dulu kalau tak salah. Tetapi saya tidak langgan majalah itu. Pernah terbaca beberapa kali. Rasa macam menarik. Tak sabar hendak menghabiskannya. Zaharah Nawawi. Penulis hebat, hasilnya tentulah hebat juga kan?!
Buku yang sebuah lagi saya cadang hendak peram. Bukan buat pekasam.! Missing Piece 2 karya Fatimah Busu. Saya masih mencari Ombak Bukan Biru dan Missing Piece 1, difahamkan kedua-dua cerita ini ada perkaitan. Ketika Missing Piece berlambak-lambak di kedai-kedai buku, saya pula kekurangan ongkos untuk membelinya. Sekarang memang payah mencari buku-buku Fatimah Busu di kedai-kedai buku. Susah juga kerana banyak onak yang dilalui pengarangnya. Kasihan beliau. Kalaupun beliau merajuk, memang patut. Eh macamlah beliau bercerita pada saya kan, pandai-pandai sungguh. Sebenarnya ada terdengar, pengarang ini ditipu penerbit. Penerbit yang mana satu, tidak saya ketahui. Kasihan kan. Saya harap suatu hari nanti saya akan berjaya memiliki kesemua novel beliau. Saya suka tulisan beliau. Beberapa kumpulan cerpen beliau memang ada dalam simpanan saya.
macam best je tajuk buku ni..kak long dah baca ulasan buku ni kat blog jualan buku..menarik sinopsisnya..
ReplyDeleteSalam Kak Long. Terima kasih sudi singgah. Memang bagus ceritanya, dah habis pun dibaca : )
ReplyDeletedh jumpa ke the missing piece 1? kalau tak lg dn msh nak email sy ... noorliza_an@yahoo.com
DeleteTerima kasih Cikgu Liza. Saya dah jumpa
Delete